Friday, December 31, 2010

contest mencari benda tersembunyi..

Assalamualaikum.
okay la.hari ni aku kasi satu contest untuk pembaca blog aku.
peraduan "cari orang yang tersembunyi"
kalau korang dapat jawab sebelum tengok jawapan,
aku belanje korang makan (tapi pandai-pandai la bayar)
haha..tak pe..korang cuba je la ye.

kalau korang tak nampak,klik gambar tu ye kasi besar
jawapan ada dalam gambar.
senang kan.

soalannya...

1.Siapakah yang menjulang piala Aff suzuki cup walaupun dia bukan player (pemain)
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
jawapan.

K.Rajagopal

hahaha.
kesian K.Rajagopal tersepit kat situ.
ni semua bafana-bafana crew la yang heboh nak masuk gambar gak.
mesti korang tak dapat jawab en..haha

mood: bosan...

***********************

PS: betul la cakap aku.time musim clash je,ade yang nak buat group "single lagi best".siap ajak aku lagi.WTF!! heboh giler nak single,orang dah nak kahwin la.tu la,orang kecik2 blaja,ni heboh nak couple..padan muke kau.haha


ADIOS!
hahaha

Tuesday, December 28, 2010

Terbaik la Malaysia!

Assalamualaikum.
pada 26 Disember hari tu,Bafana-bafana crew
bergerak pergi bukit jalil.kitorang buat ape?
tengok bola la.Ape barang layang rock the world tu.

Tak payah nak cerita banyak,
berjela gak entry ni nanti.Korang pun tahu en 
Malaysia memang terbaik giler.3-0 weh!!
berbaloi tiker RM30 aku.puas giler babeng la
Setiap kali gol aku berjoget-joget.

Habis je game,kitorang turun gi padang.
saje nak merasa padang bukit jalil
lepas tu terus tunngu dekat bas Malaysia
untuk bersalam dengan semua player
kitorang masuk astro arena kot.hahaha

layan la gambar ni yer..
.
~dengan akak astro~

~bile masuk padang~

~player malaysia yang baru~

~corner~


~enjoy weh~

~ pape pun,,MALAYSIA BOLEH~

Ape barang tangkap pakai DSLR..
gune enset aku pun lawa la.
HAHAHA.

*****************************
PS:terbaik la Malaysia!! sayang korang ketat-ketat. kepada makcik Azni,Malaysia dah goal banyak,baru nak sokong eh.ape lar.Tu la asyik layan sinetron indon je.kah kah kah

ADIOS!
hahaha

Friday, December 24, 2010

Bruno Mars fever.

BILLIONAIRE
I wanna be a billionaire so fricking bad
Buy all of the things I never had
Uh, I wanna be on the cover of Forbes magazine
Smiling next to Oprah and the Queen
[Chorus]
Oh every time I close my eyes
I see my name in shining lights
A different city every night oh I
I swear the world better prepare
For when I’m a billionaire

Yeah I would have a show like Oprah
I would be the host of, everyday Christmas
Give Travie a wish list
I’d probably pull an Angelina and Brad Pitt
And adopt a bunch of babies that ain’t never had sh-t
Give away a few Mercedes like here lady have this
And last but not least grant somebody their last wish
Its been a couple months that I’ve been single so
You can call me Travie Claus minus the Ho Ho
hehe, Get it, I’d probably visit where Katrina hit
And damn sure do a lot more than FEMA did
Yeah can’t forget about me stupid
Everywhere I go Imma have my own theme music

Oh every time I close my eyes
I see my name in shining lights
A different city every night oh I
I swear the world better prepare
For when I’m a billionaire
Oh oooh oh oooh for when I’m a Billionaire
Oh oooh oh oooh for when I’m a Billionaire

