Tuesday, November 30, 2010

RON 97 naik harga lagi?



Petrol RON 97 naik harga lagi?
Yup! tu la yang bakal berlaku bermula esok pagi.
kenaikan 15sen petrol ini akan menjadikan harga petrol meningkat sebanyak RM 2.30
Macam tak berbaloi kan satu liter petrol semahal tu.
Tapi kalau tak di isi tong minyak kereta tu nanti,macam mana 
pulak nak berjalan kereta tu?
Apa nak buat,terpaksa jugak la terima bulat-bulat apa yang kerajaan buat.

Nak dekat akhir tahun ni,mula la macam benda nak naik harga.
Iye lar,bini-bini si Dato' dan Tan Sri semua nak pergi 
bercuti dekat oversea nun sana tu ha!
Tak kurang jugak yang nak renovate rumah dorang 
mengikut trend 2011 pulak nanti.
Tu la pasal terpaksa naikkan harga barang.
Baru gaji masyuk!
EH! hahahaha

********************************

PS: terima kasih kepada kerajaan.Susah-korang je nak kutip duit rakyat.Jangan risau,kitorang tak kesah pun.hahaha.BULLSHIT LA!!

ADIOS!!
hahaha

isu nefcafe 3 in 1.



Aii..semalam memang hari yang boring.
asyik buat bende same je kat rumah ni
makan+tido+online+main game..bla..bla..
mesti ada yang kate "sembahyang?"
hey! sembahyang tu wajib,tak kan nak mention jugak kowt.
Adoiyai!!

Then di tengah ke-boringan tahap gaban,
aku pun terbaca artikle tentang keburukan nescafe 3 in 1 dekat fesbuk.
katanya,banyak gula la, boleh rosakkan buah pinggang la
cofee-mate pulak boleh buat kena serangan jantung.
Well,aku setuju semua yang di mentionkan tu.
biasa la kalau barang industri ni,susah nak cari yang elok.

Tengah syok-syok baca,tiba-tiba aku terbaca satu ayat ni
"dulu masa aku kat sekolah ade kawan aku time study kaki die tiba-tiba kaki
dia lembik,rupanya dah reput"
"setelah di tanya tentang pemakanan dia,rupanya dia seorang
 yang ketagih nescafe 3 in 1".

Lepas je baca terpacul lah perkataan ni tanpa pemikiran sedar aku.
"WHAT THE F***"
ada ke minum nescafe 3 in 1 boleh kasi tulang reput camtu je.
punya la cepat effect dia.
Seriously,aku duduk hostel dari form 1 lagi.
setakat member ketagih milo fuze dengan nescafe memang ramai.
sumpah tak ada sorang pun yang kaki atau tangan
 dorang yang reput time study ke, main bola ke tido ke..

Serius aku tak caya,tak tau la kalau dia nak buat 
artikle tu nampak menarik ke apa.
tapi tak rasa macam memfitnah ke dekat nescafe tu.
nanti semua orang mula la nak memboikot la konon-konon.
dah lama-lama minum juga nanti.

THIS IS HOLY CRAP!!

************************************

P/S: tak salah nak minum nescafe 3 in 1 tu.tapi besederhana la ye kawan-kawan.nanti putus kaki tu time main futsal/bershopping,susah pulak nanti...HAHAHAHAHA


ADIOS!!
hahaha

Sarapan pagi istimewa.


Cerita ni aku terbaca dekat paper pagi tadi time nak makan nasi goreng mak aku.Cerita yang macam sengal.Pagi-pagi dah buat aku gelak.Meh aku tulis balik dan share dengan korang.

Seorang lelaki melihat sebuah papan tanda di sebuah restaurant yang bertulis “SARAPAN PAGI ISTIMEWA”, dan lelaki tersebut tertarik dan memasuki restaurant tersebut. Pelayan membawakan minuman dan bertanya kepada lelaki tersebut, apa yang akan dipesan. Lelaki tersebut bertanya dengan penuh rasa ingin tahu kepada pelayan tersebut “Apa SARAPAN PAGI ISTIMEWA hari ini? “Lidah ayam bakar”, pelayan tersebut menjawab dengan nada bangga! “Lidah ayam bakar?? Lidah ayam bakar! Tidakkah kamu tahu bahawa hal itu sangat menjijikkan? Saya tidak akan sesekali makan apapun yang keluar dari mulut seekor ayam!” kata lelaki tersebut. Kemudian pelayan tersebut bertanya “Kalau begitu encik mahu sarapan apa? “Bawakan saya telur rebus!” jawab lelaki tersebut. “Itukan dari ‘bontot” ayam!” jawab pelayan dengan selamba.

