Thursday, February 24, 2011

Cara menggunakan Youtube semasa bosan.


Assalamualaikum semua..

Aku tahu sekarang ni ramai member-member aku yang dah lepas amek test. Macam mana perasaan? Tak payah cerita banyak la, yang belajar betul-betul komfem kata senang je kan. Yang kate susah tu, ermm..aaa.. mungkin soalan tu yang susah kot. kan? kan? kan? Aku pun baru tadi dapat kertas test Thermodynamic. Macam mana? markah aku kalau per 20 memang dapat A kowt. Tapi rupa-rupanya per 40.So, markah aku... Lu pikir la sendiri. (tetiba tak ada mood).

Tak ape! sekarang ni aku ada benda baru nak kasi korang cuba sendiri. Masa bosan + tension ni la nak explore macam-macam. Okay la nak start ni, korang mesti tahu apa benda Youtube tu kan? Ala, tempat korang nak tengok video tu la. Lepas tu heboh nak post kat facebook. Tak kan tak tau kot? Tau kan. Bagus-bagus! sekarang aku bagi korang cara nak main-main dengan Youtube tu.

Cara-caranya:

1. Mesti la masuk laman Youtube. Ape lar.

2. Korang pilih je mana-mana video yang korang suka.

3. ("pause") kan video korang tu pada 0:00.

4. Jadikan korang punya video full screen.

5. Tekan butang KIRI dan tekan juga butang ATAS pada arrow key.(maksud nya korang tekan pada masa yang sama)

6. Lepaskan butang tu.

7. Dan tekan lagi butang tu pada masa yang sama.

8. Enjoy game SNAKE yang telah disediakan oleh Youtube untuk korang.

bukan sekadar video 

~THE END~

*******************
PS: Cara-cara ni untuk di Youtube sahaja yer! kalau korang bukak tube-tube yang lain yang ada video Angel di Maria, Maria Shararapova, Maria Mariana dan Maria dot dot dot.. Tu bukan salah aku sebab tak jadi okay.hehe

ADIOS!
hahaha

Wednesday, February 23, 2011

Dear god - Avenged Sevenfold


A lonely road crossed another cold state line
Miles away from those I love, purpose hard to find
While I recall all the words you spoke to me
Can't help but wish that I was there, back where I'd love to be, oh yeah

Dear God, the only thing I ask of You
Is to hold her when I'm not around, when I'm much too far away
We all need that person who can be true to you
But I left her when I found her and now I wish I'd stayed
?Cause I'm lonely and I'm tired, I'm missing you again, oh no, once again

There's nothing here for me on this barren road
There's no one here while the city sleeps and all the shops are closed
Can't help but think of the times I've had with you
Pictures and some memories will have to help me through, oh yeah

Dear God, the only thing I ask of You
Is to hold her when I'm not around, when I'm much too far away
We all need that person who can be true to you
I left her when I found her and now I wish I'd stayed
?Cause I'm lonely and I'm tired, I'm missing you again, oh no, once again

Well, some search never finding a way
Before long they waste away
I found you, something told me to stay
I gave in to selfish ways
And how I miss someone to hold when hope begins to fade

A lonely road crossed another cold state line
Miles away from those I love, purpose hard to find

Dear God, the only thing I ask of You
Is to hold her when I'm not around, when I'm much too far away
We all need the person who can be true to you
I left her when I found her and now I wish I'd stayed
Cause I'm lonely and I'm tired, I'm missing you again, oh no, once again

****************

PS: layan seyh lagu ni walaupun dah banyak kali dengar. layaaaan!!


ADIOS!
hahaha

Tuesday, February 22, 2011

Explorace-Sustainable Environment




Assalamualaikum.
Kali ni iklan aku bawa dari SRMers untuk korang.
Aktiviti ni semestinya untuk sesiapa yang suka round-round sekitar UTM.
Tak lupa juga untuk yang asyik terperap kat bilik je.
masa ni la nak jalan-jalan sampai sesat di utm ni.
Aku paham mesti banyak soalan kat kepala korang sekarang ni kan.
contohnya:

Masuk ni boleh kurus tak?
pagi-pagi kitorang kasi senam aerobik lagi.
lepas tu korang boleh la lari-lari macam orang giler kat utm ni.

