Wednesday, December 8, 2010

Pabila bosan mendatangi diri.

Assalamualaikum.
Hari ni aku nak cerita sikit pasal semalam.
Yela,takkan esok pulak.mana la cek tau lagi..haha

Semalam start dari 4:30 pm,
Bafana-bafana crew ambil aku kat rumah untuk lawan futsal kat seremban.
Tapi sebab awal sangat,kitorang lepak la benteng tempat 
kitorang fly masa zaman sekolah dulu.
Lepas ambil tenaga,kitorang pun gerak pergi Jusco.


Budak ni ajak tengok wayang,aku okay je.
Lagi pun dah lama aku tak sentuh seat wayang tu.
Yang macam siot nye,bila dah sampai depan kaunter tiket tu,
kitorang still bincang nak tengok cerita ape.
Brader tu panas je,orang belakang lagi la panas.
Komfem dia kutuk kitorang dalam hati.

~last-last,pilih cerita ni je~

Mula-mula aku taknak.
Sebab seumur hidup aku,aku tak pernah tengok cerita melayu kat panggung.
Yela,tengok wayang dah jarang,mesti la kene tengok cerita best.
Tapi sebab aku dipaksa oleh member-member ku,
Terpaksa la aku pecah rekod tengok cerita melayu kat panggung wayang.
Tapi baru je kitorang masuk wayang tu,
kitorang dah tergelak sakan dah.(seat tak jumpa lagi tu)

So,keraguan aku pun berkurang la.Terasa cerita ni cambest je.
Tapi salute giler la,memang best pun.
Sampai part suspend,Alai punye terkejut siap peluk-peluk aku lagi.hahaha
Aku terkejut sebab dia peluk ade la.
Tapi yang tak best nya,time part lawak,
Ada awek belakang ni tendang-tendang kerusi aku.
Biar je la,dia ingat dia sorang je ada kaki?

Lepas habis wayang kitorang gerak la lawan futsal.
Kitorang lawan dengan team mane ntah.
sorang pun aku tak kenal.Muka macam dah kerja je semua.
Tapi damn! kalah pulak.Senang gler kitorang bolos.
Tapi Alai memang terbaik sangat-sangat
Sumpah aku nak jadi hebat macam dia.
Tapi apakan daya,aku tetap hamka yang biasa.

~lagu Mc chiken satu!!~

Lepas penat-penat,
kitorang terus lepak McD je.itu pun ada sebab.
sebab boleh refill air coke banyak-banyak.haha
So,kitorang pun bedal la makan burger.
Tiba-tiba ada member perempuan kawan aku datang.
Dia kate dia dak TTJ.tapi aku serious tak kenal 
walaupun dia cun,tapi macam tak pernah jumpa je.
(kat sekolah tak layan gurl,nak kenal ape nyer)

******************

~Ni la Alai.Tapi sekarang pakai blackberry~

To Alai,Happy Birthday yer.
Sorry kitorang tak sambut besday kau
Tengah letih memang tak ada mood.
Tapi kat sini aku nak cakap something.
"Aku sangat jeles dengan skill kau main futsal"
Sumpah hebat.Kalau la aku hebat macam kau..
Aii..dalam mimpi je la..

ADIOS!!
hahaha

No comments:

Post a Comment

Sila bagi komen anda