**************************

P/S: esok terasa nak makan telur rebus la..hehe


hahaha

Monday, November 29, 2010

Pertemuan antara DUA GLADIATOR.


EL CLASICO
komfem akan mencetuskan ketengangan antara dua musuh setempat ni.
Real madrid dan Barcelona satu-satunya pertemuan
yang diktraf sebagai "pertemuan klasik" terbaik, terbesar, terkaya
Pertemuan dua gergasi ni dianggap derby terbesar dunia bedasarkan jumlah penonton.

~ronaldo vs messi~
Permain yang akan mewarnai permainan ni tentu sekali messi dan ronaldo
kedua-dua pemain memang berada di tahap permainan yang tinggi.
kedua-dua pemain ini sangat pantas dan mampu menewaskan
dua hingga tiga pemain lawan dengan skill yang mantap.


~mesut ozil~ 

Kat atas ni ialah pemain feveret aku yang bejersi 23,Mesut Ozil.
dia bakal mengantikan posisi perancang yang selama ini dimiliki kaka.
Kecederaan kaka mungkin menjadi landasan untuk ozil menunjukkan bakatnya.
mempunyai kaki kiri yang boleh mengelecek dan merembat dengan hebat,
pasti nya menguntungkan bahagian serangan real madrid.

**************************

SORRY,THIS ENTRY NOT INTERESTED IN GURL
WATCH
BARCELONA VS REAL MADRID
3.45 A.M.
IN ASTRO SUPER SPORT
ONLY IN HD

hahaha

Setiap orang ade kelemahan mereka sendiri.

~Life is not easy~

Yup! setiap orang ada kelemahan mereka yang tersendiri.Kat mana kelemahan mereka tu? Yang tu hanya boleh dijawab oleh mereka sendiri.Yela,tak kan aku boleh tau pulak kan.haha.Mengikut pandangan aku,tak ade sesiape pun yang PERFECT dekat dunia sekarang ni.Tak kesah la kalau korang jumpe ade sorang awek tu. muka dah la suci, cute, comel, gebu, cantik, comel, cute, tak ade jerawat. licin.bergetah ,jambu, comel, indah, rupawan, kacak, kacak, kacak, tinggi lampai bak model, kira paling cantik la.Tapi tak semestinya orang macam tu tak ada DIRTY LITTLE SECRET.kan? kan? kan?

Okay la, sebab korang sudi bace blog aku ni,aku bagi tau la sikit apa kelemahan aku.Aku ni sebenarnya..emm..aaa..err..aku takut dengan KATAK!! hahaha.kelakar tak?? Okay..its not funny.Yes! aku memang takut dengan haiwan yang digelar katak.Aku pun tak tahu kenapa dan tak tau bile aku mula takut dengan katak ni.Kadang-kadang kalau ada katak kat tandas,aku sanggup tahan gila babeng sampai pagi untuk buang air.Hua hua hua..berani korang gelakkan aku ye..Tapi aku cuma takut katak besar je okay,kalau setakat katak kecik-kecik tu,aku wat sepak-sepak je..haha

~selambe je apek ni makan katak~

Dan aku ada satu lagi kelemahan.Tapi yang ni orang yang bagi tau la,dan aku memang akui pun.Yang ni diorang cakap la."hamka..kau ni memang tak tahu nak layan perempuan macam mane kan?".dan sekali lagi yes! ni memang kelemahan terbesar aku.Sorry to say to all gurl yang kat luar sane.Aku ni memang layan kawan-kawan aku sama je.Buat ape nak beza-beza kan korang.Tapi mungkin aku ni jenis bahasa kasar sikit.bukan kesat ye! Kadang-kadang bila aku perli sikit mula la nak merajuk.Kalau laki merajuk aku orait je,sepak kuat-kuat terus baik je nanti.Ni kalau perempuan merajuk,sorry la,kalau aku dah minta maaf dan korang still nak merajuk,,aku memang tak berminat nak pujuk korang.

