Sunday, December 5, 2010

My special friend.


Assalamualaikum.

Kali ni aku bukan nak cerita pasal best friend atau BFF (best friend forever).Tapi nak cerita pasal kawan aku yang paling special dalam hidup aku.Lain ke special friend dengan best friend? Yup! bagi aku memang sangatlah lain.Special friend ni,seperti dah ditakdirkan untuk bertemu la gitu.

Straight to the point..meh sini aku kenalkan dengan korang dengan special friend aku.



Kat atas ni la special friend aku.Nama dia Nadzir tapi aku panggil puyot.Sejak dia straight-kan rambut,semua orang panggil dia Justin Beiber..haha..ada rupa ke? Okay la,kenapa dia ni boleh jadi special friend aku?senang cerita,aku dah kenal dia ni sangat la lama giler.Tempat lahir pun sama iaitu dekat Hospital Besar Kuala Lumpur.Mungkin masa baby dulu dah kenal kot.haha..okay fine..tak lawak ye.

~hold my hand,friend~

Aku 1st time kenal dia masa main bola wakil sekolah masa sekolah rendah.Kitorang dari zon Seremban Barat.So,mesti la jumpa kan.Dia dulu sekolah KLIA dan aku SK.Mantin.Tapi bila jumpa di final,sekolah aku kalah 2-0..damn!! Tapi masa ni aku kenal dia camtu-camtu je.Then,masa sekolah menengah,kitorang masuk sekolah yang sama iaitu,SDASA dekat Port Dickson tu ha.Dekat sini la kitorang mula rapat.(dah macam cerita pasal awek pulak).Sepanjang Form 1,kitorang duduk sebelah-sebelah.Menyembang memang tak ingat dunia.Time cikgu keluar je,kitorang terus lepak-lepak kat meja belakang.Biasa la,kitorang tak layan lepak dengan perempuan ni.hehe

Masa dekat asrama pulak,kitorang selalu riadah sama-sama.Main la bola kat padang sampai kaki berdarah.Yela,padang kat sana banyak pasir.Setakat berdarah tu memang dah biasa.Rugby pun kitorang cuba men.Lawan Form 5 pulak tu,balik semua baju koyak,tak pun besar sebab kena tarik..haha..Masa form 1 dulu,aku dengan puyut ni pernah kena belasah dengan senior sebab pergi main game PS2.Nasib baik la ada abang tu backup,kalau tak..mati la jawabnya..huhu..Tu la sapa suruh outing pergi main game.

~TTJ yang kami cinta~

Habis form3,kitorang pindah TTJ pulak dan amek kos mekanikal (sama??).Tapi kali ni,kelas lain pulak.Tapi sebelah je pun.Masa kat sana, Kitorang 1st time bergabung main bola untuk wakil sekolah.Dia main sayap kiri (WL) dan aku main penyerang (ST).Tapi yang tak best nya,asal masuk suku akhir je kalah.Apa punya badi ntah agaknya.Kitorang ni juga adalah Exco asrama.(sama lagi??) Tapi dia exco sukan dan aku pen. ketua asrama.Semua event kat asrama,kitorang dengan geng exco lain la handle sehabis baik punya.(Tak termasuk exco perempuan kecuali syiera.Thanks ye!)

Sekarang aku dah masuk UTM dekat Johor.Korang agak-agak dia kat mana? Mesti la kat Johor gak.Tapi dia kat UiTM segamat.Walaupun dah tak sama tempat,tapi kitorang selalu lepak sama-sama bila ada masa free.Main futsal la,tak kan main masak-masak pulak kot.Kitorang kalau bosan memang cari member untuk main futsal je,tak de la nak cari awek ajak jalan-jalan (yang tu aku je)

kasut pun boleh tertukar..damn!!

*******************************

Entry ni sangat panjang dan bosan
BEWARE!


ADIOS!!
hahaha

Saturday, December 4, 2010

Apa dah jadi dengan Luna Maya.


LUNA MAYA KEMBALI BERAKSI

Apa nak jadi dengan Luna Maya ni.

Ingat kan lepas adegan 'tuuut' dengan Ariel peterporn, dah insaf.

Tapi lain pulak yang jadi.

Kini, beraksi dengan orang lain pulak.

