Tuesday, November 30, 2010

Sarapan pagi istimewa.


Cerita ni aku terbaca dekat paper pagi tadi time nak makan nasi goreng mak aku.Cerita yang macam sengal.Pagi-pagi dah buat aku gelak.Meh aku tulis balik dan share dengan korang.

Seorang lelaki melihat sebuah papan tanda di sebuah restaurant yang bertulis “SARAPAN PAGI ISTIMEWA”, dan lelaki tersebut tertarik dan memasuki restaurant tersebut. Pelayan membawakan minuman dan bertanya kepada lelaki tersebut, apa yang akan dipesan. Lelaki tersebut bertanya dengan penuh rasa ingin tahu kepada pelayan tersebut “Apa SARAPAN PAGI ISTIMEWA hari ini? “Lidah ayam bakar”, pelayan tersebut menjawab dengan nada bangga! “Lidah ayam bakar?? Lidah ayam bakar! Tidakkah kamu tahu bahawa hal itu sangat menjijikkan? Saya tidak akan sesekali makan apapun yang keluar dari mulut seekor ayam!” kata lelaki tersebut. Kemudian pelayan tersebut bertanya “Kalau begitu encik mahu sarapan apa? “Bawakan saya telur rebus!” jawab lelaki tersebut. “Itukan dari ‘bontot” ayam!” jawab pelayan dengan selamba.

**************************

P/S: esok terasa nak makan telur rebus la..hehe


hahaha

2 comments:

Sila bagi komen anda