~saje je letak gambar awek ni~

Korang hot ke, cantik ke,cun melecun ke.Ade aku heran? yang gurl ni tak payah la nak minta aku belanje itu la,ini la.sumpah annoying! macam la korang bini aku.Tapi kalau Lisa tak ape la..hehe Selalunya,kalau aku nak belanje paling kurang aku cakap macam ni dulu."eh, takpe la..biar aku bayar je." then kalau sebelum aku cakap ni korang dah cakap."hamka..belanje la aku bende ni..boleh?".Komfem-komfem aku balas."macam la parent aku bagi duit untuk belanje kau".

Kalau kawan lelaki korang selalu belanje ape yang korang nak,aku tak sama macam diorang okay.Diorang belanje tu mesti ade sebab punye la.Biasalah,macam la korang tak tau  perangai laki macam mana."buaya" je diorang tu.EH! haha.Emm..okay la,kat sini aku nak mintak maaf sangat-sangat kat korang kalau ade buat terasa hati ke apa ke.Aku tak tau macam mana nak jadi hipokrit supaya korang boleh terima aku.Ape-ape pun,aku memang suka diri aku ni..hehe

 ~I luv myself~

Cukup la tu ye aku cerita sikit-sikit pasal kelemahan aku.Kang kantoi semuanya,abes la Lisa tak minat aku..hahaha.So,ade siapa-siapa nak kongsi "dirty little secret" dengan aku??

*************

SUMTIMES OUR DIRTY LITTLE SECRET MAKE OUR LIFE WONDERFUL
ADIOS!!
hahaha

Tau ape "Open Relationship"?.

Menurut pemerhatian, ramai antara kita yang meletakkan Open Relationship sebagai status tapi berapa ramai yang tahu maksud sebenar status itu?

Dipetik daripada wikipedia

An open relationship is a relationship in which the people involved agree that they want to be together, but in which romantic or sexual relationships with additional people are accepted, permitted or tolerated.

yang bermaksud

Open Relationship ialah sebuah hubungan di mana mereka yang terlibat setuju yang mereka mahu bersama, tapi di mana hubungan romantis dan seksual dengan kehadiran orang lain diterima, dibenarkan dan ditoleransi.

Maka dalam erti kata lain, orang yang meletakkan Open Relationship sebagai status mereka tidak kisah melakukan hubungan seksual dengan sesiapa pun, maka amat menyedihkan apabila umat Islam sendiri menggunakan status ini.

P/S:Lisa dah banyak kali suruh tukar aku nyer status "single" ke "married".Tapi aku tak nak tukar sebab takut media tau.sorry sayang!! haha..



THIS IS ANOTHER PLAGUERISM 
ADIOS!!
hahaha

Wednesday, November 24, 2010

Jom karok selai..




TERATAI
(hamka ft. awie)

Oh teratai bunga indah
Engkaulah pujaan hatiku
Telah lama aku rindukan
Wahai teratai bunga indah

Sungguh cantik wajahmu
Sinar matamu bagaikan suria pagi
Setiap insan selalu terpikat
Memandang teratai bunga indah

( korus )
Ku tak menyangka
Wahai terataiku sayang
Badai taufan mendatang
Menghembus dirimu
Engkau pun terkulai
Dan merunduklah layu
Tak berseri lagi

Oh tolong, lindungilah dia
Agar ku dapat bersamanya lagi
Ku inginkan terataiku sayang
Berseri seperti semula
Teratai bunga indah

~terima kasih!!~


hahaha

Friday, November 19, 2010

ubat untuk hilang demam + selsema

haaacuumm!!
Aii..tengah sedap sedap melepaskan gian main game,,
boleh pulak selsema + demam ni datang.
tak selesa dibuatnya.asyik-asyik amek tisu je.
Mana tak habis tisu kat rumah aku ni.

Nak main game dan berblogging ni pun sampai berselimut bagai.
Serius weh,tak selesa satu badan aku ni.
Aku rase kalau awek korea k9 tu peluk baru okay agaknye.
Opss!! tak boleh tak boleh,diorang belum jadi isteri aku lagi
Haram..Kang tak pasal pasal peluk terus dapat baby.Naya aku nanti.
hahaha..

