Thursday, July 14, 2011

Tak sabar nak tengok Sherlock Holmes.

Assalamualaikum.


Untuk pengetahuan korang semua,
aku ni memang peminat lakonan
ROBERT DOWNEY JR.
tak tahu lah nak cakap macam mana.
Aku memang suka kalau tengok dia berlakon.
Sempoi tapi ade "class" gitu.

Kalau dah namenya minat
memang la banyak cerita lakonan dia
aku tengok banyak kali.
yang aku selalu layan
IRON MAN
 TROPIC THUNDER
dan SHERLOCK HOLMES.


Lepas ni nak tunggu Holmes 2 lak.
Kalau boleh nak layan kat wayang la.
Baru le syok habis.
tengok trailer pun macam banyak action je.
Tak sabar nak tau ape yang jadi
dekat Prof. Moriatti nanti.

Tapi yang tak best nye...
lama kot nak tunggu bulan
DISEMBER!!

***********************************
Ps: Tak sabar nak pegi KMNS Homecoming Day!
ADIOS!
hahaha

Sunday, July 10, 2011

Leggings tu seluar ke??


**********************************


Ps: Renung-renungkan..

hahaha

Thursday, July 7, 2011

Tips Keselamatan Menungggang Motorsikal Untuk Perjalanan Jauh

Assalamualaikum semua.

Dah lama rasenye tak update blog ni. Time bosan-bosan kat rumah ni, update la kan. Untuk pengetahuan korang aku sekarang dah habis short sem. So, kalau sapa sapa nak ajak aku keluar, contact-contact la yer. Tapi sebelum 18 Julai la. Time tu aku dah nak kena pergi TINTEC kat Kelantan. (Jadi Fasi la katekan..hehe).  Dan untuk sape-sape yang belum tahu, aku baru je sebulan menunggang motor secara HALAL. Sebab sebelum ni aku bawak motor mana ada lesen. hehe!

Hari Ahad lepas masa dah habis short sem, Salam ajak aku naik motor untuk balik kampung. Mula-mula aku ingat nak pos je motor ni, Tapi fikir-fikir balik, kopak gak nanti duit aku. So, aku setuju la nak jadi Kamen Rider me-Rider balik rumah. Walaupun ni first time aku nak bawak jauh, takut jugak la. Tapi sebab nak save bajet punye pasal, ikut je la. Boleh gak tambah experience.

~jom naik motor~

Okay. kat sini aku tak nak cerita pasal perjalanan aku, tapi aku nak cerita tentang halangan dan tips-tips yang perlu korang tahu untuk menunggang jauh.

Halangan semasa menunggang.

  • Angin Lintang.
  • Terdapat halangan seperti- Kayu dan Batu.
  • Kenderaan Berat yang memecut laju dan bahaya.
  • Minyak yang tak cukup.
  • Cuaca yang kurang baik.
  • Kebosanan melampau.

Tips-tips.

  • Rancang perjalanan anda.
  • Servis motor anda-Tukarkan minyak hitam dan spark plug.
  • Periksa semua lampu, brek, dan hon.
  • Elak pakai visor yang gelap-akan menghalang penglihatan.
  • Beri tumpuan sepenuhnya semaksimum mungkin.
  • Pakai pakaian yang cerah. Optional : sweater dan sarung tangan (sejuk weh!)
  • Semasa melalui kawasan angin lintang, tunduk kan sedikit badan anda dan pegang handle dengan kuat.
  • Kalau ada kenderaan berat di sebelah dan di depan anda, potong je. Sebab dorang tak perasan korang punye la.
  • Sentiasa alert dengan Blind Spot.
  • Berehat sekiranya penat atau hilang fokus.

Ha! banyak kan tips-tips yang aku bagi. Bukan apa, seriously semua tips-tips tu sangat penting dan berguna. Menunggang motor ni bukan macam bawak kereta, boleh rilek je dan boleh dengar lagu/radio lagi. Lagi-lagi kita bawak dekat highway, bosan dah satu hal lepas tu senang giler nak hilang fokus. Ape yang aku buat bila hilang fokus? Menyanyi! Yeah aku menyanyi. Habis lagu dalam kepala otak aku ni semua aku layan. Bile menyanyi korang tak kan bosan, sambil menyanyi tu tengok pemandangan. Fuh! baru terasa macam nak balik kampung. 

Sebenarnya untuk best menunggang untuk perjalanan jauh ni kalau korang ada motor  yang ber cc besar. Sape yang tak tahu "cc" tu pe, "cc" tu bermaksud centimeter cubic. Aku pun baru tau masa short sem, kalau tak sampai mati aku ingat combustion complete. Macam mana nak tau cc ni? Emm. korang kena la guna vernier caliper. Serious aku tak tipu! Kalau korang ada motor yang ber "cc" besar, korang boleh memotong kereta BMW dan Merc dengan selambe dek je. Korang nak bawak kat lane kanan sekali sampai habis highway pun tak de hal. Lain la kalau motor aku ni, komfem-komfem la kene bawak lane paling kiri sekali.

~sumpit best motor ni~

Last sekali aku nak cakap, best jugak bawak motor jauh-jauh ni.Nice experience beb! Tak de la bosan sangat sebab mungkin ni 1st time aku bawak dan aku balik sama-sama dengan Salam. Dapat la aku men potong-potong dengan dia.
*****************************
Ps: aku bukan Mat rempit ye!! hahaha

hahaha