Tuesday, February 22, 2011

Explorace-Sustainable Environment




Assalamualaikum.
Kali ni iklan aku bawa dari SRMers untuk korang.
Aktiviti ni semestinya untuk sesiapa yang suka round-round sekitar UTM.
Tak lupa juga untuk yang asyik terperap kat bilik je.
masa ni la nak jalan-jalan sampai sesat di utm ni.
Aku paham mesti banyak soalan kat kepala korang sekarang ni kan.
contohnya:

Masuk ni boleh kurus tak?
pagi-pagi kitorang kasi senam aerobik lagi.
lepas tu korang boleh la lari-lari macam orang giler kat utm ni.

Malas nak lari?
kitorang sediakan basikal.

Malas nak kayuh?
kitorang kasi naik kayak.

Malas jugak nak berkayak?
kitorang boleh campak korang kat buaya yang ada kat tasik tu.
(ade pulak buaya?)

Tak ada masa sebab kena study?
kitorang sediakan soalan IQ untuk korang.
soalan past year kalkulus,elektric circuit, material science, C++ ade gak kalau nak.
(EH! hahaha)

Tak ade duit nak bayar yuran?
gune duit PTPTN. Tak pun member nye JPA.
kalau menang dapat duit masyuk punya.

Apa tunggu lagi, cepatlah mendaftar.
makcik-makcik yang kerja di utm ni pun digalakkan mendaftar.
tapi makcik Nana memang WAJIB join okay!
sijil disediakan dengan aku punye signature. haha

YAKIN BOLEH GEMILANG
ADIOS!

hahaha

No comments:

Post a Comment

Sila bagi komen anda