Thursday, June 30, 2011

Minggu last short sem.

Assalamualaikum.
Minggu ni dah masuk minggu last untuk 
SHORT SEM.
Yeah! happy giler aku rasa.
Dapat gak balik rumah
jumpa parent aku...hehe

Tapi kadang-kadang rasa macam tak best pulak.
Kat rumah bukan buat apa pun.
Kalau kat sini penuh je aktiviti aku.
Dengan berfutsal sampai pukul 2-3 pagi.
Ber Mekdi (McD) dan Kepsi (KFC) lagi.

~enjoying my sotsem~

Okay la, tak ada ape nak tulis sangat pun.
Esok petang kena pegi modul last aku.
CNC Turning.
Member aku kata bosan.
Layan je la. Dah nak balik en.

Nanti aku cerita lagi pasal ape
aku buat tme short sem ni.

********************************
Ps: Kotak tak cari lagi. Barang pun tak kemas. Macam tak nak balik je..huu













hahaha

Friday, June 17, 2011

Cerita tentang Anonymous dan Nora Elena

Assalamualaikum.
Wassup boyz & gurlz.
Dah nak dekat seminggu dua ni,
aku malas nak update blog,
sajer je usha-usha baca blog-blog orang lain.
lagi pun kalau update pun bukan dapat income.
hehe.

Dan seminggu dua ni aku perasan
yang majoriti blogger cerita pasal
Anonymous dan Nora Elena.
macam tak ada cerita lain pulak.Adoiyai!
Tak pe la, tu maksud nya korang 
sentiasa up-to-date dengan perkembangan semasa.


Okay la, aku nak cerita satu-satu.
Mula-mula pasal hacker-hacker tu.
kadang-kadang aku rasa dorang macam stylo giler.
Siap bagi tau bila nak hack.
That mean, dorang memang dah habis ready
walaupun kerajaan dah defend site dorang.
Tapi kesian gak kat kerajaan dah habis beriban-riban 
sebab untuk buat site tu.

Yang paling ketara sekarang,
ramai gila yang complain sebab tak dapat nak 
download movie-movie secara free.
siap mencarut-carut lagi. rilek suda!
Tu la dah biasa sangat download free je.


Tapi aku rilek je.
boleh jugak donwload movie free je.
guna pirate bay lagi. hahaha.
see, bila kita rilek je tak de hal la semua tu.

hint dia korang kena la tukar/modified DNS
dan of kos korang punye IP number.
kompem boley bypass semua website yang di block.

Nak tau macam mana aku buat?
sorry la jep, pikir sendiri la
Kang tak pasal-pasal aku kena lak dengan kerajaan.

member-member aku yang amik Sc.comp,
semua tak gelabah pun bila kerajaan nak block 
macam-macam website.
Aku tengok makin ligat men-download adalah.
heee.


Okay la, yang pasal satu lagi ni,
NORA ELENA.
Pesal la dak pempuan asyik tanya aku
pasal cerita ni.Best sangat ke?
Annoying weh! 
nak tengok, tengok je la.
haha (emo-emo)

Dah la waktu rancangan time maghrib.
dah habis tengok baru nak sembahyang?
cammon la, tolak seruan Allah kejap 
sebab nak tengok drama. Peh-lis la.
Dah la time maghrib tu time Seth Tan berkeliaran.
kalau tak tengok time tu,
macam dah ketinggalan je.

Ni satu lagi pesanan member aku 
yang dah tengok cerita ni.

"Seth Tan adalah seorang sweet talker dan bekas perogol,
amek kesempatan atas konflik orang lain.
serious hero paling annoying. come on la malaysian.
aku tengok NORA ELENA tu sampai episod 9
tapi still tak nampak mana baiknya dia.
Stop dreaming please."-Mr K

*****************************************
dah! tak payah nak heboh-heboh apa yang ko baca ni lak.
Kalau tak suka dah boleh berambus jauh-jauh.
Blog aku, bukan blog ko.
Agagagagaga..

Ps: Nak tengok Maharaja lawak dekat MBJB malam nanti. Tapi kalau kena mengadaikan solat maghrib dan isyak,baik aku download youtube je..Tak payah nak fanatik sangat la kan.

ADIOS!
hahaha

Saturday, June 11, 2011

Keempat juga adalah terbaik. (part 2)

Assalamualaikum.
Ni adalah entry sambungan dari yang lepas,
keempat juga adalah terbaik (part 1).
Pada hari kedua pulak,
kitorang bertolak lambat sikit sebab match awal 
pagi melibatkan match perempuan.

sampai je kat sane,
team perempuan dah start main.
kitorang sempat tengok 4 game perempuan 
sebelum mula match kitorang untuk quarter-final.
And yeah! sape kate perempuan tak reti main futsal.
Ade gak yang hebat macam laki jugak (tipu-tipu)

~Women power~

Habis je 4 game tu kitorang terus warm up.
Kali ni kitorang lebih semangat sebab 
kitorang macam ade badi sikit bila sampai quarter-final.
Kitorang tak pernah menang quarter-final sebelum ni.
Lawan kitorang pulak lepak sebelah kitorang.
semua badan besar-besar je.