Okay,cukup la tu.dah lari tajuk pulak.
tengah demam-demam ni tiba-tiba mak aku wat sup tulang.
Special punya sup tulang la aku cakap.
ditambah pulak dengan sambal kicap,huh! terangkat weh.
aku pun cepat2 je la ambil.
dengan basmalah,aku pun makan dengan sopan nya.
(sopan la sangat kan)

Habis je makan,tiba-tiba aku rase badan aku dah sihat.
demam dengan selsema terus hilang macam tu je.
terbaik la.lega sikit badan ni.
aku pun apa lagi,kasi tambah la itu sup tulang.
layann weh!!

So,kat sini aku nak cakap yag sup tulang memang boleh membantu hilangkan demam,insya-allah.


p/s:bila demam + selsema dah hilang,sakit perut pulak yang datang.Tu la,makan tak ingat dunia punya pasal.Arghh!! tandas! tandas!

ADIOS!!
hahaha

futsal-ing with Bafana Bafana Crew

Assalamualaikum..
Kali ni aku nak cerita tentang benda yang personal sikit.Kalau korang tak berminat,boleh cepat-cepat blah yer..haha..okay la,entry kali ni tentang perjalanan yang tak dirancang oleh Bafana bafana crew.Mesti korang tak tau kan ape kebende nye "bafana-bafana crew" ni.Sebenarnya "bafana-bafana crew" ni adalah nama group aku dan budak budak TTJ-rian yang suka hangout tak tentu pasal bila ade masa free.Ketua group ni ialah Mr.Kent(Asyraf kentang) tapi planmaker nya ialah wazien.Ni lah banner group kitorang.hehe


~smart tak?~

err..kat banner kitorang tu ade tande pangkah kat perempuan bukan lah dengan sebab tak munasabah.Kaum
perempuan sila tenang dulu ya.Sebenarnya,walaupun group kitang ni majoriti budak ex-TTJ,tapi group ni bukan untuk perempuan join.Bukan la kitorang ni gay ke bias ke ataupun sexism tapi ni la masa kitorang lepak lepak masa tengah bujang ni.hehe(tapi aku tak ade awek,so tak kesah la sangat en.haha)

Okay la.nak start cerita pasal futsal yang tak dirancang ni.Pada tarikh 15/10/2010 iaitu pada hari isnin.Aku baru balik dari UTM nak ke rumah.So,sebelum tu,aku turun di terminal 1.Masa tengah tunggu bas,aku call Tam-tam,rupa-rupanya dia pun ada kat terminal 1.Masa aku dengan tamtam lepak lepak tiba tiba valencia dengan wan perabak sampai.wan pun baru je balik dari UPM masa tu.Lepas tu tamtam terus amek henfon dia dan call semua bafana bafana crew untuk main futsal.

tamtam pun terus pergi dekat ERS seremban 2 untuk menempah court futsal dari pukul 9-10 malam.Kitorang ingatkan orang cukup cukup je sebab tu order 1 jam je.sekali ramai pulak yang datang.dari Port Dickson,Semenyih,Bangi,Kuala Pilah dan lain lain.Memang cukup untuk 3 team main.Tapi sayang,ketua group, Mr. Kent tak dapat datang sebab nak study.Tak ape je la,lain kali ada lagi.Tepat pukul 9 kitorang masuk court dan terus main bagai nak gila.Peraturan mudah je,bolos 2 gol,terus keluar.Kat bawah ni aku tunjukkan team aku:

~team apetah name~

hebat tak team kitorang.tapi tak ada nama pun.main je sudah,nak name bagai la.haha.tapi serius best,first time main betul betul tersusun dan ada taktikal.Sebab kali ni ada putra sebagai playmaker.Dia ni bekas kapten kitorang kat sekolah dulu.Walaupun aku banyak gol,tapi kitorang selalu kalah sebab senang bolos.yela,mizan terpaksa jadi keeper.redha je la kalau kapten KMJ si alai main main skill dan rembat tak ingat dunia kat keeper kitorang tu.Oleh sebab tak puas,kitorang tambah lagi sejam main.best!! best!! sampai cramp dua dua belah kaki aku.terbaik lah..rase macam nak menangis weh!! haha.sape suruh tak warm up dulu.

