Sunday, December 5, 2010

My special friend.


Assalamualaikum.

Kali ni aku bukan nak cerita pasal best friend atau BFF (best friend forever).Tapi nak cerita pasal kawan aku yang paling special dalam hidup aku.Lain ke special friend dengan best friend? Yup! bagi aku memang sangatlah lain.Special friend ni,seperti dah ditakdirkan untuk bertemu la gitu.

Straight to the point..meh sini aku kenalkan dengan korang dengan special friend aku.



Kat atas ni la special friend aku.Nama dia Nadzir tapi aku panggil puyot.Sejak dia straight-kan rambut,semua orang panggil dia Justin Beiber..haha..ada rupa ke? Okay la,kenapa dia ni boleh jadi special friend aku?senang cerita,aku dah kenal dia ni sangat la lama giler.Tempat lahir pun sama iaitu dekat Hospital Besar Kuala Lumpur.Mungkin masa baby dulu dah kenal kot.haha..okay fine..tak lawak ye.

~hold my hand,friend~

Aku 1st time kenal dia masa main bola wakil sekolah masa sekolah rendah.Kitorang dari zon Seremban Barat.So,mesti la jumpa kan.Dia dulu sekolah KLIA dan aku SK.Mantin.Tapi bila jumpa di final,sekolah aku kalah 2-0..damn!! Tapi masa ni aku kenal dia camtu-camtu je.Then,masa sekolah menengah,kitorang masuk sekolah yang sama iaitu,SDASA dekat Port Dickson tu ha.Dekat sini la kitorang mula rapat.(dah macam cerita pasal awek pulak).Sepanjang Form 1,kitorang duduk sebelah-sebelah.Menyembang memang tak ingat dunia.Time cikgu keluar je,kitorang terus lepak-lepak kat meja belakang.Biasa la,kitorang tak layan lepak dengan perempuan ni.hehe

Masa dekat asrama pulak,kitorang selalu riadah sama-sama.Main la bola kat padang sampai kaki berdarah.Yela,padang kat sana banyak pasir.Setakat berdarah tu memang dah biasa.Rugby pun kitorang cuba men.Lawan Form 5 pulak tu,balik semua baju koyak,tak pun besar sebab kena tarik..haha..Masa form 1 dulu,aku dengan puyut ni pernah kena belasah dengan senior sebab pergi main game PS2.Nasib baik la ada abang tu backup,kalau tak..mati la jawabnya..huhu..Tu la sapa suruh outing pergi main game.

~TTJ yang kami cinta~

Habis form3,kitorang pindah TTJ pulak dan amek kos mekanikal (sama??).Tapi kali ni,kelas lain pulak.Tapi sebelah je pun.Masa kat sana, Kitorang 1st time bergabung main bola untuk wakil sekolah.Dia main sayap kiri (WL) dan aku main penyerang (ST).Tapi yang tak best nya,asal masuk suku akhir je kalah.Apa punya badi ntah agaknya.Kitorang ni juga adalah Exco asrama.(sama lagi??) Tapi dia exco sukan dan aku pen. ketua asrama.Semua event kat asrama,kitorang dengan geng exco lain la handle sehabis baik punya.(Tak termasuk exco perempuan kecuali syiera.Thanks ye!)

Sekarang aku dah masuk UTM dekat Johor.Korang agak-agak dia kat mana? Mesti la kat Johor gak.Tapi dia kat UiTM segamat.Walaupun dah tak sama tempat,tapi kitorang selalu lepak sama-sama bila ada masa free.Main futsal la,tak kan main masak-masak pulak kot.Kitorang kalau bosan memang cari member untuk main futsal je,tak de la nak cari awek ajak jalan-jalan (yang tu aku je)

kasut pun boleh tertukar..damn!!

*******************************

Entry ni sangat panjang dan bosan
BEWARE!


ADIOS!!
hahaha

No comments:

Post a Comment

Sila bagi komen anda