Sunday, November 14, 2010

Bila lelaki gaduh pasal perempuan.

~wachha!!~

Lelaki gaduh? biasala tu kan.Kalau dah memang nama nya lelaki.Hormon hormon mereka lebih terarah ke arah keganasan atau bahasa eloknya lasak dan kasar.Tengok je la jenis sukan yang mereka minat.Rugby,bola sepak,futsal dan lain lain lagi.Semua sukan tu memang lasak dan kalau badan tak cukup fit memang kalau boleh,tak perlu main la.Kalau silap main pun boleh sampai patah kaki,tengkuk,tangan dan sebagainya.

Okay,fine stop sampai situ je..dah lari tajuk dah ni.Tapi entry ni tentang bila lelaki gaduh pasal perempuan.Tak tau la nak cakap macam mana perangai orang sekarang ni kan.Kerana seorang perempuan pun sanggup bermusuh musuhan.Ini semua kerana mereka ni sudah tidak berpegang dengan kata-kata orang dulu yang "bunga bukan sekuntum,kumbang bukan seekor" tapi mereka dah berpegang dengan kata-kata baru iaitu "walaupun bunga bukan sekuntum,tapi yang sekuntum tu lah yang kita nak".




Selalunya mengikut pengalaman aku,lelaki ni memang jarang dengar bergaduh pasal perempuan.Sebab mereka ni mempunyai "Brother Code" ataupun bahasa simple nya "Bro code".Bagi sesiapa yang tak tahu tentang "Bro code" ni biar aku terangkan serba sedikit tentangnya.Dari apa yang aku faham ialah seorang lelaki tak boleh mengurat seorang perempuan tu kalau your bro (member) specifically dah bagi tau yang dia dah minat seorang perempuan tu.Senang cerita,kawan kau bagi tau yang dia ada minat kat awek tu.

Bende ni aku dah perasan sejak kat sekolah menengah lagi.Masa ni ramai la lelaki nak bermesej mesej budak perempuan satu kelas,satu hostel atau sama batch.Biasalah,mula-mula kenal,cinta pandang pertama la konon-konon nya.Padahal nafsu tu dah memang dekat perempuan cantik je.Lepas tu,kawan declare yang dia suka kat awek tu dan dalam proses mengurat,kawan-kawan lelaki dia yang lain akan back-off.Walaupun just cakap minat je,tapi macam tu la budak-budak lelaki jalankan hidup.

Tapi sekarang ramai yang sanggup melanggar "Bro code" yang dah lama mereka gunakan.Sebenarnya aku nak mengaku yang ada seorang mamat ni dah melanggar "bro code" walaupun aku dah cakap terang-terang yang aku dah suka kat seorang gurl ni.Aku tak tau kenapa dia tak reti nak bertolak ansur dengan aku.Kita kan lelaki sama lelaki,bagi la can sikit dekat aku yang single-mingle ni ha.Adoiyai!! tak paham-paham.Dan sekarang aku memang nak gaduh dengan mamat yang bernama FARID KAMIL.berani dia rampas Lisa Surihani dari aku..Ceeett!! Aku tak kira apa yang korang nak kata.Aku tetap nak gaduh dengan dia..

~cubit dia Lisa!! berani dia kacau you belakang I yer~


p/s:kepada kaum lelaki.don't give SHIT to "bro code".Buruk padahnya nanti.Perempuan pun patut cipta emm..emm..emm "girl code" kowt.hahaha

ADIOS!!
hahaha

2 comments:

  1. farid kamil sekarang dengan diana danielle lah..~~
    boleh lah ko rmps blk lisa surihani..huhuu~

    ReplyDelete
  2. la yeke??
    x pe,,aku lek je..nnt lisa tu sendiri yg dtg kat aku..percayela..hahaha(wat2 caye suda)

    ReplyDelete

Sila bagi komen anda