Friday, November 19, 2010

futsal-ing with Bafana Bafana Crew

Assalamualaikum..
Kali ni aku nak cerita tentang benda yang personal sikit.Kalau korang tak berminat,boleh cepat-cepat blah yer..haha..okay la,entry kali ni tentang perjalanan yang tak dirancang oleh Bafana bafana crew.Mesti korang tak tau kan ape kebende nye "bafana-bafana crew" ni.Sebenarnya "bafana-bafana crew" ni adalah nama group aku dan budak budak TTJ-rian yang suka hangout tak tentu pasal bila ade masa free.Ketua group ni ialah Mr.Kent(Asyraf kentang) tapi planmaker nya ialah wazien.Ni lah banner group kitorang.hehe


~smart tak?~

err..kat banner kitorang tu ade tande pangkah kat perempuan bukan lah dengan sebab tak munasabah.Kaum
perempuan sila tenang dulu ya.Sebenarnya,walaupun group kitang ni majoriti budak ex-TTJ,tapi group ni bukan untuk perempuan join.Bukan la kitorang ni gay ke bias ke ataupun sexism tapi ni la masa kitorang lepak lepak masa tengah bujang ni.hehe(tapi aku tak ade awek,so tak kesah la sangat en.haha)

Okay la.nak start cerita pasal futsal yang tak dirancang ni.Pada tarikh 15/10/2010 iaitu pada hari isnin.Aku baru balik dari UTM nak ke rumah.So,sebelum tu,aku turun di terminal 1.Masa tengah tunggu bas,aku call Tam-tam,rupa-rupanya dia pun ada kat terminal 1.Masa aku dengan tamtam lepak lepak tiba tiba valencia dengan wan perabak sampai.wan pun baru je balik dari UPM masa tu.Lepas tu tamtam terus amek henfon dia dan call semua bafana bafana crew untuk main futsal.

tamtam pun terus pergi dekat ERS seremban 2 untuk menempah court futsal dari pukul 9-10 malam.Kitorang ingatkan orang cukup cukup je sebab tu order 1 jam je.sekali ramai pulak yang datang.dari Port Dickson,Semenyih,Bangi,Kuala Pilah dan lain lain.Memang cukup untuk 3 team main.Tapi sayang,ketua group, Mr. Kent tak dapat datang sebab nak study.Tak ape je la,lain kali ada lagi.Tepat pukul 9 kitorang masuk court dan terus main bagai nak gila.Peraturan mudah je,bolos 2 gol,terus keluar.Kat bawah ni aku tunjukkan team aku:

~team apetah name~

hebat tak team kitorang.tapi tak ada nama pun.main je sudah,nak name bagai la.haha.tapi serius best,first time main betul betul tersusun dan ada taktikal.Sebab kali ni ada putra sebagai playmaker.Dia ni bekas kapten kitorang kat sekolah dulu.Walaupun aku banyak gol,tapi kitorang selalu kalah sebab senang bolos.yela,mizan terpaksa jadi keeper.redha je la kalau kapten KMJ si alai main main skill dan rembat tak ingat dunia kat keeper kitorang tu.Oleh sebab tak puas,kitorang tambah lagi sejam main.best!! best!! sampai cramp dua dua belah kaki aku.terbaik lah..rase macam nak menangis weh!! haha.sape suruh tak warm up dulu.

Lepas puas main,kitorang pergi lepak dekat dataran senawang pegi makan-makan.Budak budak ni semua makan tak ingat dunia.Lagi-lagi aku la,dari pagi tak makan ape pun,minum air je.Memang kenyang giler la.Dah la makan sambil dengar nyanyian karoake kat tempat tu.Kejap sumbang,kejap sedap,mengarut je pakcik pakcik ni nyanyi.kitorang pun layan je la.Tapi satu benda yang aku perasan ialah,Dorang semua ni tak ada cerita pasal perempuan pun.Tanya pasal "awek" aku pun tak ada.Terbaik la!! first time kowt.Tak payah la aku nak mengulang jawapan yang sama setiap kali dorang tanya pasal awek kat aku.hehe.Lepas makan,Alai terus hantar aku ke rumah dan sampai dalam lebih kurang pukul 3 setengah.The End.

p/s: panjang dan bosan tak entry ni?? padan muka korang,,sapa suruh baca..haha

THIS IS THE BEST NIGHT EVER
ADIOS!!
hahaha

2 comments:

  1. sngt suka.seriously.
    no st0ry bout girl..
    bgus korg..

    ReplyDelete
  2. kali ni je kowt..
    sebab ari tu kitorang lepak malam je..
    tengok je la len hari nnt..

    ReplyDelete

Sila bagi komen anda