Monday, May 30, 2011

Keempat juga adalah terbaik. (part 1)

Assalamualaikum semua.
Akibat kebosanan buat report je manjang,
So, Pahceroh FC pun cari la tournament.
Kali ni kitorang cari match dekat luar pulak.
Saje tambah pengalaman yang sedia kurang ni.

Jap-jap!!
Korang tau ke Pahceroh FC?
ok fine, komfem korang tak tahu punya.
sebenarnye ni team futsal aku dekat uTM ni.
Boleh kate aku pun baru masuk je team ni.

Pahceroh FC
(Aiman. Pendi, Yun, Paan ganu, Rizki,Fak,Saadam dan Aku)

Balik pada tadi,
Masa hari sabtu lepas, kitorang gerak dari uTm pukul 7:30 am.
Dalam pukul 8 am, kitorang sampai la dekat pontian,
tempat kitorang punya tempat tournament.
datang je sana, terus kitorang daftar dan check jadual.
sekali main pukul 2 pm pulak.
Malas nak terbongeh tunggu lama-lama,
kitorang peri makan dulu la.

Lepas solat zohor,
kitorang pergi balik dekat sana.
dan terus ready untuk match yang pertama.
Mula-mula ingatkan cuaca panas terik,
tapi alhamdullilah redup je, berangin lagi.
dalam 2:30 pm, perlawanan pun bermula.

~ain for GLORY~

Result untuk peringkat kumpulan C.

Match 1st (3-0) WIN.
Match 2nd (0-0) DRAW
Match 3rd (0-1) WIN
Match 4th (3-1) WIN

dengan itu kitorang dengan rasminya 
menjadi juara bagi kumpulan C.
Walaupun player semua lesu dan tak menjadi
pada game yang kedua,
tapi kitorang tetap semangat untuk bertahan dan menyerang.

Tapi, yang tak best nyer.
game kitorang hampir dicemari dengan mentaliti
orang "MELAYU" yang rendah.
Sorry to say la la.
"Pahceroh FC tak makan rasuah la beb"



Habis sudah match day hari pertama.
Harap esok nya dapat menang.

***********************************
Ps: Main bola pun kena berkat beb!

ADIOS!
hahaha

Friday, May 20, 2011

Selamat tinggal UB2 1048

Assalamualaikum guys and gurl.
pejam celik, pejam celik
kejap je dah nak masuk sem 3 kat uTM.
Maksudnye masuk je sem depan,
aku dah jadi tahun 2.
hooraaay!!

Gembira la sangat kan.
Tak tahu sem depan punye subjek lagi hardcore.
Yang sem ni punya pun dah berlalat,
lagi la subjek sem depan.

Okay la, balik pada tajuk kat atas.
Apa tu UB2 1048?
heeee..
tu sebenarnye ialah no. bilik aku.


bagi aku bilik ni paling best.
 sangat dekat dengan
surau,
mini mart,
parking motor,
bus stop,
bilik member-member. 
Strategik giler kan.

Tapi sem depan aku dapat bilik lain la.
tapi masih kat kolej 10
sebab aku dapat kuota pengetua.
hehe.
bilik aku dapat ialah UB2 4027.
Mak aih! tingkat 4 lak tu.
tinggi bebenor nak naik turun.
nak guna lif memang malas. Jauh!

~kolej 10~

Tapi yang best,
dapat lagi usha awek-awek korea/jepun k9.
haha.
dan paling best dapat roommate baru.
Mohd Rizki Nadda.
Orang Sabah bha.

~RizkiK~

Dia ni memang terbaik.
Aku harap dia dapat ajar aku jadi pandai macam dia.
lepas tu kitorang dah rancang 
nak pasang P1 wimax.
sapa nak kongsi,
bayar yer. Tak dapatla jep nak free.

Ape-ape pun jangan risau Rizki.
Sem depan aku hantar kau
pergi kelas naik motor aku.
tak payah nak naik Saadam atau tunggu bas lagi.

Bye-bye UB2 1048~

**************************************
Ps: Malas nak balik short sem.

ADIOS!
hahaha

Tuesday, May 17, 2011

Kegilaan game Angry Birds

Assalamualaikum.
Selalunya apa yang korang buat time bosan ek?
Tido?
Makan?
Main games?
Yes, selalunya orang akan main game 
untuk hilangkan rasa bosan.
Tapi kalau dah hadap game tu 24 jam,
bende best pun jadi bosan kan.

