Saturday, July 31, 2010

busy nyer kat U nie... -.-''



home sweet home...
dapat gak aku balik umah selepas beberape minggu aku kat UTM tu.. bley la lepas rindu kat family aku especially kat mama aku la..hehe.. dah lame aku tak update blog ni.. camne la nak update,,busy je manjang.. dengan line wifi kat k10 mcm plik je..memang la full je bar tapi kadang2 ade prob gak..

duk kat UTM ni memang busy gler la..setiap minggu ade je aktiviti yang best2..camping,,lawan PES,,paintball,,bla..bla..bla.. bnyak lagi kowt kalau nak sebut sume nye..tu baru aktiviti U,blom aktiviti ngan member2 lagi..men PES kat bilik aku,,futsal ngan mat2 negro(foreigner),,jalan2 JB..komfem pack la jadual harian aku..

~suasane padang PES~

assignment jangan cakap la..berlambak!! lagi2 statik ngn kalkulus..tapi still ok lagi la sebab soklan nye lbey kurang same je..juz tukar2 nombor je..yang paling x best kne wat pasal HAVARD BUSSINES CASE.. memang kene gune critical thinking tahap dewa punye lorh!!
pastu nak kene present depan orang kuat FKM lak tu (prof omar)..jangan terketar ketar dah ler..

hari tu dah wat perjumpaan kali pertame ngan kelab iqra' n PMI(persatuan mahasiswa islam)..memang bes la..tp nape la dorang wat malam..susa nak pegi n24 tu..nasib bek la ade bro2 yang nak tumpangkan..kalau tak,,jenuh la nak jalan kaki.. ni nasib baek tak join SUKAM lagi..klu tak lagi penat hari2 training bola tampar..tapi sekarang rase cam menyesal lak tak join..tak dapat la merase baju kolej.. aiii...

walaupun asyik busy je ngan aktiviti dan assignment tapi still seronok la belajar kat UTM tercinta ni dan aku sentiase free untuk berfesbook..hahahaha

~spesel untul azni koya :P~

#thanx banyak2 kat Azni Nadhirah sebab selalu teman ngan tolong aku wat assignment sampai pukul 2-3 pagi..walaupun ko koya tp ko memang baek(kowt)..haha

Monday, July 19, 2010

pakai jersi MU haram??



mesti ade yang bace tajuk citer ni geram giler..kenape MU lak ni..sabar2.saje kasi gempak je..hehe

okay2..Habis sudah episod Piala Dunia edisi 2010 sebaik saja wisel penamat ditiup oleh pengadil pada awal pagi 12 Julai yang lalu. Seluruh dunia sudah mengetahui bahawa juara pada edisi kali ini adalah Sepanyol iaitu pasukan yang baru pertama kali ke peringkat akhir dan menjadi juara.

Saya menjangka episod si sotong Paul sudah berakhir namun jangkaan saya silap. Terbaru tentang pemilihan Presiden Russia yang menggunakan khidmat si sotong yang dikatakan sudah 'bersara' ini. Saya tidaklah kisah sangat kerana ianya melibatkan orang-orang kafir yang tidak mendapat rahmat dan hidayah Allah. Wajarlah mereka dipesongkan sehingga menjadi dungu dengan bertuhankan binatang itu. Namun rupanya ia tidak hanya melibatkan mereka. Ada juga rakan-rakan yang masih merajakan si sotong ini apabila banyak kuiz-kuiz di facebook yang meramal menggunakan sotong ini. Aduhaii. Berbalik kepada tajuk post kali ini.
Jersi Bola

Jika kita bertanya kepada peminat bola, pasti mereka ada pasukan pilihan masing-masing dan memiliki jersi pasukan masing-masing. Tidak kiralah jersi pasukan kebangsaan mahupun pasukan kelab. Namun perkara yang tidak diambil endah oleh mereka adalah tentang lambang dan logo yang tertera pada baju tersebut.

Dulu saya pernah menasihatkan kawan saya supaya tidak memakai baju
Manchester United yang jelas menggunakan gambar syaitan namun saya ditempelak dengan soalan "pernah tengok syaitan ke? Muka syaitan seperti kat logo tu ke?". Hehe. kalaulah nama pasukan dah Red Devil, maka takkan gambar malaikat di logo tu. Lagipun mereka sendiri yang mendaftarkan syaitan itu sebagai trade mark. Cubalah jadi peminat yang serba tahu dengan mengunjungi web mereka sendiri.

Namun saya pula dimarahi dan mereka menggunakan hujah hati. Ya, niat dihati bukan nak merajakan syaitan tapi sebab peminat kepada pasukan saja. Em, kalau hati dah keras cakap apa pun dah tak guna. Pengeluaran jersi baru Manchester United bakal menjadi koleksi baru mereka nanti.

Namun rakan saya yang menyokong Liverpool lain pula ceritanya. Kelab Liverpool adalah kelab yang terkenal dengan tulisan Carlsberg besar di baju. Walaupun meminati liverpool namun tidak pernah membeli produk liverpool kerana sebab tajaan itu. Beliau berharap agar liverpool menukar penaja lain supaya boleh membeli jersi liverpool. em, sekurang-kurangnya dia tidak menjadi pengiklan carlsberg.

Sama juga penyokong pasukan barcelona yang memaparkan logo salib di baju. Tidak ketinggalan jersi Portugal, Brazil dan Sweden. Apalagi Norway yang lambang salib merentangi baju. Aduh,begitu tega umat memakai baju-baju ini.

Boleh ingin menyokong pasukan ini kerana minat namun janganlah sampai menggadaikan aqidah. Saya berharap agar penjelasan mufti di
akhbar hari ini membuka pintu hati mereka terutama kawan-kawan saya. Mungkin kata-kata saya mereka boleh sangkal walaupun saya memberi hujah yang kukuh namun kata-kata mufti ini lebih jelas dan nyata. Saya menunggu fatwa untuk menutup mulut mereka ini.

Apapun buat Muslimat, jika ada adik, abang, ayah mahupun suami anda meminati bola sepak, itu biasa. Jika mereka memiliki barangan pasukan kegemaran mereka itu juga biasa. Namun perhatikan logo dan lambang yang tertera itu. Apakah ada tanda salib, gambar syaitan mahupun tajaan syarikat arak.

thanx kpade MK sbb emailkan kat aku bende ni..