I’ll be playing basketball with the President
Dunking on his delegates
Then I’ll compliment him on his political etiquette
Toss a couple milli in the air just for the heck of it
But keep the fives, twentys, tens and bens completely separate
And yeah I’ll be in a whole new tax bracket
We in recession but let me take a crack at it
I’ll probably take whatevers left and just split it up
So everybody that I love can have a couple bucks
And not a single tummy around me would know what hungry was
Eating good sleeping soundly
I know we all have a similar dream
Go in your pocket pull out your wallet
And put it in the air and sing

I wanna be a billionaire so fricking bad
Buy all of the things I never had
Uh, I wanna be on the cover of Forbes magazine
Smiling next to Oprah and the Queen

Oh every time I close my eyes
I see my name in shining lights aw yea yea
A different city every night oh I
I swear the world better prepare
For when I’m a billionaire
Oh oooh oh oooh for when I’m a Billionaire
Oh oooh oh oooh
I wanna be a billionaire so frickin bad!


hahaha

Thursday, December 23, 2010

Top 5 of the month.

Assalamualaikum.
1st sekali,aku mintak maafla dekat pembaca blog aku.
Sebab ada yang mintak aku tulis entry-entry yang general
yang boleh buat awek-awek cun dan putera bermuka gay hensem terasa.
bukan tak ada idea,tapi tau la orang berkareer ni.mana ada masa sangat.Tido je lebih.haha
Tak pe,nanti aku cerita pasal pergaduhan aku dengan Pay Joe pasal perempuan.
siap ko Pay Joe!!

Tapi kali ni aku cerita yang ringan-ringan je.
pasal lagu-lagu kegemaran aku sepanjang bulan ni.
Check it out!

 1.Just the way you are-Bruno mars

2.Mine-Taylor Swift

3.The only exception-Paramore

 4.Teenage dream-Katty Perry

5.Your love is my drug-Kesha


korang pulak macam mana?

******************************************

PS: satu laki dan empat perempuan?? okay sangat la tu..Dah boleh tukar dah bruno mars tu dengan aku..hahaha =)

ADIOS!
hahaha

Wednesday, December 22, 2010

1st tournament Bafana-Bafana Crew

Assalamuaikum
Buat julung kalinya Bafana-Bafana crew
masuk tournament futsal walaupun dah selalu main futsal.
kitorang masuk pun boleh kata sebab tak sengaja je.
Ajis (si tauke) tiba-tiba nak support yuran RM100 dengan jersi sekali.
So,kitorang pun sebat je la.sape yang tak nak.
kalau menang,RM1000 kot dapat.

So,puyut kutip sorang-sorang la dari putra,aku dengan wazien
pergi dekat Galaxy futsal kat area UKM tu(buat-buat tau suda)
Petang tu kitorang training jap.tapi tak cukup orang pulak.
Sebab dah terlalu "pancit",kitorang training sejam je.
terasa rugi pulak.dah la court free.hehe

~malaysia boleh~

malam pulak,kitorang pergi mapley berdekatan sebab nak tengok 
malaysia main.walaupun 0-0 je.tapi okay la tu dapat ke final.
lepas habis je game tu,aku main game PES 2011 dengan puyut kat surau Galaxy tu.
lepas tu budak-budak ni terus tido kat surau tu.
aku ni pulak memang ada penyakit dari masa sekolah lagi
kalau esok ada match penting,memang mata tak boleh lelap
SHIT!! padahal ngantuk giler..
otak ni pulak asyik fikir macam-macam.pukul 4 lebih baru boleh tido.

~Galaxy fc~

biler terdengar azan pukul 5:30 aku terus persi mandi.
pastu lepak kat kaunter sambil memekak dengar radio.
pukul 7 baru budak ni bangun.tu pun sebab orang ramai dah sampai.
kitorang punye match pukul 10 a.m.so,aku puyut ngn dol per mkan roti canai dulu.
balik je terus dapat jersi.mule-mule kitorang nak daftar nama "exTTJ fc",
tapi lupa plak kitorang di sponser.so,terpaksalah guna GALAXY FC

untuk grouping kitorang menang 2 dan kalah 1.
Alaa..kalah pun dekat team yang ke final (Fauzio FC B)
tapi dorang memang baik.siap berkomplot lagi dengan kitorang
masuk kalah mati je,kitorang terus mati la.haha
tak pe la,dapat gak hamper dengan sijil.lain kali boleh cuba lagi.
habis je game,puyut terus hantar kitorang balik
sebab esoknye putra ada praktikal.

