Wednesday, April 6, 2011

Ber-shopping sakan!!

Assalamualaikum..
Wah! biar betul aku bershopping sakan..
Apa ingat perempuan je ke boleh bershopping sakan?
hehe.. aku pun boleh la.
(tu pun sebab terpaksa)

~shopping..lalala~

Hari ahad hari tu, lepas study fruit fluid,
tetibe Ratman ajak aku keluar gi jalan-jalan.
aku pun ape lagi..LINCAH KADOK!!
dengan kepala tengah berlalat sebab study (konon nye la),
aku pun terus follow dorang.

Tapi kali ni bershopping special sikit,,
sebab abang ratman belanja kitorang makan + pusing johor + support minyak.
aku dengan Salam kat belakang kereta, rilek je la..haha
Mula-mula kitorang gerak gi jusco perling.
dah abes shopping kat sana sambil usha-usha handphone baru,
gerak lagi pergi tebrau pulak sebab abang Ratman nak beli headphone.
Nak beli harga yang beratus-ratus je..gilo!
pastu headphone yang dia nak tak de..padan muka!

~best sport shop ever~

Dah abes pusing tebrau, gerak pergi al-ikhsan taman u pulak.
Mula-aku nak teman Ratman dengan Salam beli boot bola je.
sekali dengan aku sekali beli kasut pulak..(nafsu-nafsu!!)
So melayang la RM 220 aku beli NIKE GATO!
memang terbaik cuma colour nye je yang aku tak suka.
colour ape??
PINK!!
(adekah aku dah jadi gay jambu)

  
~Nike Gato~

Sebab kasut yang dorang cari tak ade, 
kitorang pergi nike factory pulak.
Si Ratman angkat boot NIKE TIEMPO!
kasut si Salam tak jumpe lagi sebab tak ada saiz.
kesian die merajuk sambil mencarut-carut kat kedai tu.
So, lain hari kitorang pergi hari lain la.


~Nike Tiempo~

Semalam, lepas habis havard case study,
kitorang keluar pergi al-ikhsan lagi.
Kali ni nasib baik kasut yang Salam nak ada.
Kasut apa??
NIKE CTR360 yang latest!
jealous giler aku weh.
kasut Fabregas aku tu kowt.


~Nike CTR360 latest~

Lepas semua puas hati,
kitorang balik la utm.
dengan muka si salam yang tersengih-sengih.
(hepi la tu)
apa lagi study thermo la pulak.
lincah weh, malam ni test!

****************************
ps: kopak duit aku weh..

ADIOS!
hahaha

No comments:

Post a Comment

Sila bagi komen anda