Sunday, March 13, 2011

Markah test rendah? jom layan....

Assalamualaikum,
to all cute-cute gurl and crocodile-man.
Seronok betul kan kalau time hari cuti ni.
Camne keadaan korang pada hari minggu ni?
Best?
Bosan?
Tension?
Relax-relax sudah. hehe

Aku rasa kebanyakan dah dapat result test 1 untuk sem ni.
yela, rasenye minggu test dah abes kan.
so, macam mana?
Dapat markah tinggi?
Terbaik!
Markah cukup-cukup makan?
Orait la tu.
GAGAL?
Okay,boleh tolong drop lepas ni.
tak de la, boleh cuba lagi tu.

~test paper aku?~

Yang gagal tu lek je.
Sebab aku pun sama dengan je..haha
Subjek apa?
Of coz la math. 
Mana penah aku paham math ni.
pening! pening!
Takpe, aku paham perasaan korang.
Sebab tu aku nak suggest kan korang movie ni..

~3 idiots~

serius! hati aku tenang sikit lepas tengok movie ni.
THE END

*************************
Ps: All iz well..All iz well...
ADIOS!
hahaha

Saturday, March 12, 2011

Happy birthday mama..



Selamat hari lahir Mama,
sedar tak sedar, kali ni besday yang ke 46.
Sape kata dah tua?
mandai-mandai je.
"Hot mama" lagi kowt.
hehe..

Sorry tak dapat balik minggu ni.
duit tak de, lagi pun kerja banyak pulak.
so, terpaksa la stay sini.
Nanti sambutlah dengan Mak ita.

EH! kenapa dengan Mak ita pulak?
ooh, lupa pulak.
Kan Mama dengan Mak ita kembar.
dapat celebrate sama-sama.

Anyway,
"Happy birthday mama"
hope dapat jadi guru yang terbaik di Malaysia.
hehe..

*****************
Ps: tetibe rasa macam nak ade kembar je...tapi...

ADIOS!
hahaha

Jahil betul budak sekarang..

Assalamualaikum.
fuh! fuh! fuuuuhhh!! nak tiup sikit blog ni..hehe
biasa la, dah lama tak bukak blog ni kan. 
mana tak berhabuk (??)
Okay la, kat sini aku nak kongsi satu benda dengan korang.
kongsi apa?
jap lagi aku tunjuk la, gelojoh betul.

Tengok tajuk entri bukan main lagi kan.
macam  cerita nak mengumpat dengan jiran sebelah bilik lak.
ni bukan mengumpat ye.
nak kongsi dengan korang je.
Anggap la ada sense of humor sikit.
walaupun benda ni agak serius.

"Ye hamka.. aku tau la semua benda tu. banyak bunyi pulak kau.
cuba ce cite ce cite.."

Ce cite ce cite..
bosan aku dengar ayat tu la.
macam la kau sorang tengok cerita Naimah kak Limah tu.
Okay la, ni la bukti yang budak-budak sekarang jahil betul.
Tak caya? tengok sendiri..

~Click untuk tumbesaran sempurna~


See!! macam mana budak-budak jawab exam?
exam Agama Islam lak tu
buat malu je lahir dalam islam weh,
tapi tak nak langsung ambil tahu ilmu tentang islam.
Lepas tu dekat facebook heboh nak post macam-macam.
Fadhilat kahwin muda la,
Hawa dicipta masa Adam tidur la,
Isu Bee And dengan Pass kafir mengkafir lah,
aaaiii..

Tak salah nak post benda tu semua.
tapi sekurang-kurang kena la ada ilmu agama sikit.
ni nak bukak buku agama pun malas.
lepas tu nak bajet uztad/uztazah pulak.
Adoiyai..

"Eleh..aku tahu la aku tak pandai sangat bab-bab agama ni..
Tapi aku nak kongsi pasal agama dengan mamber-member aku je.
salah ke??"

Kan aku dah kata, tak salah.
Cuma kalau nak post pasal agama pun,
kena la ada ilmu agama di dada sikit.
Ni tak. baca benda best sikit je nak post.
entah-entah ilmu sesat ke..??
lepas tu ramai yang share link.
tak terasa kau akan dapat saham dosa berkali-kali ganda??
yes! dosa 24/7

Thats why la kena ada ilmu.
aku kasi contoh sikit.
Aku ada baca post pasal yang penggunaan perkataan "salam".
tak boleh guna bila bagi mesej la.
sapa yang cakap?
bukti ada?
Dalil ada?

 Aku malas nak cerita, cuba la kaji sendiri.
Internet ada,
Uztad ada,
Uztazah pun ada.
Pandai-panda sendiri la ye.
semua nak kena suap, lemak ar.
(emo-emo!)

*****************

Ps: Aku suka jawapan no 4(a). kelakar dow! hahahaha.. mengong budak-budak sekarang ni.. 

ADIOS!
hahaha

Sunday, March 6, 2011

Movie review - Kurosagi

Assalamualaikum.

Aii.. Bosan gila lepak kat bilik tengah-tengah hari buta kat bilik ni.
Nak study, malas. Yela, tengok markah test punya pasal.
Terus hilang mood aku nak study. Tapi assignment berlambak pulak.
Tension giler babeng weh. Bala..bala..bala..
Apa nak buat ? nak main game pun dah bosan, tengok movie la jom!

~the black swindler~

Movie yang aku dah habis tengok ni ialah cerita kurosagi.
yeah! another japan drama. Tapi bukan cerita jiwang yer.
Aku tak layan sangat cerita jiwang-jiwang ni.
EH! tak-tak. aku memang tak layan langsung okay.
lagi-lagi cerita korea. bosan! hahaha

Biar aku review sikit pasal cerita ni.
Cerita ni sebenarnye pasal "swindler swindling the swindler".
Apa tu? tak paham kan. pandai-pandai lah paham sendiri.
Okay la, Kurosagi ni menjadi swindler sejak keluarga dia diswindle 
oleh swindler yang lain.Senang cerita nak balas dendam la.

mangsa yang dia swindle ialah Shirosagi (orang yang menipu untuk duit) dan
Akasagi (orang yang memainkan perasaan orang). Tapi Kurosagi
lebih berminat dengan Shirosagi kerana lebih mencabar.
Semua maklumat tentang Shirosagi dia dapat daripada Katsuragi.
Katsuragi pula menawarkan maklumat dengan bayaran.

Hurmm..cerita ni menarik sebab cara Kurosagi ni swindling.
of course la dengan cara yang aku tak terfikir.
dan satu lagi yang best pasal cerita ni mesti awek dia yang cute.
hehe. sape tak suka tengok awek cute berlakon kan.
dah la cute,berlakon pun tak kaku macam awek cerita Gemilang tu.haha

~ the prosecute ~

Eh! tadi aku kata cerita ni tak ada jiwang-jiwang.
ni tetiba ada awek cute lak. apa kes?
Tu la korang tak tengok mana nak tahu.
Awek ni ada sebab nak kasi sedap je cerita ni.
Kurosagi tu tak layan pun awek ni.
Kesian awek ni kan. Takpe,kalau kurosagi tak nak
Emm.. aku pun boleh je. hehe

**************************
Ps: kadang-kadang aku nak jadi macam Kurosagi ni. "Not bother with love" langsung. Tapi tak boleh..

hahaha