 ~yang penting enjoy~

*****************
PS:dah lama tak masuk tournament,masuk court je terus berderau jantung aku.walaupun tak dapat piala YDP MPKJ dengan duit RM1k kali ni,lain kali kitorang masuk lagi..haha


ADIOS!
hahaha

Thursday, December 16, 2010

semalam bagaikan mimpi indah.

Assalamualaikum to all gurl,gent,gay and lesbo.hari tu aku ada kate nak berhenti blogging kan..okay,tarik balik.haha.sebabnye...tak payah la korang tahu.sebuk je.(gedik!).entry hari nak cerita pasal hari yang indah aku lalui semalam.

Semalam aku dengan bafana-bafana crew keluar pergi meronggeng dekat bangi, serdang , bukit jalil dan putrajaya.fuh! berjalan sakan weh.Mula-mula si dudu kutip sorang-sorang bawak pergi tempat futsal Galaxy kat area-area UKM (buat-buat tau sudah).Lepas tu,kitorang suruh mizan beli tiket untuk tengok Malaysia main malam tu pulak.Kali ni kitorang lawan budak dari ampang.Tapi bukan kalah bayar la.Kali ni aku perform habis la.Tapi Alai sentiasa terbaik.dengan skill menari di serata court.hahaha


Lepas habis main 2 jam,kitorang lepak mamak dekat serdang sambil tunggu time nak pergi stadium.Lepas semua ready,kitorang gerak pergi stadium la.fuh! sesak giler jalan.Tapi best la,kitorang nak lintas jalan je jerit dengan bersorak MALAYSIA,so kereta pun stop sebab nak bagi kitorang lintas.cool en! sampai je stadium,kitorang cari makcik-makcik yang jual headband.semangat beb! tapi kat stadium memang syok la.Awek-awek semua cun kowt(tu yang penting).Kepada yang dah berpunya,sila ketepi ye,bagi laluan kat aku nak test maket pulak.(market la sangat).lepas tu,kitorang cari port terbaik punya.




Tapi malam tu Malaysia memang terbaik la.walaupun defend kanan kureenng,tapi masih tak mengecewakan.Menang 2-0 weh! mana tak gembira giler.Bila goal je,mahu rosak kerusi aku kerja kan(gembira punya pasal).Kentang pulak dapat kawan baru,siap main sep-sep lagi.tapi yang tak adil nye,kentang dengan alai dapat bersalam dengan scorer, Safee sali dengan jurulatih Rajagopal.Siot la,tiket harga sama je.ni semua sebab kereta kitorang parking jauh giler la.Adeh! terlepas peluang pulak.




lepas habis je game dekat Bukit Jalil tu,kitorang pergi Alamanda pulak.Ingat nak tengok midnite movie.Tapi dah lewat sangat,kitorang karaoke je la,dengan suara dah tak de sebab sorak giler babeng dekat stadium tadi,ni lak nak karaoke.semua suara rock je la.sampai sekarang suara aku macam Hulk je.aku sendiri dengar pun takut.Tapi budak2 ni cakap suara aku sedap bawak lagu Spider.biasak la bro..haha,tapi yang tak boleh blah sura rock pun kitorang bawak lagu nashid weh..huhu




lepas habis karoake,kitorang lepak maple then terus balik.sampai rumah je dah pukul 4 a.m.malas nak tido,aku main game sampai subuh.Lepas subuh baru la boleh tido.Bangun-bangun je terus sembahyang zohor.Terbaik! ape-ape pun sangat best weh dan komfem puas giler.Setiap sen duit yang aku keluar berbaloi habis dari belanja awek-awek cun bende-bende tak berfaedah.hahaha