Lepas puas main,kitorang pergi lepak dekat dataran senawang pegi makan-makan.Budak budak ni semua makan tak ingat dunia.Lagi-lagi aku la,dari pagi tak makan ape pun,minum air je.Memang kenyang giler la.Dah la makan sambil dengar nyanyian karoake kat tempat tu.Kejap sumbang,kejap sedap,mengarut je pakcik pakcik ni nyanyi.kitorang pun layan je la.Tapi satu benda yang aku perasan ialah,Dorang semua ni tak ada cerita pasal perempuan pun.Tanya pasal "awek" aku pun tak ada.Terbaik la!! first time kowt.Tak payah la aku nak mengulang jawapan yang sama setiap kali dorang tanya pasal awek kat aku.hehe.Lepas makan,Alai terus hantar aku ke rumah dan sampai dalam lebih kurang pukul 3 setengah.The End.

p/s: panjang dan bosan tak entry ni?? padan muka korang,,sapa suruh baca..haha

THIS IS THE BEST NIGHT EVER
ADIOS!!
hahaha

Sunday, November 14, 2010

Bila lelaki gaduh pasal perempuan.

~wachha!!~

Lelaki gaduh? biasala tu kan.Kalau dah memang nama nya lelaki.Hormon hormon mereka lebih terarah ke arah keganasan atau bahasa eloknya lasak dan kasar.Tengok je la jenis sukan yang mereka minat.Rugby,bola sepak,futsal dan lain lain lagi.Semua sukan tu memang lasak dan kalau badan tak cukup fit memang kalau boleh,tak perlu main la.Kalau silap main pun boleh sampai patah kaki,tengkuk,tangan dan sebagainya.

Okay,fine stop sampai situ je..dah lari tajuk dah ni.Tapi entry ni tentang bila lelaki gaduh pasal perempuan.Tak tau la nak cakap macam mana perangai orang sekarang ni kan.Kerana seorang perempuan pun sanggup bermusuh musuhan.Ini semua kerana mereka ni sudah tidak berpegang dengan kata-kata orang dulu yang "bunga bukan sekuntum,kumbang bukan seekor" tapi mereka dah berpegang dengan kata-kata baru iaitu "walaupun bunga bukan sekuntum,tapi yang sekuntum tu lah yang kita nak".




Selalunya mengikut pengalaman aku,lelaki ni memang jarang dengar bergaduh pasal perempuan.Sebab mereka ni mempunyai "Brother Code" ataupun bahasa simple nya "Bro code".Bagi sesiapa yang tak tahu tentang "Bro code" ni biar aku terangkan serba sedikit tentangnya.Dari apa yang aku faham ialah seorang lelaki tak boleh mengurat seorang perempuan tu kalau your bro (member) specifically dah bagi tau yang dia dah minat seorang perempuan tu.Senang cerita,kawan kau bagi tau yang dia ada minat kat awek tu.

Bende ni aku dah perasan sejak kat sekolah menengah lagi.Masa ni ramai la lelaki nak bermesej mesej budak perempuan satu kelas,satu hostel atau sama batch.Biasalah,mula-mula kenal,cinta pandang pertama la konon-konon nya.Padahal nafsu tu dah memang dekat perempuan cantik je.Lepas tu,kawan declare yang dia suka kat awek tu dan dalam proses mengurat,kawan-kawan lelaki dia yang lain akan back-off.Walaupun just cakap minat je,tapi macam tu la budak-budak lelaki jalankan hidup.

Tapi sekarang ramai yang sanggup melanggar "Bro code" yang dah lama mereka gunakan.Sebenarnya aku nak mengaku yang ada seorang mamat ni dah melanggar "bro code" walaupun aku dah cakap terang-terang yang aku dah suka kat seorang gurl ni.Aku tak tau kenapa dia tak reti nak bertolak ansur dengan aku.Kita kan lelaki sama lelaki,bagi la can sikit dekat aku yang single-mingle ni ha.Adoiyai!! tak paham-paham.Dan sekarang aku memang nak gaduh dengan mamat yang bernama FARID KAMIL.berani dia rampas Lisa Surihani dari aku..Ceeett!! Aku tak kira apa yang korang nak kata.Aku tetap nak gaduh dengan dia..

