Friday, December 10, 2010

Dah habis musim cinta.sekarang musim?

Assalamualaikum.
~emotion of marshmallow~

Apa perkara pertama yang orang semua buat hari ini? Mestilah online Facebook kan.Tapi aku lain sikit,aku buka dashboard blog ni dulu sebab nak baca entry-entry korang.Lepas tu baru bukak facebook yang semakin pelik sekarang ni.Notification pun kejap ada,kejap tak ada,susah la nak kacau-kacau awek macam ni.Okay..cukup la tu,dah lari tajuk pulak.

Kalau korang semua perasan sekarang ni,bukak facebook je mesti berjela-jela status majoriti semua orang pasal result exam.Kadang-kadang tak kesah la kalau korang frust ataupun gembira dengan result korang then korang wat status.Boleh kongsi cerita suka-duka korang tu dengan kawan-kawan,tapi ni kalau setiap masa je status kau update,sumpah annoying weh.Nak je aku remove friend,tapi fikir member je.Korang sebenarnya kurang perhatian ke sampai jadi penagih nak minta simpati orang lain.Kalau failed mungkin la boleh dimaafkan,ni dapat B je pun dah mula heboh result teruk la.Tu la susah kawan dengan orang pandai ni,sebab dia tak tahu bila dia jadi bodoh kurang pandai.

Okay-okay,agak emo di situ.Aku cerita yang ringan sikit la.Pergi kat status orang dapat result cemerlang pulak.Ni lagi tak boleh bla,siyes tergelak habis (aku je yang gelak).diorang punya status ada lebih kurang macam ni la."terima kasih kepada makcik cleaner kerana selalu bersihkan tandas saya,makcik cafe yang masak makanan sedap-sedap sampai saya dapat result sem 1 gempak! dan tak lupa juga kepada pak guard yang selalu melindungi saya,terima kasih semua".Adoiyai,kelakar jugak bila budak pandai mula merepek.Tak ape la.Tumpang gembira la untuk korang.

~love bleed~

Berbalik kepada musim sebelum result exam ni keluar.Kali ni untuk musim cinta.Status semua dekat facebook sangat la jiwang eww eww.Yang lelaki muka habis ganas,sekali status semua tak boleh tahan punya ayat.memang boleh buat novel cinta yang boleh mengalahkan novel cinta paling hot yang ada kat kedai buku popular.Yang gurl memang tak payah cakap la.status memang geli-geliman je baca.lepas tu,mula la letak gambar buaya pakwe dekat profile,tak lupa juga kat blog siap tulis "my dear","chayunk ku" tak pun "my hubby".Kadang-kadang siap buat satu entry khas untuk pakwe dorang.Hebat sungguh cinta korang ni yer.Sampai aku terasa peer pressure untuk mencari bakal isteri aku cepat-cepat.

Dah lama sikit,masuk musim putus cinta pulak.Time ni semua mula la frust menonggeng.Dengan cepatnye jari dorang menulis status tahap emo++.Dah macam mati laki pun ada gak.mula la kawan-kawan bagi semangat kat member tu macam "eh! kau okay tak ni? status emo je.story la sikit".dan mula la adegan mengumpat pot pet..pot pet..Bila dah okay sikit,mula la cari page yang ada kene mengena dengan dorang macam like "I still love my ex" tak pun "doa melupakan kekasih lama".Yang mana ada blog tu,tetiba hilang je semua gambar buaya-buaya.Then, buat entry tak pun status "aku dah bebas" atau "single lagi best la wei".Tak kisah la korang nak buat apa tapi,siap ada pulak yang memaksa aku jadi single je dan join dorang bila aku buat entry/status pasal kahwin.EH! suka hati aku la.Kau dah merana,nak paksa-paksa aku pulak.Nanti kensunyian pulak awek-awek korea k9 tu kalau aku tak layan dorang.Okay fine..tu tipe je!


~tak nampak!~

Lepas ni agak-agak musim apa pulak yer? aku agak semua orang nanti heboh nak tulis status pasal masuk sem baru (agaknye la).tak percaya,kita tengok nanti.Aku pun just buat tak nampak je la.(tak pun pakai snowcap macam kat atas).Nak dilayan kang,macam-macam pulak.Apa-apa pun teruskan la hidup ni yer.Hidup ni memang kadang-kadang tak best pun.Tapi sebab tak best la hidup ni jadi menarik.

*********************

PS:Aku tak kesah korang nak maki aku ke apa pasal entry ni(macam la aku kesah).Tapi semua ni dari apa yang aku nampak.aku ada terfikir nak link kan semua bende yang aku tulis ni.tapi fikir aku ni baik je.Kalau aku link,baru korang tau yang SOMETIMES REALITY MORE WEIRD THAN FAIRY TAIL.

ADIOS!
hahaha

3 comments:

  1. aku sokong ko hamka...hahaha
    goodluck for next entry

    ReplyDelete
  2. musim holiday..upload gamba pegi holiday ;)

    huhu...

    ReplyDelete
  3. @pay joe:haha..betul en..?? tapi skang tga keje la..so, x ley slalu update..

    @de chegus:ye ke?? upload la byk2 ye..aku holiday kat tmpat keje je..hehe

    ReplyDelete

Sila bagi komen anda