************

PS: Ada orang tanya aku kat formspring."tak bosan ke tak ade awek?".dan aku delete soalan tu.Jawapan nye."bodoh! aku tak pernah bosan dengan hidup aku yang dikelilingi member-member yang rawk dan terbaik.dan aku nak tanya kau."kau cari awek sebab bosan ke? bapak kesian awek ko.jadi pemuas nafsu bile kau bosan je".aku kalau cari awek pun sebab aku nak kahwin ler"


ADIOS!
hahaha

Monday, December 13, 2010

Best ke profession baru aku ni?


korang paham tak?

Assalamualaikum
Okay la.ni maybe last entry untuk bulan ni.
Sebab aku tak boleh online sangat.
sebab sekarang dah dapat kerja baru.
Kerja tolong cikgu tuisyen je.

Mula-mula ingat senang la kan.
Ajar subjek PMR je.Bukan SPM pun.
Tapi baru aku ingat yang math kertas 2,
tak boleh guna kalkulator.
Terpaksa la tunjuk jalan kerja step by step.
ANNOYING!!

~adakah aku akan botak?~

Tapi rabu ni Bafana-bafana crew buat event lagi.
Kali ni dekat bangi pulak la wei.
Nasib baik la dapat ponteng cuti hari tu
dapat gak berfutsal dengan member-member.
malam pulak plan nak pergi stadium tengok Malaysia lawan Vietnam.
kalau tak dapat tiket,tengok kat mamak je la.

**************
PS: Best gak jadi cikgu tuisyen ni sebenarnye.Awek-awek cun ramai weh(juz tak cukup umur je).Jom la teman aku,boleh cari calon bini muda sekali..hehe

ADIOS!
hahaha

Friday, December 10, 2010

Dah habis musim cinta.sekarang musim?

Assalamualaikum.
~emotion of marshmallow~

Apa perkara pertama yang orang semua buat hari ini? Mestilah online Facebook kan.Tapi aku lain sikit,aku buka dashboard blog ni dulu sebab nak baca entry-entry korang.Lepas tu baru bukak facebook yang semakin pelik sekarang ni.Notification pun kejap ada,kejap tak ada,susah la nak kacau-kacau awek macam ni.Okay..cukup la tu,dah lari tajuk pulak.

Kalau korang semua perasan sekarang ni,bukak facebook je mesti berjela-jela status majoriti semua orang pasal result exam.Kadang-kadang tak kesah la kalau korang frust ataupun gembira dengan result korang then korang wat status.Boleh kongsi cerita suka-duka korang tu dengan kawan-kawan,tapi ni kalau setiap masa je status kau update,sumpah annoying weh.Nak je aku remove friend,tapi fikir member je.Korang sebenarnya kurang perhatian ke sampai jadi penagih nak minta simpati orang lain.Kalau failed mungkin la boleh dimaafkan,ni dapat B je pun dah mula heboh result teruk la.Tu la susah kawan dengan orang pandai ni,sebab dia tak tahu bila dia jadi bodoh kurang pandai.

Okay-okay,agak emo di situ.Aku cerita yang ringan sikit la.Pergi kat status orang dapat result cemerlang pulak.Ni lagi tak boleh bla,siyes tergelak habis (aku je yang gelak).diorang punya status ada lebih kurang macam ni la."terima kasih kepada makcik cleaner kerana selalu bersihkan tandas saya,makcik cafe yang masak makanan sedap-sedap sampai saya dapat result sem 1 gempak! dan tak lupa juga kepada pak guard yang selalu melindungi saya,terima kasih semua".Adoiyai,kelakar jugak bila budak pandai mula merepek.Tak ape la.Tumpang gembira la untuk korang.