~cubit dia Lisa!! berani dia kacau you belakang I yer~


p/s:kepada kaum lelaki.don't give SHIT to "bro code".Buruk padahnya nanti.Perempuan pun patut cipta emm..emm..emm "girl code" kowt.hahaha

ADIOS!!
hahaha

Friday, November 12, 2010

no mood to blogging..sorry

sorry..

hari ni memang tak ada mood langsung..

semua benda aku buat serba tak kena je..

nak senyum pun dah tak mampu..

nak blogging?? lagi la..

semua entry yang aku tulis,semua aku dah padam balik..

hati ni langsung tak tenteram dibuatnya..sebab

THIS IS THE MOST WORST WEEK EVER!!


dah la..ADIOS!!
hahaha

Thursday, November 11, 2010

Airplane


Can we pretend that airplanes
In the night sky
Are like shooting stars
I could really use a wish right now (wish right now, wish right now)
Can we pretend that airplanes
In the night sky
Are like shooting stars
I could really use a wish right now (wish right now, wish right now)

~sedap gak baju aku ni~

hahaha

Wednesday, November 10, 2010

Culture Shock!!


~adeh!! tokojut pok cik!!~

Culture Shock!!
itu je perkataan yang aku boleh cakap hari ini.
tak sangka pula exam dekat UTM dengan exam dekat sekolah/matrix tak sama
dah la tempat exam dekat bawah masjid.
1st time weh.mana pernah dibuat orang.
kira kalau korang tak tenang,boleh pegi atas baca al-quran (kalau sempat la)

Masuk je dewan,aku terhegeh-hegeh cari meja aku sampai ke hujung.
rupa-rupanya,boleh duduk suka hati kat mana-mana je.
asalkan korang tulis seksyen dengan betul
malu gak la orang tengok aku tercari cari tempat tadi.
nasib baik aku tak hensem (ada kene mengena ke?)

Tengah syok menjawab paper BI tadi,
tiba-tiba,lampu dan kipas terpadam pulak.
dalam hati aku kate
"alamak,masa dah habis masa ke?? tak sempat jawab kot"
dah macam kat CC pulak main off2 bila dah habis main game.
rupa-rupanya masalah teknikal je.
fuhh..nasib baik!!

Kat sini aku nak cakap yang aku memang tengah culture shock dengan keadaan exam kat UTM ni.Aku harap dapat biasakan diri la.Kalau tak aku akan dapat pyhsical impact macam HEADACHE, LOSE  APPETITE, FATIGUE dan bla..bla..hahaha!

~nasib baik la exam tak buat sambil naik ni~

p/s:culture shock ni sebenarnya adalah soalan BI tadi..hahaha =)
ADIOS!!

hahaha

Selamat menjawab exam.


~click to enlarge~

To all my friends
Selamat ambil exam semua.
Do your best okay!!
kalau dah tension study tu,bacela komik kat atas ni. 
kalau tension juga study,sediakan peluru banyak-banyak la yer
nanti kita main tembak-tembak.
so,tak perlu tension okay.

ALLAH SENTIASA BERSAMA HAMBANYA YANG BERSABAR

p/s:jangan la jadi macam komik kat atas bila exam nanti..NAYA!!

ADIOS!!
hahaha

Isu lelaki korea (tenang semua tenang).

~lelaki dan perempuan memang berbeza~
Assalamualaikum.


Pertama sekali aku nak ucapkan tahniah pada diri aku sebab selesai menjawab kertas Bahasa Jawa Inggeris dengan bergaya nya (ada kena mengena ke?)pagi tadi kat masjid.Lepas tu nak pun nak ucap terima kasih banyak-banyak atas sambutan entry aku yang sebelum ni "Kenapa perempuan suka lelaki korea?" yang sangat HOT dan menggalakkan.


Walaupun ramai yang baca entry ni.Tapi tak ade sape pun yang sudi nak follow blog aku ni.kenapa?kenapa?kenapa? T.T tak apa lah,macam ni la nasib orang tak hensem/gay/cute kan.Terima je la (touching mengedik).Walaupun sambutan menggalakkan sampai orang dari moscow pun baca,Tapi aku terasa serba salah pula sebab aku bagi link "makcik" tu kat FB.Tapi hati kecil aku gembira juga sebab ada kawan-kawan aku yang BRUTAL selamba je pegi sound "makcik" tu.(sampai dia tukar sanggup tukar tajuk post tu).komfem la dia berdarah mata baca komen komen member aku ni.