Tapi diorang macam over konfiden je,
bila dorang tahu yang kitorang lawan dia 
pastu kitorang terdengar dorang cakap..
"Alah, lawan budak je pun, kita main body contact je la"
Tapi kitorang tak down diorang cakap macam tu.
Malah kitorang jadi lebih semangat nak kalahkan dorang.

~Fak yang bajet~

mula la game untuk quater final.
Serius aku berdebar giler time tu.
Badan dorang semua dah la besar gila babeng.
Kompem shoot padu punye.
Tapi rupenye biase-biase je.
Game kali ni Fak menyerlah dengan 2 gol cantik
dan 1 assist. Dia punya defend pun bagus.

RESULT
Quater final (3-0) WIN

Terbaik!
habis jugak badi kitorang kat quater final.
Sekarang cuma kena fokus dekat semi final pulak.
Sekali kitorang dapat tahu lawan kitorang dari BBFC.
ada dari wakil johor Fc pulak tu.
Takpe, kitorang yakin dekat strategi VIPER.

~rilek sudah~

lepas habis warm up,
kitorang masuk la court.
aku tengok muka semua orang nervous je.
mana tak nye, lawan BBFC.
Aku pun same dengan je ngan dorang.
jantung ni berdegup laju giler macam time jumpe awek.

Tapi nervous kitorang ni bawak padah.
Tak sampai 2 minit main kitorang dah bolos.
Paling ketara neves masa tu ialah Yun.
First touch yang kurang baik
telah menghasilkan gol dari pihak lawan.(macam pemberita lak)
Tapi nasib baik Yun terus confident lepas.tu

Walaupun kitorang main lebih baik lepas tu,
tapi kitorang tak dapat memecah kebuntuan.

RESULT
Semi Final (0-1) LOST (dem!)

 untuk perlawanan tempat 3 dan 4,
semua orang dah letih tapi masih control game.
masa tu boleh pulak diorang shoot kena tiang dan terus masuk.
aii..bala..bala..bala..

RESULT
Final 3&4 (0-1) LOST (dem kuase 2)

~agak hepi la~

Tak kesah la kitorang dapat no 4 je.
Tapi kitorang control game dan main dengan baik.
Strategi VIPER pun mantap.
Cuma finishing je kurang.
Dan usaha kitorang dapat pujian orang PONTIAN.
Trimas orang pontian.
koranag memang ROCK!

last sekali
"keempat juga adalah TERBAIK!"-Yun

**********************************
Ps: yang penting pengalaman dan duit RM 300 tu..hahaha.. Kayo pakcik..hehe

ADIOS!
hahaha

Thursday, June 2, 2011

Sun rise di Broga Hill.

Assalamualaikum guys dan gurls.

Pagi tadi tepat pukul 5.43 am, aku siap buat report lab. Lepas habis main futsal dengan member aku, terus je aku buat report. Ceh! semangat giler. Padahal report tu nak hantar petang pun tak pe. Tak pe lah, simple je pun. Lepas aku sembahyang subuh, aku still tak tidur lagi. Ntah kenape la agaknye tapi mata dah berat je nak buka, kepala pun dah pening-pening lalat dah. Aku pun termenung la layan perasaan kat tepi tingkap sorang-sorang. Lama jugak la aku termenung sampai dah SUN RISE (matahari naik).

Tetibe je aku teringat time aku pergi Broga Hill dulu dengan member2 aku. Dengan sape lagi kalau bukan dengan Bafana Crew.hehe. Tapi masa tu Ratman dengan Salam pun ikut sekali sebab alang-alang dorang dah dekat Kajang, ajak la dorang join aktiviti orang bujang Bafana Crew ni. Mula-mula just ajak dorang main futsal je, pastu dorang nak ikut jalan-jalan gak.Lincah je la kan. Malam tu kitorang layan movie "Pantas & Garang 5" (Fast 5) dulu. Terbaik kot! tak de la macam cerita KONGSI tu. Tak paham langsung aku tengok.

~5 star movie~

Lepas habis je midnite movie, semua dah tak tahu nak lepak mana. Last-last, pergi kat petaling street (actually tak pergi pun, jalan sana je). Tak ade benda yang best kat sana melainkan karo dan BAPOK je. Yup! I said bapok aka Mak nyah ye. Kitorang pun usha-usha la bapok tu just dari jauh je, tak berani nak pergi dekat-dekat. Kang "awek" tu kejar dah satu hal pulak.haha. Lepas habis mencuci mata dan bagi rating dekat bapok dengan karo dekat situ, kitorang nak blah la.

