Sunday, March 6, 2011

Movie review - Kurosagi

Assalamualaikum.

Aii.. Bosan gila lepak kat bilik tengah-tengah hari buta kat bilik ni.
Nak study, malas. Yela, tengok markah test punya pasal.
Terus hilang mood aku nak study. Tapi assignment berlambak pulak.
Tension giler babeng weh. Bala..bala..bala..
Apa nak buat ? nak main game pun dah bosan, tengok movie la jom!

~the black swindler~

Movie yang aku dah habis tengok ni ialah cerita kurosagi.
yeah! another japan drama. Tapi bukan cerita jiwang yer.
Aku tak layan sangat cerita jiwang-jiwang ni.
EH! tak-tak. aku memang tak layan langsung okay.
lagi-lagi cerita korea. bosan! hahaha

Biar aku review sikit pasal cerita ni.
Cerita ni sebenarnye pasal "swindler swindling the swindler".
Apa tu? tak paham kan. pandai-pandai lah paham sendiri.
Okay la, Kurosagi ni menjadi swindler sejak keluarga dia diswindle 
oleh swindler yang lain.Senang cerita nak balas dendam la.

mangsa yang dia swindle ialah Shirosagi (orang yang menipu untuk duit) dan
Akasagi (orang yang memainkan perasaan orang). Tapi Kurosagi
lebih berminat dengan Shirosagi kerana lebih mencabar.
Semua maklumat tentang Shirosagi dia dapat daripada Katsuragi.
Katsuragi pula menawarkan maklumat dengan bayaran.

Hurmm..cerita ni menarik sebab cara Kurosagi ni swindling.
of course la dengan cara yang aku tak terfikir.
dan satu lagi yang best pasal cerita ni mesti awek dia yang cute.
hehe. sape tak suka tengok awek cute berlakon kan.
dah la cute,berlakon pun tak kaku macam awek cerita Gemilang tu.haha

~ the prosecute ~

Eh! tadi aku kata cerita ni tak ada jiwang-jiwang.
ni tetiba ada awek cute lak. apa kes?
Tu la korang tak tengok mana nak tahu.
Awek ni ada sebab nak kasi sedap je cerita ni.
Kurosagi tu tak layan pun awek ni.
Kesian awek ni kan. Takpe,kalau kurosagi tak nak
Emm.. aku pun boleh je. hehe

**************************
Ps: kadang-kadang aku nak jadi macam Kurosagi ni. "Not bother with love" langsung. Tapi tak boleh..

hahaha

No comments:

Post a Comment

Sila bagi komen anda