Saturday, March 12, 2011

Jahil betul budak sekarang..

Assalamualaikum.
fuh! fuh! fuuuuhhh!! nak tiup sikit blog ni..hehe
biasa la, dah lama tak bukak blog ni kan. 
mana tak berhabuk (??)
Okay la, kat sini aku nak kongsi satu benda dengan korang.
kongsi apa?
jap lagi aku tunjuk la, gelojoh betul.

Tengok tajuk entri bukan main lagi kan.
macam  cerita nak mengumpat dengan jiran sebelah bilik lak.
ni bukan mengumpat ye.
nak kongsi dengan korang je.
Anggap la ada sense of humor sikit.
walaupun benda ni agak serius.

"Ye hamka.. aku tau la semua benda tu. banyak bunyi pulak kau.
cuba ce cite ce cite.."

Ce cite ce cite..
bosan aku dengar ayat tu la.
macam la kau sorang tengok cerita Naimah kak Limah tu.
Okay la, ni la bukti yang budak-budak sekarang jahil betul.
Tak caya? tengok sendiri..

~Click untuk tumbesaran sempurna~


See!! macam mana budak-budak jawab exam?
exam Agama Islam lak tu
buat malu je lahir dalam islam weh,
tapi tak nak langsung ambil tahu ilmu tentang islam.
Lepas tu dekat facebook heboh nak post macam-macam.
Fadhilat kahwin muda la,
Hawa dicipta masa Adam tidur la,
Isu Bee And dengan Pass kafir mengkafir lah,
aaaiii..

Tak salah nak post benda tu semua.
tapi sekurang-kurang kena la ada ilmu agama sikit.
ni nak bukak buku agama pun malas.
lepas tu nak bajet uztad/uztazah pulak.
Adoiyai..

"Eleh..aku tahu la aku tak pandai sangat bab-bab agama ni..
Tapi aku nak kongsi pasal agama dengan mamber-member aku je.
salah ke??"

Kan aku dah kata, tak salah.
Cuma kalau nak post pasal agama pun,
kena la ada ilmu agama di dada sikit.
Ni tak. baca benda best sikit je nak post.
entah-entah ilmu sesat ke..??
lepas tu ramai yang share link.
tak terasa kau akan dapat saham dosa berkali-kali ganda??
yes! dosa 24/7

Thats why la kena ada ilmu.
aku kasi contoh sikit.
Aku ada baca post pasal yang penggunaan perkataan "salam".
tak boleh guna bila bagi mesej la.
sapa yang cakap?
bukti ada?
Dalil ada?

 Aku malas nak cerita, cuba la kaji sendiri.
Internet ada,
Uztad ada,
Uztazah pun ada.
Pandai-panda sendiri la ye.
semua nak kena suap, lemak ar.
(emo-emo!)

*****************

Ps: Aku suka jawapan no 4(a). kelakar dow! hahahaha.. mengong budak-budak sekarang ni.. 

ADIOS!
hahaha

2 comments:

Sila bagi komen anda