Monday, December 13, 2010

Best ke profession baru aku ni?


korang paham tak?

Assalamualaikum
Okay la.ni maybe last entry untuk bulan ni.
Sebab aku tak boleh online sangat.
sebab sekarang dah dapat kerja baru.
Kerja tolong cikgu tuisyen je.

Mula-mula ingat senang la kan.
Ajar subjek PMR je.Bukan SPM pun.
Tapi baru aku ingat yang math kertas 2,
tak boleh guna kalkulator.
Terpaksa la tunjuk jalan kerja step by step.
ANNOYING!!

~adakah aku akan botak?~

Tapi rabu ni Bafana-bafana crew buat event lagi.
Kali ni dekat bangi pulak la wei.
Nasib baik la dapat ponteng cuti hari tu
dapat gak berfutsal dengan member-member.
malam pulak plan nak pergi stadium tengok Malaysia lawan Vietnam.
kalau tak dapat tiket,tengok kat mamak je la.

**************
PS: Best gak jadi cikgu tuisyen ni sebenarnye.Awek-awek cun ramai weh(juz tak cukup umur je).Jom la teman aku,boleh cari calon bini muda sekali..hehe

ADIOS!
hahaha

2 comments:

Sila bagi komen anda