Malas nak lari?
kitorang sediakan basikal.

Malas nak kayuh?
kitorang kasi naik kayak.

Malas jugak nak berkayak?
kitorang boleh campak korang kat buaya yang ada kat tasik tu.
(ade pulak buaya?)

Tak ada masa sebab kena study?
kitorang sediakan soalan IQ untuk korang.
soalan past year kalkulus,elektric circuit, material science, C++ ade gak kalau nak.
(EH! hahaha)

Tak ade duit nak bayar yuran?
gune duit PTPTN. Tak pun member nye JPA.
kalau menang dapat duit masyuk punya.

Apa tunggu lagi, cepatlah mendaftar.
makcik-makcik yang kerja di utm ni pun digalakkan mendaftar.
tapi makcik Nana memang WAJIB join okay!
sijil disediakan dengan aku punye signature. haha

YAKIN BOLEH GEMILANG
ADIOS!

hahaha

Saturday, February 19, 2011

Thanks to all SRMers.

Assalamualaikum.
satu minggu ni kalau tanya member-member aku,
komfem diorang kate yang hidup diorang buzy giler.
sama je la dengan kes hidup aku ni,
dengan test nye la, mengundi la, macam-macam la.

Tapi minggu lepas aku buzy dengan SRM punye program.
SRM tu apa?
SRM tu stand untuk Sekretariat Rakan Muda.
Program kali ni aku menjelajah pergi IPT di bahagian central.
aku ke UNITEN, UKM dan USIM.

Tengok gambar je la ye.
Malas nak tulis. hehe!!


~on da way~

~sume bajet comel~

~ber waka-waka di UKM~

~sejuk pun sempat nak bergambar lagi~


 ~taman botani malaysia~


~tak yah nak bajet kat oversea la~

~pokok pun jadi~


~aku pelajar UKM??~

~dilarang memijak salji~

~dengan sek sek klate dengan ganu~

~aku dengan topek~
(abaikan seluar pinjam yang ketat tu)

~thanks to all SRMers~

cukup la tu ye.
tak kan nak masukkan semua gambar pulak.
ni pun aku upload sebab nak kasi NANA jeles je.
sampai hati kau tak join kan.

Lepas ni program explorace pulak.
Sibuk lagi!
Tak de hal la. SRM punya pasal.
Thanks to Kak Eza sebab banyak tolong aku seminggu ni.
Heart you a lot la sis.

**************************
PS: thanx giler-giler kat Seramu Uniten, SRMUKM dan SRM USIM. korang memang terbaik dan best giler. To SRMUTMJB, korang lagi la terbaik!!

ADIOS!
hahaha

Monday, February 14, 2011

Lelaki oh Lelaki.

~cute boy~
Assalamualaikum to all pretty gurls and boys.

Disebabkan tuan punya blog ni sangat-sangat liat nak update blog dia yang hijau-hijau ni. Dengar cerita dia banyak sangat assignment nak kene buat, yela tu kan (lelaki bukan boleh percaya sangat). So, mulai hari ni saya, Miss S  yang akan sentiasa update blog dia. Tapi sebelum tu korang kena tahu dua benda dulu. First, aku ni bukan lah dari kaum yang semakin pupus tu.Ermm.. Apa ya nama saintifik dia. Oh ya! kaum lelaki. Secondly, tuan punya blog ni tak tahu pun aku tulis kat blog dia.

Korang nak tahu macam mana aku boleh tulis kat blog ni? Alah, bukan nya susah sangat nak hack blog mamat ni. Mula-mula copy dan paste dia punya email dekat facebook, lepas tu untuk password tulis je nama gurl yang dia suka. Tadaa.. dah boleh bukak blog ni akhirnya. Ceh! password nak letak nama gurl yang dia suka la konon. Padahal dia je yang terhegeh-hegeh suka kat gurl tu, entah-entah gurl tu pun tak kenal dia langsung. Well, boys..