~nampak bendera moscow tu!!~


Dekat sini aku ada pesan la dekat "makcik" tu.Kalau kau benci sangat dengan insan yang bernama lelaki sekalipun,agak-agak la.Kita ni orang melayu,cakap kena la berlapik.Aku tau memang kau ada hak untuk tulis entry tu.So,aku pun dengan rasmi nya ada hak nak mengkritik.Eh! aku tiba-tiba teringat dekat ayat ayah kau yang “Boy’s mouth is like BULLSHIT! So don’t ever trust them.”Meh sini aku buktikan kebenaran ayah kau dengan satu ucapan ringkas,ikhlas dan jujur dari aku.


"SELAMAT MATI TANPA LELAKI DI SISI KAU!!"


kepada kawan-kawan ku.korang semua cool je okay.tenang..tenang.Kalau dah bace tu sila la follow ye.hehe
aku bukan mintak korang klik "nuffnag" aku pun.Nuffnag pun aku tak letak(tu menunjukkan aku ikhlas berbloging).
ADIOS!!
hahaha

Tuesday, November 9, 2010

Kenapa perempuan suka lelaki KOREA?

~ hensem gay gak lelaki korea~


ohh..indah nya hari ini.cuaca kat luar ni pun elok je.tak sejuk dan tak la panas sangat.Memang sesuai la nak study kalkulus sambil menghirup udara yang segar bugar ni.lepas je dalam 2 jam study,aku pun online la.buka FB,kosmo online dan lain lain lagi.Tiba tiba terasa nak blogwalking.So,aku pun singah singah la blog sape sape je.

Aku ni bukan jenis memilih sangat nak singgah blog sape sape.tak kisah la korang ada 1 atau 1000 follower ke,aku bantai je la bace. Tapi lepas je 2-3 blog aku bace tiba-tiba aku terjumpa blog yang PANAS ni.Hampir semua artikel dia cerita tentang keburukan lelaki.iye LELAKI!!Ayat tak boleh nak pedas pulak tu.Kalah kepedasan mak aku masak ikan sembilan masak cili padi.tengah usha-usha blog die,aku pun terbaca tajuk ni,KAU HODOH DAN BODOH,SEBAB TU KAMI SUKA LELAKI KOREA.uihhh!! panas! panas!okay la,kat sini aku nak forward kan apa yang dia tulis dan apa yang aku rasa:

  1. memandang kan korang tau korang tu tak hensem dan muke bapak lah buruknye. Make bile ade je perempuan yang mampu korang tawan hatinye. Korang nak simpan. Sebab ye lah dah bile muke buruk. Tapi ade pulak orang nak. Maunye korang tak membatak kann? Hahahaha. Tau batak tu ape? Batak tu maknenye jakun. Macam orang baru keluar hutan. Hahaha.
Aku:aku memang tak hensem,kalau aku dapat seorang perempuan ni,aku terus nikah je.Batak macam orang baru keluar dari hutan?? aku dulu pergi trekking keluar masuk kat hutan,seronok je,Ohh,maksud batak ni seronok la ye.

  1. korang tak yakin yang mane mane pompan pun nak kekal lame ngan korang . maklum lah. Muke macam gampang kan. Jadi ape? Korang pke pompan tu akan tinggalkan korang then kalau korang dah ade spare part tak lah korang tak de awek nanti kan. Ye lah. Konon malu lah ngan kengkawan sebab ko sorang tak de awek. Sekali dapat banyak plak. Membangge lah korang kann? Hahaha. Bodoh seyh!
Aku:Ye,,aku tau aku tak hensem.Aku tak pernah ade awek pun relax je.Nak malu buat ape?Kalau dapat banyak,kahwin je la empat.Ni sape yang jakun? macam kau je..

  1. memang otak korang ni bodoh. Hahaha. Bodoh tak menahan. Tu lah yag jadi. Sebabkan rase diri tu bodoh sangat. Jadi cari golongan perempuan untuk di perbodohkan. Sedangkan tahap bodoh yang korag cube buktikan adelah tahap kebodohan korang sendiri.
Aku:Tadi tak hensem,ni bodoh pulak.Yela,aku mengaku aku bodoh.Sebab tu aku dan kawan perempuan aku pergi sekolah dan belajar sampai masuk U.Kalau aku dengan kawan perampuan aku pandai/genius,dah lame kitorang dari kecik dah buka bussiness lepas tu jadi kaya raya.