Jadi malam ni aku bagi korang link 
satu game untuk korang try.
Game ni bukan la game yang super-duper berat
macam FIFA11, Blur tak pun Counter Strike.
Tapi game ni untuk sekadar pelepas rasa bosan je.

nama game nye ialah:

~angry birds~

Yup, ni ialah link game ANGRY BIRDS.
Cara untuk main ialah juz lastik burung
kat Babi Baby-Baby tu jer.
Sebenarnya game ni ialah untuk 
pengguna smartphone.
Sape yang tak ade tu lincah la install.

Oh! lupe pulak.
game ni sebenarnya untuk pengguna 
Google Chrome version 11 dan keatas.
yang guna Firefox atau Internet exoplorer.
lupekan lah niat anda tu ye.



~contoh paparan~

Please. Enjoy your game.

******************************
mood: bosannye!!
ADIOS!
hahaha

Monday, May 16, 2011

Lincah bersama Honda wave 110 RS.

Assalamualaikum.
Macam yang aku dah cerita kat entry lepas,
aku dah pun dapat lesen L dengan jayanya.
hoorraayy!!
(Peh-lis. lesen L je pun.haha)

Aku sebenarnya agak malas nak ambil lesen ni.
Yela, sebab kat uTM tu kan dah ada bas,
Tak yah nak ber-motor sangat la kan.
Tapi kali ni lain pulak cerita nya.
Sebab kali ni aku ada "Short sem" selama sebulan lebih.

"Ape kene mengena lesen dengan short sem lak ni?"

kalau korang nak tahu,
masa short sem ni tak ramai budak kat uTM.
So, bas pun mungkin tak ade langsung..emm..mungkin la.
tak kan la aku nak jalan kaki sebulan ni. Mampuih den!
jadi aku nak bawak motor la.
Tapi Abah aku ni lain sikit,
kalau nak bawak motor kena ada lesen dulu,
baru dia kasi bawak.

~nape la tak boleh terus P?~

Lepas dapat lesen ni,
aku ingat nak bawak motor ayah aku je.
Tapi Abah aku tetibe pulak nak belikan.
What!! macam tak percaya pulak.
Dengan lincahnye tadi aku pergi beli motor. Cash!!
(poyo cam duit aku lak.hee)

Mula-mula aku nak angakat LC135.
Tapi LC yang baru giler babeng buruk nye. Cett!!
Aku pun belek punya belek kat kedai apek tu.
So, dengan konfiden nye aku terus cakap kat Abah aku.

"Bah, angkat Honda wave sudah.."

Abah aku okay je.
Lepas aku isi dokumen semua,
dengan rasminya
Honda Wave 110 RS dah jadi milik aku.
hahahaha.


Apa lagi semua.
LINCAH KADOK!

****************************
Ps: masih tersengih-sengih kegembiraan. 
ADIOS!
hahaha

Tuesday, May 10, 2011

Exam terakhir dan hooraay!!

 Assalamualaikum.
Entry ni sebenarnya dah basi,
sebab aku simpan dalam draft lepas habis exam last.
kenapa? Why? why? why?
mesti la sebab connection WifiUtm 2 yang macam
kain basah!

What the fuu kain basah pulak?
yela, kain basah tu  kan lembab, 
maksudnya apa lagi, slow la!! (emo lak)
haha.

Okay, macam ni ceritanya.
Masa hari ahad lepas,
aku dengan semangat nya bangun pukul 3.30 am.
tengok bola?
tak,tak,tak. aku study la, 
betul la aku study,ape lagi.
bagus aku ni kan.
(tu pun sebab tak cover 2 chapter lagi).

lepas study sampai subuh,
aku terus beli sarapan kat arked k9.
lenggang je kat situ.
lepas habis sarap (bace sarapan),
aku terus gerak gi dewan.
jalann kaki je kowt!
nak pinjam motor, semua tengah tido lak.


Masuk je dewan periksa,
aku isi muka depan lepas tu terus baca soalan,
aku terus conteng bende-bende yang perlu.
Yela, takut lupa nanti kan.
tepat pukul 9.00 am, exam pun start.

