Monday, January 30, 2012

1st time (Tenis)

Assalamualaikum.

Hai peeps..
Korang pernah tak tengok TV straight je sampai 4-5 jam?
Aku rasa dalam seumur hidup aku la, tak pernah la kot.
Paling lama pun aku ngadap TV bila tengok bola je.
itu pun paling kurang 2 jam je.
lagi pun aku ni bukan jenis yang suka tengok Tv sangat.

Tapi hari ni aku dah buat rekod,
menghadap TV lama - lama tanpa bosan tapi TENSION.
Nape tension? sebab...


~ 5 jam 53 minit ~
(the longest FINAL)

Umangai.. tak pancit ko jang?
ni betul-betul nak bersukan ni.
selalu main futsal 3 jam pun dah macam nak mati.

Tapi serius game ni best dan sengit.
patut Djokovic dah boleh menang awal dah.
Lutut dia buat hal pulak. kesian terjenkit-jenkit time main.
Mula-mula aku ingat Nadal nak bangkit dan menang.
tengok dia main pun makin agresif.

TAPI..


~ Djokovic menang jugak ~

Tak sia-sia aku tengok sampai habis.
memang banyak kejutan betul la.
Good job Djokovic..


*******************************

Ps: Lepas ni tengok highlight je la. Tak sanggup nak ngadap TV tu lama-lama.

ADIOS!
hahaha

Saturday, January 21, 2012

Kebosanan bermula.

Arghh!!
bosan nye..
(okay..tak ada motif!)

tengah bosan-bosan macam ni,
aku memang suka melukis.
Tapi tak ade lah cantik sangat.
(tak ada bakat la katekan)
boleh la kalau setakat suka-suka je.

So, petang tadi aku selongkar almari aku.
Then aku cari komik-komik lama.
Sebab tak ada idea nak lukis karakter komik sendiri.
aku tiru je la orang punye..haha

~Haibara~

Mula-mula nak lukis conan,
tapi asyik tak jadi je.
lukis conan punye member pun boleh!

~Luffy~

ni plak watak one peice.
ni lukisan antara paling lama nak lukis.
aku lukis 3 kali kot.
yang ni baru nampak cam jadi sikit.

sebab scanner dekat utm,
aku terpaksa la tangkap gambar
pastu upload. leceh betul!
dengan wayar tak jumpe-jumpe.

Pape pun, terluang gak masa aku kat rumah ni.
harap tak bosan la sangat duduk rumah ni.
Esok nak berfutsal plak. haha!

******************************
ADIOS!
hahaha