Thursday, August 25, 2011

[Entry tak WAJIB baca] Antara kawan dan awek.

Assalamualaikum peeps.


Aku bet pada waktu sekarang ni mesti member-member aku yang dekat semenanjung tengah menikmati juadah sahur dengan mata tertutup agaknya. Tak kisah la korang makan nasi ke maggi ke asal sahur bagus la tu. Mana tau ada jugak yang tengah minum ho..ho..hotak kau Horlick sambil cecah biskut ke. Room mate aku Si Rizkik yang duduk dekat Sabah tu komfirm-komfirm la tengah sambung tidur la kan.  

Tengah best layan blues (bukan citer blue ye) kat bilik ni tetiba rase nak conteng-conteng blog pulak. Kadang-kadang aku terpikir sorang-sorang

" Aku perlu ke seorang awek untuk menjadi teman hidup aku?"

Jawapan first dalam otak aku, "Yes! i need it". (tetibe nak bercakap omputih lak). Memang la fitrah manusia dan lelaki normal macam aku mesti la nak seorang atau lebih perempuan untuk jadi teman hidup aku. Bak kata kawan aku si Uzair "Kau ingat aku tembok ke manusia". Kang kalau tak adeawek tak pasal-pasal membujang sampai tua pulak. Tapi kalau untuk waktu sekarang ni aku rasa tak perlu la kowt. Jenis orang macam aku ni bukan pandai bercinta pun. Awek pun tak pernah ada so tak ada experience nak ngurat awek-awek ni. Heee.


Tapi bila aku dah bersedia dan dah sampai waktu yang sesuai, insya Allah aku akan cari jodoh aku. Tak reti macam mana pun buat je la reti kan. Tapi buat masa sekarang ni aku lebih prefer untuk berkawan dengan sape-sape je. Tak kira la besar, tua , muda , miskin , kaya..bla..bla..bla.. aku akan berkawan. Asalkan korang korang baik dengan aku, aku akan baik dengan korang. Satu lagi sebab masa sekarang ni la aku kena habiskan banyak masa dengan kawan-kawan aku. Nanti kalau dah ada awek/bini, dah kurang nak buat aktiviti dengan kawan-kawan.

"I think I just need a friends to fill my loneliness in life. Not girlfriend"

Kadang-kadang tu bosan jugak la bila tak ada awek ni, tengok member-member asyik call dan text awek diorang macam best je. Kejap gaduh-gaduh manja la konon nye la kan.(padahal perang dunia ke-3 dah). Siapa la yang tak kan terpengaruh untuk cari awek macam diorang jugak kalau dah tengok hari-hari macam tu. Okay fine, aku sorang. Nak kata tak ada berminat dengan perempuan tu komfirm tipu la kan. Sapa la tak terpikat tengok awek comel, ayu ,baik bila lalu depan korang kan. Boleh kata semua awek type macam tu dah jadi crush aku. Rafidah Hj Ibrahim misalnya. hahaha.

"Sometimes its just an attraction not LOVE"



Kat sini aku nak terangkan secara jelas yang aku tak kondem korang dan paksa untuk tiru life macam aku. Jangan kata aku suruh korang tinggalkan boifren/girlfren korang dan hanya berkawan dengan semua orang macam yang aku rancang nak buat ni. Bagus la kalau korang dah ada boifren/girlfren. Mana tahu diorang la yang akan jadi sumber inspirasi korang untuk berjaya (yeker?). Dan pada siapa yang baru ber-in-relationship dan masuk demensi untuk ber-love eww eww ni, congrats la aku ucapkan. Contoh terdekat macam blogger UTM sorang ni la siapa lagi kalau bukan si Biha. Selamat menerima kehadiran orang baru la dalam hidup kau. hehehe

Untuk orang macam aku ni pulak, kalau tak nak hidup ni rasa lonely dan bosan je. Apa lagi, lincah la buat event main futsal ke, majlis berbuka puasa ke. Majoriti yang aku buat event futsal la kan. Sekurang-kurangnye tak ada la aku mati kebosanan dekat rumah ni. Buat masa ni aku hanya perlukan Allah, family, friends dan futsal je. Oxygen tu dah memang perlu la kan, tak kan nak mention jugak kot. Okay la, nak subuh ni. Chow!

  *************************************
Ps: Dulu ada orang cakap dekat aku kalau tak ada awek ni LOOSER. Yeah! aku looser. Ade aku kesah!

ADIOS!
hahaha

No comments:

Post a Comment

Sila bagi komen anda