Monday, January 30, 2012

1st time (Tenis)

Assalamualaikum.

Hai peeps..
Korang pernah tak tengok TV straight je sampai 4-5 jam?
Aku rasa dalam seumur hidup aku la, tak pernah la kot.
Paling lama pun aku ngadap TV bila tengok bola je.
itu pun paling kurang 2 jam je.
lagi pun aku ni bukan jenis yang suka tengok Tv sangat.

Tapi hari ni aku dah buat rekod,
menghadap TV lama - lama tanpa bosan tapi TENSION.
Nape tension? sebab...


~ 5 jam 53 minit ~
(the longest FINAL)

Umangai.. tak pancit ko jang?
ni betul-betul nak bersukan ni.
selalu main futsal 3 jam pun dah macam nak mati.

Tapi serius game ni best dan sengit.
patut Djokovic dah boleh menang awal dah.
Lutut dia buat hal pulak. kesian terjenkit-jenkit time main.
Mula-mula aku ingat Nadal nak bangkit dan menang.
tengok dia main pun makin agresif.

TAPI..


~ Djokovic menang jugak ~

Tak sia-sia aku tengok sampai habis.
memang banyak kejutan betul la.
Good job Djokovic..


*******************************

Ps: Lepas ni tengok highlight je la. Tak sanggup nak ngadap TV tu lama-lama.

ADIOS!
hahaha

No comments:

Post a Comment

Sila bagi komen anda