Friday, December 10, 2010

Tak dapat anugerah dekan,,tapi dapat..


Assalamualaikum.
Hari ni bukan nak cerita pasal dapat anugerah dekan yer.
Sebab result sangat mendukacitakan.
A,B,C,D semua ada.Cantik tak result aku?
Banyak la hang punye cantik,
Yang D tu plak nak kene repeat lg..damn betol la..
(korang tak yah menggedik nak agak pointer result aku okay.)

Walaupun tak dapat anugerah dekan,
tapi aku dapat anugerah dari awek cun UKM.
siapa lagi kalau bukan Nur Ariffah Putri.
Kalau nak nombor dia,bagitau yer.
Tak ade hal la member-member.Tapi kang jangan menyesal la
kene layan setiap malam..haha

Okaylah,aku nak jawab soalan yang annoying dari awek cun ni.(nasib baik kau cun)

apekah benda paling penting dalam hidup korang?
yang paling penting mestilah futsal/bola sepak.Kalau dunia ni tanpa futsal/bola sepak.Mesti aku dah mati kebosanan.(aku tak perlukan henfon pun,bukannye ada awek)

benda terakhir yang korang beli guna duit korang?
Pizza Hut.Walaupun terasa membazir sebab kedai maple ada makanan murah,tapi apa salahnya sekali-sekala makan dengan kawan-kawan lama.

di manakah tempat korang melangsungkan perkahwinan korang dan apakah temanya nanti?
Kat rumah aku dan rumah isteri aku la.Emm,apa temanya ek? Mungkin macam taman tema air.(okay tak Lisa??)

~lebih kurang camni la~

adakah korang sedang bercinta sekarang?
Of coz la tak.sebab aku jual mahal (padahal tak ada sape yang nak)

berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
Awek pun tak ada.Mana nak tau bercinta berapa lama.

dimanakah korang berjumpa kekasih korang?
Di syurga la kot kalau tak jumpa di dunia.(ayat menggedik)

novel/buku/majalah terakhir di beli.
majalah Wisel.masa ni beli sebab duit banyak sangat dan tak tau nak beli apa.


apakah nama penuh korang?
Mohd Hamka Bin Rahiman. Kenapa kau tanya pulak? bajet tak kenal je.

antara mak dan ayah, mana korang lebih mesra?
Secara jujur dengan mama aku la. Dengan ayah aku kurang sikit.Kang mesra lebih-lebih dengan ayah aku,kang dia kata aku menggedik pulak.HAHAHA

namakan orang yang betul2 korang nak jumpa dalam hidup korang.
Mesti lah Lisa Surihani.Tu pun nak tanya.Adoiyai.
Tapi kalau ikutkan hati,nak jumpa Messi dan Fabregas.

~fabregas~

adakah korang basuh baju sendiri?
Dekat kolej je.Sebab kat rumah kena basuh baju sendiri,baju mama,abah dengan adik aku.

dimanakah tempat yang korang betol2 nak pergi?
Makkah dan Madinah.Then boleh buat haji (pakej sekali)
aku tak berminat sanagt nak berbulan madu kat luar negara.
Tapi kalau dekat Stanford Bridge okay jugak.
EH! hahaha.

pilih salah satu, peluk atau cium?
Kau siapa nak suruh aku pilih?Aku nak dua-dua.Kalau dah peluk,mesti nak cium.Then,kalau nak cium mesti nak berpeluk.kan saling melengkapi tu.hahaha

beritahu 3 benda tentang orang yang bagi tag.
  • Seorang yang penakut nak tutup jam loceng Abang Us
  • Sangat sayang kepada mama radhi
  • Suka sangat becerita pasal perempuan sampai bernanah telinga aku mendengarnya.haha
5 benda yang paling disayangi dalam hidup anda.

  • PES2011 (pirate punya)
  • Laptop ACER 4741G
  • Wallet (RM5.00)
  • Nokia X3
  • Jam Quartz (yang dah mati)

lagu yang paling anda suka dengar.
Melayu:
Teratai,Bourgenvilla,Permata buat isteri
Inggeris:
The only exception,Haven't met you yet,Inconsolable
Nasyid:
Ainul Mardiah,Bisikan Nurani,For the rest of my life

bila tarikh lahir dan kat mana korang sambut tahun lepas.
18 september.Sambut kat bilik UB2 1048 sambil ditemani assignment yang berlambak-lambak
Dan tak sentuh henset pun walaupun ada free call.

5 rakan blogger yang korang nak tag.
aku tak tag boleh kan?hahaha
Sebab awek-awek cun mana layan tag dari aku ni.
HAHAHA..


******************
Tahniah kepada kawan-kawanku yang ramai dapat result cemerlang.
Siapa yang gagal subjek statik,jumpa aku sem depan okay.
(espcially to awek-awek cun,laki tak payah.hahaha)

PS: jangan gedik-gedik tanya camni."eh! ko gagal statik eh? relax la,aku pun teruk gak.dapat A- je..WHAT THE F !!!

ADIOS!
hahaha

1 comment:

Sila bagi komen anda