Monday, May 16, 2011

Lincah bersama Honda wave 110 RS.

Assalamualaikum.
Macam yang aku dah cerita kat entry lepas,
aku dah pun dapat lesen L dengan jayanya.
hoorraayy!!
(Peh-lis. lesen L je pun.haha)

Aku sebenarnya agak malas nak ambil lesen ni.
Yela, sebab kat uTM tu kan dah ada bas,
Tak yah nak ber-motor sangat la kan.
Tapi kali ni lain pulak cerita nya.
Sebab kali ni aku ada "Short sem" selama sebulan lebih.

"Ape kene mengena lesen dengan short sem lak ni?"

kalau korang nak tahu,
masa short sem ni tak ramai budak kat uTM.
So, bas pun mungkin tak ade langsung..emm..mungkin la.
tak kan la aku nak jalan kaki sebulan ni. Mampuih den!
jadi aku nak bawak motor la.
Tapi Abah aku ni lain sikit,
kalau nak bawak motor kena ada lesen dulu,
baru dia kasi bawak.

~nape la tak boleh terus P?~

Lepas dapat lesen ni,
aku ingat nak bawak motor ayah aku je.
Tapi Abah aku tetibe pulak nak belikan.
What!! macam tak percaya pulak.
Dengan lincahnye tadi aku pergi beli motor. Cash!!
(poyo cam duit aku lak.hee)

Mula-mula aku nak angakat LC135.
Tapi LC yang baru giler babeng buruk nye. Cett!!
Aku pun belek punya belek kat kedai apek tu.
So, dengan konfiden nye aku terus cakap kat Abah aku.

"Bah, angkat Honda wave sudah.."

Abah aku okay je.
Lepas aku isi dokumen semua,
dengan rasminya
Honda Wave 110 RS dah jadi milik aku.
hahahaha.


Apa lagi semua.
LINCAH KADOK!

****************************
Ps: masih tersengih-sengih kegembiraan. 
ADIOS!
hahaha

4 comments:

  1. nanti time short sem bole pinjam moto baru :D

    ReplyDelete
  2. boleh2..tapi kene bayar la..hua3

    ReplyDelete
  3. yeah boleh la kita merempit sambil dengar IKIM FM

    ReplyDelete
  4. haha..boleh2..radio kat moto aku pun mmg kuat...

    ReplyDelete

Sila bagi komen anda