~love bleed~

Berbalik kepada musim sebelum result exam ni keluar.Kali ni untuk musim cinta.Status semua dekat facebook sangat la jiwang eww eww.Yang lelaki muka habis ganas,sekali status semua tak boleh tahan punya ayat.memang boleh buat novel cinta yang boleh mengalahkan novel cinta paling hot yang ada kat kedai buku popular.Yang gurl memang tak payah cakap la.status memang geli-geliman je baca.lepas tu,mula la letak gambar buaya pakwe dekat profile,tak lupa juga kat blog siap tulis "my dear","chayunk ku" tak pun "my hubby".Kadang-kadang siap buat satu entry khas untuk pakwe dorang.Hebat sungguh cinta korang ni yer.Sampai aku terasa peer pressure untuk mencari bakal isteri aku cepat-cepat.

Dah lama sikit,masuk musim putus cinta pulak.Time ni semua mula la frust menonggeng.Dengan cepatnye jari dorang menulis status tahap emo++.Dah macam mati laki pun ada gak.mula la kawan-kawan bagi semangat kat member tu macam "eh! kau okay tak ni? status emo je.story la sikit".dan mula la adegan mengumpat pot pet..pot pet..Bila dah okay sikit,mula la cari page yang ada kene mengena dengan dorang macam like "I still love my ex" tak pun "doa melupakan kekasih lama".Yang mana ada blog tu,tetiba hilang je semua gambar buaya-buaya.Then, buat entry tak pun status "aku dah bebas" atau "single lagi best la wei".Tak kisah la korang nak buat apa tapi,siap ada pulak yang memaksa aku jadi single je dan join dorang bila aku buat entry/status pasal kahwin.EH! suka hati aku la.Kau dah merana,nak paksa-paksa aku pulak.Nanti kensunyian pulak awek-awek korea k9 tu kalau aku tak layan dorang.Okay fine..tu tipe je!


~tak nampak!~

Lepas ni agak-agak musim apa pulak yer? aku agak semua orang nanti heboh nak tulis status pasal masuk sem baru (agaknye la).tak percaya,kita tengok nanti.Aku pun just buat tak nampak je la.(tak pun pakai snowcap macam kat atas).Nak dilayan kang,macam-macam pulak.Apa-apa pun teruskan la hidup ni yer.Hidup ni memang kadang-kadang tak best pun.Tapi sebab tak best la hidup ni jadi menarik.

*********************

PS:Aku tak kesah korang nak maki aku ke apa pasal entry ni(macam la aku kesah).Tapi semua ni dari apa yang aku nampak.aku ada terfikir nak link kan semua bende yang aku tulis ni.tapi fikir aku ni baik je.Kalau aku link,baru korang tau yang SOMETIMES REALITY MORE WEIRD THAN FAIRY TAIL.

ADIOS!
hahaha

Tak dapat anugerah dekan,,tapi dapat..


Assalamualaikum.
Hari ni bukan nak cerita pasal dapat anugerah dekan yer.
Sebab result sangat mendukacitakan.
A,B,C,D semua ada.Cantik tak result aku?
Banyak la hang punye cantik,
Yang D tu plak nak kene repeat lg..damn betol la..
(korang tak yah menggedik nak agak pointer result aku okay.)

Walaupun tak dapat anugerah dekan,
tapi aku dapat anugerah dari awek cun UKM.
siapa lagi kalau bukan Nur Ariffah Putri.
Kalau nak nombor dia,bagitau yer.
Tak ade hal la member-member.Tapi kang jangan menyesal la
kene layan setiap malam..haha

Okaylah,aku nak jawab soalan yang annoying dari awek cun ni.(nasib baik kau cun)

apekah benda paling penting dalam hidup korang?
yang paling penting mestilah futsal/bola sepak.Kalau dunia ni tanpa futsal/bola sepak.Mesti aku dah mati kebosanan.(aku tak perlukan henfon pun,bukannye ada awek)

benda terakhir yang korang beli guna duit korang?
Pizza Hut.Walaupun terasa membazir sebab kedai maple ada makanan murah,tapi apa salahnya sekali-sekala makan dengan kawan-kawan lama.

di manakah tempat korang melangsungkan perkahwinan korang dan apakah temanya nanti?
Kat rumah aku dan rumah isteri aku la.Emm,apa temanya ek? Mungkin macam taman tema air.(okay tak Lisa??)