     4.Yeah! Ouh! Ini pesan ayah aku.“Boy’s mouth is like BULLSHIT! So don’t ever trust them.”Ouh! Hebat si ayah aku. Berbahasa Inggeris dia!Yeah! Memandangkan ayah aku itu jantina nye lelaki.And my father never lies! Yep! Aku tak tipu. Jadi ape yang die perkatakan itu tiada yang benar melainkan yang benar benar belaka!

Aku:Betul ke kau cakap ni??Macam bohong je..ke bapak kau bapok??


p/s (dari makcik tu) : kerana itu lah kami perempuan melayu lebih suke kan lelaki Korea. Dah la muke hensem. Bergaya! Romantik. Tak macam korang korang korang! Dah buruk tapi tak penah nak sedar diri.

sini la aku bagi konklusinya.
Aku tak tahu kenapa dia benci sangat kuase tiga dengan lelaki.
tapi gambar kat blog nak berpeluk-peluk dengan laki jugak.
You freaking weirdos la makcik!!

Satu lagi,biar betul ayah ko cakap macam tu.
Tak baik kau fitnah dia sampai macam tu sekali.
Kalau ayah kau lelaki sejati, aku rasa bila dia bace blog ko,
komfem dia bagi middle finger kat kau.
dan aku tambah satu lagi midlle finger untuk kau.
hahaha..

Last thing aku nak cakap kat kau makcik.Lelaki korea tu macam pulak nak dekat kau!!

p/s: aku pun minat jugak usha awek korea kat K9 tu.Tapi aku lagi prefer awek melayu sejati jadi isteri aku.Maybe ada yang betul apa yang dia cakap.Tapi lelaki tak semua same.Teruskan lah mengutuk lelaki ye.moga makcik mati nanti,tak ada lelaki nak tolong kebumikan.

ADIOS!!
hahaha

Monday, November 8, 2010

Renungan Ringkas

Bila kita nak keluarkan duit di mesin atm,tiba-tiba duit kita habis ketika kita sangat memerlukan.apakah perasaan kita ketika itu?

Apa pula perasaan kita bila kita nak keluarkan amal kita untuk ditunjukkan kepada Allah di mahsyar nanti tiba-tiba amal kita tiada?

Beramal ibadatlah seolah kita akan mati keesokan hari =)



~Argghh!! tak sampai pulak~


Renung-renungkan..
ADIOS!!


hahaha

semalam adalah NIGHTMARE tapi hari ni adalah ANUGERAH.

SEMALAM:


Waaaaaa!!! Chelsea aku kalah la..
mana pergi Drogba yang aku harapkan sangat sangat ni.
boleh pulak time ni Torres bangkit dengan jaringkan 2 gol bergaya.
walaupun aku suka Torres tapi aku benci LiverFOOL.
dengan penyokong Man Shited masa ni la nak aku mesej tentang kekalahan chelsea
"aku tau la wei,bukan nye aku tak tengok game tu"

balik je terus aku tak ada mood nak buat calculus.
lusa nak exam dah.adoiyaaii!!
sampai je bilik aku terus bukak fantasy premier league aku.
apa!! 29 point je.1st time kot dapat point rendah macam tu.
bertambah tension aku weh..
lepas tu aku pun main game nak lepaskan tension punye pasal
sampai pukul 3:30am pula tu.



HARI INI:


lepas bangun je terus belajar MS.
alhamdullilah.senang pulak nak masuk kepala benda alah ni.
petang tadi pulak aku dapat tahu yang MALAYSIA dah menang game 1st.
kemenangan bergaya ke atas Kyrgistan 2-1.

TAHNIAH MALAYSIA!!
walaupun game ni tak ade masuk astro,tapi aku tetap akan sokong.
lepas ni Malaysia akan bertemu Jepun.
diorang ingat diorang ade Serizawa dengan Genji,kitorang gentar??
sorry to say la.

SAYANG MALAYSIA KETAT KETAT 
ADIOS!!

~Oh Malaysiaku~


hahaha