Monday, February 14, 2011

Lelaki oh Lelaki.

~cute boy~
Assalamualaikum to all pretty gurls and boys.

Disebabkan tuan punya blog ni sangat-sangat liat nak update blog dia yang hijau-hijau ni. Dengar cerita dia banyak sangat assignment nak kene buat, yela tu kan (lelaki bukan boleh percaya sangat). So, mulai hari ni saya, Miss S  yang akan sentiasa update blog dia. Tapi sebelum tu korang kena tahu dua benda dulu. First, aku ni bukan lah dari kaum yang semakin pupus tu.Ermm.. Apa ya nama saintifik dia. Oh ya! kaum lelaki. Secondly, tuan punya blog ni tak tahu pun aku tulis kat blog dia.

Korang nak tahu macam mana aku boleh tulis kat blog ni? Alah, bukan nya susah sangat nak hack blog mamat ni. Mula-mula copy dan paste dia punya email dekat facebook, lepas tu untuk password tulis je nama gurl yang dia suka. Tadaa.. dah boleh bukak blog ni akhirnya. Ceh! password nak letak nama gurl yang dia suka la konon. Padahal dia je yang terhegeh-hegeh suka kat gurl tu, entah-entah gurl tu pun tak kenal dia langsung. Well, boys..

Okay la,.setelah puas Miss S baca blog ni, segala benda yang mamat ni tulis, yang pasti dia mesti nak menangkan lelaki. Bagus sesangat ke lelaki tu? kat sini Miss S pulak yang nak bercerita pasal lelaki.

~love~

Mereka ni digelar handsome-hot-creature yang selalu perasan yang diorang tu baik. Konon nya dia la yang paling alim. Bila nampak je gurl free hair tak pun pakai baju ketat, dia kecoh bukan main lagi pulak. Bukan nya nak nasihat elok-elok ke. Cuba la tegur dengan lembut dan berhemah, mesti terpikat saya. Bila terpikat, baru la ada rasa dalam hati ni nak berubah. Lagi-lagi yang tegur muka ala-ala penyanyi k-pop tu, tak pun macam Edward Cullen. Ni tak,macam tak ada sensitiviti langsung. Sepak karang, terasa taw.

Then, lelaki ni bila nak mengurat perempuan tu. Mesti nak mula dengan gaduh-gaduh dulu buat perempuan tu geram dan menyampah. Bajet ah diorang ingat perasaan benci tu lama-lama boleh jadi sayang ke?. Cuba mengurat gurl dangan cara yang gentlemen sikit. Bagi bunga ros ke, jalan-jalan dekat tepi pantai ke. Baru la gurl boleh terpikat. Ni tak, nak jugak buat gurl geram dan benci. Kalau tak pun bila gurl tu putus cinta, mula la nak masuk line dengan bagi advise. Advise pun main lepas cakap je, lepas tu nak masuk line pulak. Mana tak komfem kena reject. Eww!!

~laa.. dah besar pun nangis~

Korang semua mesti dah biasa kan dengar yang lelaki ni bukan la jenis yang menangis. Eleh, dan dan je tak menangis. Cuba awek yang dia minat gila-gila reject bila dia ajak couple. Lagi-lagi depan kawan-kawan dia pulak tu. Mahu tak merah berair mata tahan menangis. Tunggu masa je nak mengalir keluar. Lek je lepas seminit lepas kawan-kawan dia semua blah, mahu agaknya dia menangis mengalahkan bayi. Lepas tu, emo-emo pulak nak sepak pintu la, tumbuk cermin la. Nama je lelaki, tapi hati macam tisu. Cett!!

Cuba bayangkan kalau lelaki tak ada di sekeliling korang. Mesti tak kan ada kes rogol sana sini punya. Senang la perempuan macam Miss S ni nak keluar malam-malam tengok wayang dan bergembira dengan kawan-kawan. Dan semestinya, kaum perempuan ni semua akan happy sebab boleh makan banyak-banyak tanpa risau lemak yang naik di pinggul dan paha seperti ayam kentucky. Lagi pun kalau diorang tak ada, tak payah la nak melayan karenah diorang yang annoying tu. Eee.. rimas la. Lepas tu, baru kenal sekejap je, terus nak declare couple. Apa diorang ingat kaum Miss S ni tak ada murah sangat ke? kalau reject pulak, nanti mula la tak bertegur sapa. Merajuk la konon nya. Sorry la jepp..

Ish! entah apa-apa la kaum diorang ni. Pelik-pelik je kan. To my beloved kaum-kaum I, kalau lelaki ni kata "Hanya awak je yang saya cinta". Tak payah la percaya sangat. Cinta la konon, ajak kahwin macam-macam alasan diorang bagi. Kalau kahwin pun, bila dah kerja nanti mula la nak curang. 20% lelaki curang di tempat kerja okay. This is fact! kepada sorang kaum saya yang bernama Ayin Ayob,betu la apa yang daddy awak kata yang "boys mouth are like bullshit". kan kan kan?

~i pun boleh curang okay~

*********************

Ps: mesti mamat ni punya blog panas je hati bila baca post ni nanti. Ada I kesah?


just another plagiat
hahaha

5 comments:

Sila bagi komen anda