Thursday, December 16, 2010

semalam bagaikan mimpi indah.

Assalamualaikum to all gurl,gent,gay and lesbo.hari tu aku ada kate nak berhenti blogging kan..okay,tarik balik.haha.sebabnye...tak payah la korang tahu.sebuk je.(gedik!).entry hari nak cerita pasal hari yang indah aku lalui semalam.

Semalam aku dengan bafana-bafana crew keluar pergi meronggeng dekat bangi, serdang , bukit jalil dan putrajaya.fuh! berjalan sakan weh.Mula-mula si dudu kutip sorang-sorang bawak pergi tempat futsal Galaxy kat area-area UKM (buat-buat tau sudah).Lepas tu,kitorang suruh mizan beli tiket untuk tengok Malaysia main malam tu pulak.Kali ni kitorang lawan budak dari ampang.Tapi bukan kalah bayar la.Kali ni aku perform habis la.Tapi Alai sentiasa terbaik.dengan skill menari di serata court.hahaha


Lepas habis main 2 jam,kitorang lepak mamak dekat serdang sambil tunggu time nak pergi stadium.Lepas semua ready,kitorang gerak pergi stadium la.fuh! sesak giler jalan.Tapi best la,kitorang nak lintas jalan je jerit dengan bersorak MALAYSIA,so kereta pun stop sebab nak bagi kitorang lintas.cool en! sampai je stadium,kitorang cari makcik-makcik yang jual headband.semangat beb! tapi kat stadium memang syok la.Awek-awek semua cun kowt(tu yang penting).Kepada yang dah berpunya,sila ketepi ye,bagi laluan kat aku nak test maket pulak.(market la sangat).lepas tu,kitorang cari port terbaik punya.




Tapi malam tu Malaysia memang terbaik la.walaupun defend kanan kureenng,tapi masih tak mengecewakan.Menang 2-0 weh! mana tak gembira giler.Bila goal je,mahu rosak kerusi aku kerja kan(gembira punya pasal).Kentang pulak dapat kawan baru,siap main sep-sep lagi.tapi yang tak adil nye,kentang dengan alai dapat bersalam dengan scorer, Safee sali dengan jurulatih Rajagopal.Siot la,tiket harga sama je.ni semua sebab kereta kitorang parking jauh giler la.Adeh! terlepas peluang pulak.




lepas habis je game dekat Bukit Jalil tu,kitorang pergi Alamanda pulak.Ingat nak tengok midnite movie.Tapi dah lewat sangat,kitorang karaoke je la,dengan suara dah tak de sebab sorak giler babeng dekat stadium tadi,ni lak nak karaoke.semua suara rock je la.sampai sekarang suara aku macam Hulk je.aku sendiri dengar pun takut.Tapi budak2 ni cakap suara aku sedap bawak lagu Spider.biasak la bro..haha,tapi yang tak boleh blah sura rock pun kitorang bawak lagu nashid weh..huhu




lepas habis karoake,kitorang lepak maple then terus balik.sampai rumah je dah pukul 4 a.m.malas nak tido,aku main game sampai subuh.Lepas subuh baru la boleh tido.Bangun-bangun je terus sembahyang zohor.Terbaik! ape-ape pun sangat best weh dan komfem puas giler.Setiap sen duit yang aku keluar berbaloi habis dari belanja awek-awek cun bende-bende tak berfaedah.hahaha

************

PS: Ada orang tanya aku kat formspring."tak bosan ke tak ade awek?".dan aku delete soalan tu.Jawapan nye."bodoh! aku tak pernah bosan dengan hidup aku yang dikelilingi member-member yang rawk dan terbaik.dan aku nak tanya kau."kau cari awek sebab bosan ke? bapak kesian awek ko.jadi pemuas nafsu bile kau bosan je".aku kalau cari awek pun sebab aku nak kahwin ler"


ADIOS!
hahaha

3 comments:

  1. suke paragraph yg paleng bawah skali la hamka...
    btol3x!!! nice~~

    ReplyDelete
  2. @cik ngade2: hahaha..terpakse jujur kot..

    @dilla: hahaha..biasakla..orang bujang

    ReplyDelete

Sila bagi komen anda