Friday, August 12, 2011

Ramadhan yang kontroversi.

Assalamualaikum peeps.

First sekali aku nak ucapkan..
Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak.
Rasanya macam belum terlambat lagi kan?
Oke fine, dah terlambat.hehe

~Salam Ramadhan~

Kali ni aku nak cerita tentang ape yang aku 
buat time bulan puasa nih dengan member aku.
tapi kali ni aku yang buat event ni.
First time kot. mesti la tak ade sambutan sangat.
sob..sob..

Plan berbuka kitorang simple je.
Beli makanan kat bazar, berbuka tepi jalan.
Tak payah nak segan sangat la kan.
(segan sebenarnye)

~Masjid Besi Sultan Mizan~

Lepas tu kitorang terus ke masjid besi.
Fulamak masjid ni. Terbaik kot!
Kalau tak ade kubah dekat atas tu.
kompem-kompem aku kata ni shopping kompleks.

Akhirnya, dapat gak merasa nak terawih dekat masjid ni.
aku siap bawak baju melayu dengan kain pelikat.
semangat beb! tapi terawih buat lapan je.
Lagi baik buat sikit dari buat banyak tapi tak ikhlas kan.

~jalan-jalan cari pasal~

~terawih dekat sini?~

Lepas habis terawih dan moreh,
kitorang saje je jalan-jalan usha area Putrajaya tu.
pusing la sampai nak termuntah sebab tak tahu nak buat ape.
Kitorang nak main futsal sebenarnya tapi 
kitorang tempah court pukul 12 tengah malam.

Mesti korang terase nak tanya kan

"Ape yang kontroversi sangat nye nih? macam biasa je"

Oke la. kejap-kejap, nak cerita la ni.
Sebab kitorang dah tak tahu nak pergi mana dah.
member aku ajak pergi satu tempat.
kontroversi bermula di bawah ni.
|
|
|
|
v

~yang kat depan tu berlakon je, tengok yang kat belakang tu~

Ni la yang aku sibuk nak kontroversi tu.
Kalau yang tak perasan lagi.
aku bagi gambar yang dekat sikit.

~macam ala-ala tiang illumimati tu kan~

~anan yang encem~

Bila dah nak pukul 12. kitorang terus 
lincah ke tempat futsal kat bangi tu.
Punye la aku terkejut, member aku yang cancel
nak datang tetiba jadi join lak.

dah boleh bayangkan la en dari 7 orang je 
yang kompem datang. tetibe boleh jadi 25++ orang pulak.
mana aku tak terkejut time bulan puase ni.
memey meriah la tempat futsal tu.
sebab ramai sangat nak main, aku terus tempah main 3 jam
hamek kau~~

~Futsal!!~
Boleh tau la kan team sapa yang KING.
Mesti la team dari UTM. Korang memang hebat la.
Ijat, Wan, Pendi dengan Aku. hee
Lama sangat jadi king sampai semua nak cramp.

Tapi kitorang memang serasi la.
siap ade orang cakap kitorang ni memang 1 team ke.
lepas ni dah boleh buat team Pahceroh FC 2 dah ni.

Lepas habis main sampai 3 jam lebih,
kitorang pun lepak maple je la.
alang-alang tu, terus sahur je la kan.
Time tu pulak ada game Brasil vs Jerman.
Terbaik bai. Mesti la Jerman kesayangan aku menang.

Lepas ni aku nak Malaysia menang lawan Brasil lak.
Memang satu penutup event yang baik bagi aku.

****************************************
Ps: Tak sangka ramai pulak yang datang event ni. Tengkiu semua =)

ADIOS!
hahaha

4 comments:

  1. memey tuh tak boleh blah! haha. selamat berpuasa juga :)

    ReplyDelete
  2. aku tak tau la function bangunan tu..
    selamat berpuase gak..hee

    ReplyDelete
  3. kejap je yg kontroversi tuu?
    HAHAHA

    tp, cyes cantek gila masjid tuu weyh..
    klu dpt trwih kat situ mstey puas kn? :)

    ReplyDelete
  4. haha..skit je sbnarnye..
    best la dapat terawih dekat masjid tu..try la pegi..mmg kepuasan maksimum..hehe

    ReplyDelete

Sila bagi komen anda