Wednesday, January 12, 2011

apa yang orang rasa tentang aku?

Assalamualaikum.
setelah terlepas untuk menikmati hari yang indah untuk propose semalam,
terpaksa la cari tarikh lain selain semalam yang cambest (poyo!)
biasalah,kene la cari tarikh yang ada nombor yang style 
baru la awek terasa sangat-sangat sweet eww eww.
biasalah..gurls (tetibe je).

cukup-cukup!!,dah jauh sangat aku berangan sampai ke langit mana ntah
awek pun tak ada yang nak kat aku, (aku yang jual mahal)
terlebih-lebih feeling eww eww  pulak.hehe

~background terbaik kowt~

okay la,nak story sikit ni.
baru-baru ni, kalau korang perasan kat facebook,
ramai yang buat status suruh inbox kat diorang nombor-nombor,
then, diorang akan buat status apa yang diorang rase tentang orang yang inbox nombor tu.
aku mula-mula nak buat,tapi aku lebih suka tahu apa yang orang rase tentang aku.
so,aku pun inbox la nombor kat 3 friend aku ni,
mengharapkan yang diorang kutuk aku kaw-kaw..tapi

mangsa:
1) roommate
2)kawan lelaki
3)kawan perempuan






~klik to enlarge~


okay-okay,aku tahu korang malas nak enlarge gambar tu.
biar aku salin balik untuk korang ye.
lelaki kan memang baik.
Abang Hamka misalnye..hehe

1. kau ingat kau tu kacak sangat ke?hahaha, roommate saya di KMNS, ingat
lagi dia friendly time mula-mula kenal, datang salam saya waktu tu.tapi dia
roomate yang last kamcing dengan saya, sebab saya waktu tu dengan abang
Us,hahaha.selalu menanahkan telinga dia tentang awek KMNS, yang pastinya
best apa dapat roommate macam dia

2. joe cole la konon..hehe..member bafana galaxy fc ar..
kaki bola tapi tak power macam aku la..haha,poyo je aku
encem tapi tak seencem justin crazee causa (tak tau betul tak nama tu)..heee

3.sttj student kmns student student utm.nampak die ni tak banyak cakap dengan 
perempuan.senyap je.dulu dia ketua asrama lelaki.stylo dan pemain bola
sekolah aku.antara lelaki yang bagi aku banyak ciri-ciri dia budak perempuan suka.
ciri-ciri je okay.hak! after kitorang habis matrix je.dia selalu pegi main futsal dengan
geng-geng sttj..unite giler diorang.bro semoga success selalu : )
(tak tau nak tulis apa dah) 

ceh! semua macam ayat mengampu je.
okay la.nanti ada time aku belanje korang.hee

ni pulak,apa yang aku rasa pasal korang

1) aku tak kacak la,encem sikit je.kau ni masa kat matrix dulu patut nye orang paling buzy.
tapi kau ni relax je.dah la selau ponteng kelas.haha..tapi kau ni cepat pick-up la,aku ajar sikit je,
dah faham banyak.bagus-bagus! seorang yang fanatik dengan team syaitan (Man U).haha
aku tak kesah kau suka bercerita pasal perempuan,tapi kenapa dulu,kau suka keluar bilik?
kesian kot aku sorang-sorang.huhu..tapi kau memang roommate yang best.semoga berjaya 
menjadi arkitek walaupun aku rasa ko patut ganti shebby.

2) aku bukan joe cole la,fabregas je.haha.. salah satu member bafana galaxy fc.
walaupun badan agak kecik,tapi kau antara orang yang aku percaya kalau jadi defend selain nuek.
suka sangat bercerita pasal perempuan.sorry kalau aku tak amek port.
teringat time kita tidur ramai-ramai kat tasik,kelakar kot.
bangun-bangun,dah ramai orang jogging.hahaha..cuti nanti keluar lagi ye.

3) kawan perempuan yang sweet sekali.walau pun aku tak banyak cakap dengan kau,sekadar hai-hai je,
tapi aku tau kau memang baik.thanx banyak-banyak pasal hadiah tie warna coklat yang kau bagi 
time kat matrix dulu.aku suka sangat-sangat.ada lagi kat loker aku.dulu kau pengawas kat sekolah aku.
aku rase kau lagi banyak ciri-ciri perempuan yang baik kot.nanti aku kenen-kenenkan
dengan m***n ye.hehe..nanti dah bina masjid jangan lupa jemput aku.aku bagi hadiah special
punya.semoga berjaya dunia akhirat ye.insya-Allah.

JUST RETURNING THE FAVOUR!

*******************
PS: kalau tak nampak,buat-buat nampak la ye..tak pun, (Ctrl + A)..heeee


ADIOS!
hahaha

No comments:

Post a Comment

Sila bagi komen anda