Thursday, June 2, 2011

Sun rise di Broga Hill.

Assalamualaikum guys dan gurls.

Pagi tadi tepat pukul 5.43 am, aku siap buat report lab. Lepas habis main futsal dengan member aku, terus je aku buat report. Ceh! semangat giler. Padahal report tu nak hantar petang pun tak pe. Tak pe lah, simple je pun. Lepas aku sembahyang subuh, aku still tak tidur lagi. Ntah kenape la agaknye tapi mata dah berat je nak buka, kepala pun dah pening-pening lalat dah. Aku pun termenung la layan perasaan kat tepi tingkap sorang-sorang. Lama jugak la aku termenung sampai dah SUN RISE (matahari naik).

Tetibe je aku teringat time aku pergi Broga Hill dulu dengan member2 aku. Dengan sape lagi kalau bukan dengan Bafana Crew.hehe. Tapi masa tu Ratman dengan Salam pun ikut sekali sebab alang-alang dorang dah dekat Kajang, ajak la dorang join aktiviti orang bujang Bafana Crew ni. Mula-mula just ajak dorang main futsal je, pastu dorang nak ikut jalan-jalan gak.Lincah je la kan. Malam tu kitorang layan movie "Pantas & Garang 5" (Fast 5) dulu. Terbaik kot! tak de la macam cerita KONGSI tu. Tak paham langsung aku tengok.

~5 star movie~

Lepas habis je midnite movie, semua dah tak tahu nak lepak mana. Last-last, pergi kat petaling street (actually tak pergi pun, jalan sana je). Tak ade benda yang best kat sana melainkan karo dan BAPOK je. Yup! I said bapok aka Mak nyah ye. Kitorang pun usha-usha la bapok tu just dari jauh je, tak berani nak pergi dekat-dekat. Kang "awek" tu kejar dah satu hal pulak.haha. Lepas habis mencuci mata dan bagi rating dekat bapok dengan karo dekat situ, kitorang nak blah la.

Tapi boleh pulak masa tu si Ehsan nak beli panadol kat 7 eleven. Tak kesah pun diorang nak pergi, tapi 7e tu dekat dengan area bapok dengan karo tu. Habis la ko Ehsan. Lepas dia keluar je 7e, ade sorang maknyah kot (cun dowh) macam nak tarik dia, memang mencanak la si Ehsan lari sambil nak lintas jalan besar.(takut gak ko). Ehsan dengan muka cuak terus masuk kereta. Kitorang tengok gelak-gelak je la. Nasib baik tak kena tarik, kalau tak dah kena "servis" dah kau malam tu.

~cun kan~

Walaupun masih macam trauma, kitorang gerak la jalan lagi sampai dah tak tahu dah nak jalan mana kat KL ni. Sekali budak ni ajak pergi KLCC, kitorang bajet mesti la tempat tu cun malam-malam ni kan. Dengan lampu banyak lagi. Sekali sampai dekat sana. Mak ai! gelap gelita je depan KLCC ni.punya beribu lampu selalu malam-malam ada, ada berapa puluh je yang bukak. Memang tak feel betul la. Sebab penat punya pasal berjalan, kitorang selamba je tido depan KLCC tu. Dalam setengah jam, ada pulak Pak Guard datang halau kitorang.(segan weh) mana tak nye dah pukul 3 lebih dah.

Dah tak tahu mana lagi nak lepak, kitorang singgah je petronas. Mula ingat nak beli air dengan pergi tandas je, sekali dah jumpa surau, ALLAH! tertido dekat situ pulak. Bila dah pukul 5, ktorang terus lincah pergi Broga Hill. Si puyut kata tempat dia lawa. Aku bajet naik kereta terus sampai je, sekali kena mendaki la pulak. Kitorang dengan pakai seluar jeans dengan selipar lek je naik atas. Dah la tempat tu gelap giler,torchlight pun tak. Guna lampu henfon je la nampaknye. Dalm 45 min, kitorang dah sampai dah. Serius budak ni laju giler naik.
 ~jom lincah~
  ~sunrise~

~memang smart tempat ni~

Alhamdulllah, sampai juga kat puncak Broga ni. Walaupun jeans aku kotor, tapi memang pengalaman yang best la kan naik atas tu tanpa preparation. Sampai kaki aku berdarah sebab pijak batu masa nak naik. Lepas ni nak tengok sunrise dekat tempat lain pulak la. Ajak lagi ramai, baru la best. Dah macam aktiviti Rakan Muda pulak.

~emm..yeah! its you~

**********************************
Ps: lepas apa pulak Bafana Crew nak buat..pelik-pelik je.


ADIOS!
hahaha

4 comments:

  1. best kot. one day nak g sini jugak! btw, kntang da kurus ea?

    ReplyDelete
  2. mmg best pun.. pegila ngn member2 nnt..Yup! bkn stakat kurus, ensem lagi..huhu

    ReplyDelete
  3. asal aku nak pergi tak terpergi2 pon..jeles,,,

    ReplyDelete
  4. la..watpe nak jeles..x lari pun tempat ni..gi la ajak mmber pergi situ..best wo!

    ReplyDelete

Sila bagi komen anda