Tapi boleh pulak masa tu si Ehsan nak beli panadol kat 7 eleven. Tak kesah pun diorang nak pergi, tapi 7e tu dekat dengan area bapok dengan karo tu. Habis la ko Ehsan. Lepas dia keluar je 7e, ade sorang maknyah kot (cun dowh) macam nak tarik dia, memang mencanak la si Ehsan lari sambil nak lintas jalan besar.(takut gak ko). Ehsan dengan muka cuak terus masuk kereta. Kitorang tengok gelak-gelak je la. Nasib baik tak kena tarik, kalau tak dah kena "servis" dah kau malam tu.

~cun kan~

Walaupun masih macam trauma, kitorang gerak la jalan lagi sampai dah tak tahu dah nak jalan mana kat KL ni. Sekali budak ni ajak pergi KLCC, kitorang bajet mesti la tempat tu cun malam-malam ni kan. Dengan lampu banyak lagi. Sekali sampai dekat sana. Mak ai! gelap gelita je depan KLCC ni.punya beribu lampu selalu malam-malam ada, ada berapa puluh je yang bukak. Memang tak feel betul la. Sebab penat punya pasal berjalan, kitorang selamba je tido depan KLCC tu. Dalam setengah jam, ada pulak Pak Guard datang halau kitorang.(segan weh) mana tak nye dah pukul 3 lebih dah.

Dah tak tahu mana lagi nak lepak, kitorang singgah je petronas. Mula ingat nak beli air dengan pergi tandas je, sekali dah jumpa surau, ALLAH! tertido dekat situ pulak. Bila dah pukul 5, ktorang terus lincah pergi Broga Hill. Si puyut kata tempat dia lawa. Aku bajet naik kereta terus sampai je, sekali kena mendaki la pulak. Kitorang dengan pakai seluar jeans dengan selipar lek je naik atas. Dah la tempat tu gelap giler,torchlight pun tak. Guna lampu henfon je la nampaknye. Dalm 45 min, kitorang dah sampai dah. Serius budak ni laju giler naik.
 ~jom lincah~
  ~sunrise~

~memang smart tempat ni~

Alhamdulllah, sampai juga kat puncak Broga ni. Walaupun jeans aku kotor, tapi memang pengalaman yang best la kan naik atas tu tanpa preparation. Sampai kaki aku berdarah sebab pijak batu masa nak naik. Lepas ni nak tengok sunrise dekat tempat lain pulak la. Ajak lagi ramai, baru la best. Dah macam aktiviti Rakan Muda pulak.

~emm..yeah! its you~

**********************************
Ps: lepas apa pulak Bafana Crew nak buat..pelik-pelik je.


ADIOS!
hahaha

So far away.. A7x




Never feared for anything
Never shamed but never free
A life to heal the broken heart with all that it could

Lived a life so endlessly
Saw beyond what others see
I tried to heal your broken heart with all that I could

Will you stay?
Will you stay away forever?

How do I live without the ones I love?
Time still turns the pages of the book it's burned
Place and time always on my mind
I have so much to say but you're so far away

Plans of what our futures hold
Foolish lies of growing old
It seems we're so invincible
The truth is so cold

A final song, a last request
A perfect chapter laid to rest
Now and then I try to find a place in my mind

Where you can stay
You can stay away forever

How do I live without the ones I love?
Time still turns the pages of the book it's burned
Place and time always on my mind
I have so much to say but you're so far away

Sleep tight, I'm not afraid
The ones we love are here with me
Lay away a place for me
Cause as soon as I'm done I'll be on my way
To live eternally

How do I live without the ones I love?
Time still turns the pages of the book it's burned
Place and time always on my mind
And the light you left remains but it's so hard to stay
When I have so much to say and you're so far away

I love you
You were ready
The pain is strong and urges rise
But I'll see you
When it lets me
Your pain is gone, your hands are untied

So far away
And I need you to know

So far away
And I need you to
I need you to know
****************************
Ps: terbaik, terganas,TERBAIK!!

hahaha

Good night everyone.

Assalamualaikum.

Aii..penat giler baru balik main futsal kat K11.
main dalam pukul 10 am, pastu habis pukul 2:30 am.
Bese la, orang bujang memang camni.
Balik dari main je terus lincah buat report
sebab pagi nanti lab tak nak delay sampai petang.

Report pun dah siap.
SO,


~good nite morning friends~

HAVE A GOOD DAY

ADIOS!
hahaha