~lebih kurang camni la~

adakah korang sedang bercinta sekarang?
Of coz la tak.sebab aku jual mahal (padahal tak ada sape yang nak)

berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
Awek pun tak ada.Mana nak tau bercinta berapa lama.

dimanakah korang berjumpa kekasih korang?
Di syurga la kot kalau tak jumpa di dunia.(ayat menggedik)

novel/buku/majalah terakhir di beli.
majalah Wisel.masa ni beli sebab duit banyak sangat dan tak tau nak beli apa.


apakah nama penuh korang?
Mohd Hamka Bin Rahiman. Kenapa kau tanya pulak? bajet tak kenal je.

antara mak dan ayah, mana korang lebih mesra?
Secara jujur dengan mama aku la. Dengan ayah aku kurang sikit.Kang mesra lebih-lebih dengan ayah aku,kang dia kata aku menggedik pulak.HAHAHA

namakan orang yang betul2 korang nak jumpa dalam hidup korang.
Mesti lah Lisa Surihani.Tu pun nak tanya.Adoiyai.
Tapi kalau ikutkan hati,nak jumpa Messi dan Fabregas.

~fabregas~

adakah korang basuh baju sendiri?
Dekat kolej je.Sebab kat rumah kena basuh baju sendiri,baju mama,abah dengan adik aku.

dimanakah tempat yang korang betol2 nak pergi?
Makkah dan Madinah.Then boleh buat haji (pakej sekali)
aku tak berminat sanagt nak berbulan madu kat luar negara.
Tapi kalau dekat Stanford Bridge okay jugak.
EH! hahaha.

pilih salah satu, peluk atau cium?
Kau siapa nak suruh aku pilih?Aku nak dua-dua.Kalau dah peluk,mesti nak cium.Then,kalau nak cium mesti nak berpeluk.kan saling melengkapi tu.hahaha

beritahu 3 benda tentang orang yang bagi tag.
  • Seorang yang penakut nak tutup jam loceng Abang Us
  • Sangat sayang kepada mama radhi
  • Suka sangat becerita pasal perempuan sampai bernanah telinga aku mendengarnya.haha
5 benda yang paling disayangi dalam hidup anda.

  • PES2011 (pirate punya)
  • Laptop ACER 4741G
  • Wallet (RM5.00)
  • Nokia X3
  • Jam Quartz (yang dah mati)

lagu yang paling anda suka dengar.
Melayu:
Teratai,Bourgenvilla,Permata buat isteri
Inggeris:
The only exception,Haven't met you yet,Inconsolable
Nasyid:
Ainul Mardiah,Bisikan Nurani,For the rest of my life

bila tarikh lahir dan kat mana korang sambut tahun lepas.
18 september.Sambut kat bilik UB2 1048 sambil ditemani assignment yang berlambak-lambak
Dan tak sentuh henset pun walaupun ada free call.

5 rakan blogger yang korang nak tag.
aku tak tag boleh kan?hahaha
Sebab awek-awek cun mana layan tag dari aku ni.
HAHAHA..


******************
Tahniah kepada kawan-kawanku yang ramai dapat result cemerlang.
Siapa yang gagal subjek statik,jumpa aku sem depan okay.
(espcially to awek-awek cun,laki tak payah.hahaha)

PS: jangan gedik-gedik tanya camni."eh! ko gagal statik eh? relax la,aku pun teruk gak.dapat A- je..WHAT THE F !!!

ADIOS!
hahaha