Friday, January 21, 2011

Hidden meaning lagu di Malaysia


Assalamualaikum.

Hai gedik gurl dan good boys sekalian.
Tadi baru je habis jawab kuiz manufacturing process dengan muka yang sangat berseri-seri.senang? WTH senang! mahu tercabut otak aku jawab soalan tu.Dengan berbekalkan otak yang kosong dan perut yang masih kekenyangan makan Pizza hut yang member aku belanja,hentam sajelah soalan tu.

Okay la,kali ni aku nak post something yang dah lama aku simpan dalam draft.Masa kecik-kecik dulu,dengan hingus korang yang meleleh-leleh lagi lepas tu kuat menangis pulak mesti korang pernah menyanyi lagu-lagu rakyat,kan? tak pernah? korang dulu duduk dekat hutan celah mana? okay la,pernah dengar pun kira boleh la.Korang tau tak yang lagu-lagu rakyat ni sebenarnya ada "hidden meaning"? Fine,tak kan masa kecik-kecik dulu korang boleh tahu pulak.Asyik main masak-masak je,lepas tu tak habis-habis nak menangis. Biasalah...Gurlz!

Okay ni list lagu yang aku kata ada "hidden meaning" tu.
(Apa korang ingat lagu Justin Bibir tu je yang ada)

1.sepuluh budak hitam.

First sekali, WTH lagu ni diajar kat sekolah tadika aku? Aku tahu la masa kecik-kecik dulu aku ni memang tak reti mengira nombor ni. Kalau setakat mengira awek-awek comel kat kelas tu biasalah.bukan apa, takut dorang hilang ke apa.Okay-okay,kenapa lagu ni sangat teruk. kat sini aku kasi lirik dia sikit.

Sepuluh budak hitam,
main atas papan,
satu sudah jatuh,
tinggal sembilan,

Sembilan budak hitam,
main tepi jalan,
satu kena langgar,
tinggal lah lapan


Tak terasa rasist ke lagu ni? kenapa orang yang tak "berapa nak putih" asyik jadi magsa? lagu ni kalau korang sambung lagi,sangat la thriller rasanya.Ada yang mati tercekik la,lemas la, apa korang ingat ni lagu cerita SAW 3D ke?

2.Buai laju-laju

lagu ni lagi la. memang masa kecik pun mak aku selalu nyanyikan lagu ni kat aku time main buaian kat luar rumah tu.rasa best je main buaian dengan penuh kasih sayang. Lagu pun ala-ala dondang sayang gitu.
Tapi bila aku tengok lirik dia balik..

Buai laju-laju,
sampai pokok sena,
apa dalam baju,
sekuntum bunga cina.

dulu kalau nyanyi lagu ni best kan. now it sound like pervert! 

3.Police and thief

Time sekolah rendah dulu memang power main game "police and thief" ni. buktinya,hampir setiap minggu mak aku kene jahit seluar dekat bahagian lutut sebab terlampau hardcore sangat main.Asyik koyak je! tapi okay la  dari terkoyak kat bahagian tuuut sebab asyik main.EH! hahaha..ni lagu nya.

Police and thief,
one two jaga,
polis mati,
pencuri jaga..

kecik-kecik dah nak polis mati then nak jadi pencuri,mana tak nya semua perangai macam haram je sekarang.Polis yang berintegriti pun banyak yang dah "mati"(kurang).Yela,banyak yang dah digantikan dengan pencuri (peminta duit kopi).

4.Nenek si bongkok tiga.

Dulu kalau balik kampung, then sepupu-sepupu perempuan aku pun balik,komfem-komfem lagu ni berkumandang dekat telinga aku ni.Ape rumah diorang tak ada radio ke? sekali sekala nyanyi la lagu katty perry ke apa.Dan yang paling benci lagu ni komfem la nenek aku.kenapa ek..

Nenek-nenek si bongkok tiga,
siang mengantuk malam berjaga,
mencari cucu dimana ada,
nenek nak kawen dengan anak raja.


korang tak terasa ke yang sepupu-sepupu aku ni mengutuk nenek diorang INSOMNIA.dah la insomnia,ada hati nak kahwin dengan anak raja. kesian nenek.

5.Lagu tiga kupang

Ni lagu paling pelik sepanjang zaman.Tapi aku tak pernah nyanyi lagu ni sebab tak hafal lirik dia.Tapi memang selalu dengar la.Ni aku kasi lirik nye setelah penat ber"google"..

Lagu tiga kupang saku penuh padi,
Enam ekor burung masuk dalam kuali,
Bila sudah masak burung nyanyi saja,
Tentu sedap makan beri pada raja.

Raja dalam rumah buat kira-kira,
Suri dalam dapur makan roti gula.. hey!


sangat sarkastik.pernah pulak burung masuk kuali then kena masak still boleh nyanyi lagi.Lepas tu raja pulak makan+math+singing =no sense! aku rasa sapa yang cipta lagu ni tengah khayal sambil sekodeng istana la.CRAP!
******************

PS:kecik-kecik dah nyanyi lagu ni.Patut dah besar jadi macam ni.

ADIOS!
hahaha

4 comments:

  1. selama nie nyanyi jerk tapi tak pernah terpikir pasal hidden meaning bagai nie :]

    ReplyDelete
  2. hahaha..biasalah time budak2..org nyanyi,kita pun ikut je..

    ReplyDelete

Sila bagi komen anda