Aku baca arahan.
ada 4 soalan, jawab semua!
dalam hati aku 
WHAT! habis la kalau aku tak ingat 1 bab.
past year ada pilih-pilih. Ni tak de pulak.
dem!!


Aku rilek je.
Lepas baca doa, aku lincah buat.
habis je buat, aku semak semula dan takut 
ada soalan yang aku tak jawab.
Lepas tu aku terus angkat tangan
sebab nak hantar.
lepas tu aku jalan keluar, hampir dua barisan pandang aku.

aku pun tengok la jam,
Eh! baru 10.28 am.
aku masih ada masa lebih kurang 1 jam lagi.
bajet nak keluar 30 min awal je.
Nasib baik ade 3-4 orang dak cina keluar awal gak.
So, aku rase mungkin senang la kot.
munkin laa..


Arghh!! tak kesah la.
Ape-ape pun, aku dah abis tahun satu!!
MERDEKA!

Malam tu apa lagi,
aku ajak Ratman, Rizki dengan Salam hangout la.
Jalan-jalan, makan kat potek lepas tu..
KARAOKE !!
**********************
Ps: jumpe nanti awek-awek tahun 2!

hahaha

May Allah bless You Safwan..

 ~Safwan~

 Assalamuailakum.
Macam yang kita semua tahu
Ajal maut semua di tangan Allah.
Tapi aku sampai sekarang masih terkejut.
Yup! terkejut dengan berita kematian kawan ku sendiri.
Malam sabtu hari tu nadzir tetiba call aku..

"hamka, ko tau tak pasal safwan accident?"

macam nak berhenti jantung aku dengar berita tu.
lepas tu aku terus call Zue.
dan dia sendiri yang sah kan.
die ajak aku pergi majlis pengebumian arwah,
tapi aku still kat JB sebab esoknye ade exam.

lepas habis exam manufacturing pulak,
aku beli paper kat mini mart,
tetibe kat page kedua aku terbace berita pasal arwah..

SEREMBAN: Seorang pelajar politeknik maut selepas kereta dipandunya terbabit dalam kemalangan dengan lori di Kilometer 263.4 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah utara berhampiran Plaza Tol Labu, di sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang, Muhammad Safwan Abdul Kadir, 19, pelajar jurusan Diploma Pengurusan Logistik Politeknik Seberang Prai, Pulau Pinang maut di tempat kejadian kerana cedera parah di kepala dan badan.
Jurucakap polis berkata, berdasarkan siasatan awal, mangsa yang dalam perjalanan ke arah Utara melanggar belakang sebuah lori membawa muatan besi kitar semula di lorong paling kiri.

lepas habis bace baru aku tersedar
yang semua ni bukan mimpi lagi.
mungkin bukan jodoh aku dapat jumpe dia buat kali terakhir.
Mungkin Allah lebih meyanyangi dia dari aku.

~ i wish..~

ko ingat tak dulu safwan,
mase form 1 kita makan maggi sama-sama.
makan kat dalam stor pulak tu sebab takut senior "paw".
lepas tu kau cakap aku otai sebab aku patah kan kaki hazran
mase riadah time main bola.

masa form 2 pulak kita main kejar kejar dengan cikgu sains
sebab cikgu tu ingat kita ni merokok,
padahal kita teman muaz ngn hussien je.
Aku ingat lagi 1st day kita tidur kat bawah,
kau tidur sebelah aku dengan Azly,
kita sembang macam-macam sampai terlelap.

Bila naik form 3, kita semua betul-betul unite.
semua benda kita buat sama-sama.
yang paling aku tak lupa kita baling nadzir kat padang yang
basah time besday dia. Kita dua yang paling awal angkat dia.
kalau time bosan hari minggu, mesti ko ajak aku, nadzir dengan 
azuan pergi outing. Apa lagi, kita main Pes la.

Tapi tu semua kenangan lama.
Aku kena sedar yang kau dah tiada lagi di dunia ni.
walaupun aku bukan kawan terbaik kau,
Tapi aku nak kau tau yang kau sentiasa dalam memori aku.


in memory
Safwan Abd Kadir
1991- 2011

*******************
Ps: di doakan semoga ditempatkan dengan golongan orang-orang yang beriman. amin
 hahaha