Tuesday, May 10, 2011

May Allah bless You Safwan..

 ~Safwan~

 Assalamuailakum.
Macam yang kita semua tahu
Ajal maut semua di tangan Allah.
Tapi aku sampai sekarang masih terkejut.
Yup! terkejut dengan berita kematian kawan ku sendiri.
Malam sabtu hari tu nadzir tetiba call aku..

"hamka, ko tau tak pasal safwan accident?"

macam nak berhenti jantung aku dengar berita tu.
lepas tu aku terus call Zue.
dan dia sendiri yang sah kan.
die ajak aku pergi majlis pengebumian arwah,
tapi aku still kat JB sebab esoknye ade exam.

lepas habis exam manufacturing pulak,
aku beli paper kat mini mart,
tetibe kat page kedua aku terbace berita pasal arwah..

SEREMBAN: Seorang pelajar politeknik maut selepas kereta dipandunya terbabit dalam kemalangan dengan lori di Kilometer 263.4 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah utara berhampiran Plaza Tol Labu, di sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang, Muhammad Safwan Abdul Kadir, 19, pelajar jurusan Diploma Pengurusan Logistik Politeknik Seberang Prai, Pulau Pinang maut di tempat kejadian kerana cedera parah di kepala dan badan.
Jurucakap polis berkata, berdasarkan siasatan awal, mangsa yang dalam perjalanan ke arah Utara melanggar belakang sebuah lori membawa muatan besi kitar semula di lorong paling kiri.

lepas habis bace baru aku tersedar
yang semua ni bukan mimpi lagi.
mungkin bukan jodoh aku dapat jumpe dia buat kali terakhir.
Mungkin Allah lebih meyanyangi dia dari aku.

~ i wish..~

ko ingat tak dulu safwan,
mase form 1 kita makan maggi sama-sama.
makan kat dalam stor pulak tu sebab takut senior "paw".
lepas tu kau cakap aku otai sebab aku patah kan kaki hazran
mase riadah time main bola.

masa form 2 pulak kita main kejar kejar dengan cikgu sains
sebab cikgu tu ingat kita ni merokok,
padahal kita teman muaz ngn hussien je.
Aku ingat lagi 1st day kita tidur kat bawah,
kau tidur sebelah aku dengan Azly,
kita sembang macam-macam sampai terlelap.

Bila naik form 3, kita semua betul-betul unite.
semua benda kita buat sama-sama.
yang paling aku tak lupa kita baling nadzir kat padang yang
basah time besday dia. Kita dua yang paling awal angkat dia.
kalau time bosan hari minggu, mesti ko ajak aku, nadzir dengan 
azuan pergi outing. Apa lagi, kita main Pes la.

Tapi tu semua kenangan lama.
Aku kena sedar yang kau dah tiada lagi di dunia ni.
walaupun aku bukan kawan terbaik kau,
Tapi aku nak kau tau yang kau sentiasa dalam memori aku.


in memory
Safwan Abd Kadir
1991- 2011

*******************
Ps: di doakan semoga ditempatkan dengan golongan orang-orang yang beriman. amin
 hahaha

5 comments:

  1. takziah utk arwah..
    bersabar kwn.. aku pernah kehilangan kwn mcm ko juga.. sama2 lah sedekahkan AL-fatihah utk arwah..

    ReplyDelete
  2. thanx..aku hrap aku tabah walaupun masih tak dapat terima lagi.. semoge urusan arwah dipermudahkan di sane..

    ReplyDelete
  3. semua bermula akan berakhir. tp cmner berakhir tuh kite boleh tetapkn. semoga kite semua idop dgn care yg terbaek.

    ReplyDelete
  4. yup!..btol tu mar..
    hrap kita yg hidup ni lebih menjadi yg terbaik..

    ReplyDelete
  5. ya allah..sedihnya, sbb baru hari ni sy tau safwan dah meninggal...kali terakhir kami berhubung pd bulan 2/2011...sy minta dia amik gmbr majlis pertunangan sy....tp arwah xdpt tunaikan permintaan tu sbb dia sibuk katenye....kali pertama kami kenal bile arwah add sy di fb sbb nk tnye mcm2 psl photography (sbb sy student photo di uitm) arwah byk btanye, xsegan silu nk tambah ilmu,dan sentiasa menyenangkan hati sy....dia selalu tag gmbr2 yg dia amik kat sy...until one day, sy perasan dia dah xwujud di fb sy, malah gmbr2 yg dia tag kat fb sy, turut lenyap...sy bfikiran yg dia dah delete/block sy di fb...nmpknye sy salah sangka pd arwah :(..hari ni baru sy tergerak hati nk google psl arwah, dan inilah yg sy jumpe :( ya allah, semoga arwah ditempatkn di kalangan org yg beriman-seriously, sy rindu nk berborak dgn arwah lg:(

    ReplyDelete

Sila bagi komen anda