Okay la,.setelah puas Miss S baca blog ni, segala benda yang mamat ni tulis, yang pasti dia mesti nak menangkan lelaki. Bagus sesangat ke lelaki tu? kat sini Miss S pulak yang nak bercerita pasal lelaki.

~love~

Mereka ni digelar handsome-hot-creature yang selalu perasan yang diorang tu baik. Konon nya dia la yang paling alim. Bila nampak je gurl free hair tak pun pakai baju ketat, dia kecoh bukan main lagi pulak. Bukan nya nak nasihat elok-elok ke. Cuba la tegur dengan lembut dan berhemah, mesti terpikat saya. Bila terpikat, baru la ada rasa dalam hati ni nak berubah. Lagi-lagi yang tegur muka ala-ala penyanyi k-pop tu, tak pun macam Edward Cullen. Ni tak,macam tak ada sensitiviti langsung. Sepak karang, terasa taw.

Then, lelaki ni bila nak mengurat perempuan tu. Mesti nak mula dengan gaduh-gaduh dulu buat perempuan tu geram dan menyampah. Bajet ah diorang ingat perasaan benci tu lama-lama boleh jadi sayang ke?. Cuba mengurat gurl dangan cara yang gentlemen sikit. Bagi bunga ros ke, jalan-jalan dekat tepi pantai ke. Baru la gurl boleh terpikat. Ni tak, nak jugak buat gurl geram dan benci. Kalau tak pun bila gurl tu putus cinta, mula la nak masuk line dengan bagi advise. Advise pun main lepas cakap je, lepas tu nak masuk line pulak. Mana tak komfem kena reject. Eww!!

~laa.. dah besar pun nangis~

Korang semua mesti dah biasa kan dengar yang lelaki ni bukan la jenis yang menangis. Eleh, dan dan je tak menangis. Cuba awek yang dia minat gila-gila reject bila dia ajak couple. Lagi-lagi depan kawan-kawan dia pulak tu. Mahu tak merah berair mata tahan menangis. Tunggu masa je nak mengalir keluar. Lek je lepas seminit lepas kawan-kawan dia semua blah, mahu agaknya dia menangis mengalahkan bayi. Lepas tu, emo-emo pulak nak sepak pintu la, tumbuk cermin la. Nama je lelaki, tapi hati macam tisu. Cett!!

Cuba bayangkan kalau lelaki tak ada di sekeliling korang. Mesti tak kan ada kes rogol sana sini punya. Senang la perempuan macam Miss S ni nak keluar malam-malam tengok wayang dan bergembira dengan kawan-kawan. Dan semestinya, kaum perempuan ni semua akan happy sebab boleh makan banyak-banyak tanpa risau lemak yang naik di pinggul dan paha seperti ayam kentucky. Lagi pun kalau diorang tak ada, tak payah la nak melayan karenah diorang yang annoying tu. Eee.. rimas la. Lepas tu, baru kenal sekejap je, terus nak declare couple. Apa diorang ingat kaum Miss S ni tak ada murah sangat ke? kalau reject pulak, nanti mula la tak bertegur sapa. Merajuk la konon nya. Sorry la jepp..

Ish! entah apa-apa la kaum diorang ni. Pelik-pelik je kan. To my beloved kaum-kaum I, kalau lelaki ni kata "Hanya awak je yang saya cinta". Tak payah la percaya sangat. Cinta la konon, ajak kahwin macam-macam alasan diorang bagi. Kalau kahwin pun, bila dah kerja nanti mula la nak curang. 20% lelaki curang di tempat kerja okay. This is fact! kepada sorang kaum saya yang bernama Ayin Ayob,betu la apa yang daddy awak kata yang "boys mouth are like bullshit". kan kan kan?

~i pun boleh curang okay~

*********************

Ps: mesti mamat ni punya blog panas je hati bila baca post ni nanti. Ada I kesah?


just another plagiat
hahaha