Tak boleh hidup tanpa skandal ke?

malas cakap banyak,korang tengok la sendiri.


*************

P/S: yang lelaki jangan tengok lama-lama.untuk gurl,ENJOY!!

ADIOS!
hahaha

Wednesday, December 1, 2010

Warga Amerika membunuh SYAITAN?


Pada 30 November 2010,warga Amerika dengan bimbingan seorang 
warga Israel telah membunuh sekumpulan syaitan di Uptown Park.
Opss! sebelum tu kepada fanatik illuminati dan teori konspirasi,
boleh cepat-cepat berambus dari entry ni.
sebab entry ni tak ade kene mengena dengan korang.

Straigh to the point..
Warga Amerika itu Jonathan Spector telah menjaringkan 2 gol hebat
menentang sekumpulan syaitan iaitu Manchester United.
Dengan tunjuk ajar dari warga Israel iaitu Avram Grant,
Specter dan Cole berjaya menjaringkan 2 gol setiap seorang.
Lalu,berjaya memalukan Red Devil iaitu penghuni tetap neraka JAHANAM.

~Tragedi di Uptown Park~

**********************


PS: kepada fanatik illuminati mesti korang menyesal bace kan.Tak pun,sebab korang fanatik sangat,bende ni pun konspirasi jugak kan...HAHAHA


ADIOS!
hahaha

Kuda Diraja.(Terbaik Punya)


Alkisah dalam satu negeri tu adalah seorang raja yang sangat ego lagi berlagak. Dah lah tak hensem, sombonglah pulak tu. Baginda mempunyai seekor kuda yang sangat patuh kepadanya. Kepandaian kuda ini telah tersebar meluas ke seluruh negara. Kuda ni memang pandai giler….. suruh buat apa pun mesti dilakukan, kalau raja suruh panjat pokok dia panjat, suruh nyayi lagu Katty Perry dia nyanyi …itu pasallah raja ni sayang sangat kat kudenya. Tapi kude ni hanya dengar arahan raja ni sorang je. Kerana berasa sangat ego, raja ini telah mengadakan satu pertandingan jika ada diantara rakyatnya yang dapat mengarahkan kuda tu duduk, dapatlah hadiah lima ratus dinar seperti yang dijanjikan kepada rakyatnya. Apabila hari pertandingan bermula, keluarlah seluruh rakyatnya untuk menyaksikan siapa yang boleh membuatkan kude tu duduk.
Hari dah hampir senja tapi masih tiada yang dapat berbuat demikian…makin egolah raja sorang ni. Tiba-tiba muncul seorang budak lalu pergi ke arah kuda tu dan tanpa disangka-sangka kude tu terus tunduk. Maka terkejutlah raja tadi lalu dipanggilnya budak tersebut seraya bertanya,
“Apa yang engkau buat sampai kude beta tu duduk wahai budak?”
Maka dengan selambanya budak tu berkata,
“Tadi patik jentik telur kude tu sampai dia terduduk.(Senak la agaknya kot…) Lalu blah sambil mengira-ngira wang yg dimenanginya. Raja yang tak puas hati ni adakan satu lagi pertandingan. Bukannye apa… nak cover malu.
“Kali ni beta pasti yang sapa-sapa pun takkan boleh menyuruh kuda beta menggelengkan kepalanya” katanya dalam hati sambil ketawa.
Maka sampailah hari pertandingan tu…ramailah rakyat keluar nak melihat sapa yang boleh buat kude raja ni geleng kepala. Seperti hari yg sebelumnya, dari pagi sampai la ke petang masih belum ada siapa yang dapat membuatkan kuda raja tersebut menggelengkan kepalanya… raja menyengih panjang sebab senja dah hampir tiba. Tiba-tiba datang lagi budak kecik tu dan bagitahu raja yang dia nak cuba lagi. Dengan selambanya raja berkata,
“Cubalah kalau boleh”.
Budak kecik ni pun pegi kat kude tu lalu berbisik kat telinganya. Dengan tak semena-mena kude tu terus menggelengkan kepalanya, maka bersoraklah orang ramai dengan kejayaan budak kecik tu lagi.
Raja berasa pelik lalu bertanya!
“Beta nak tau, apa yang kamu bisikkan tadi sampai kude beta pun gelengkan kepalanya?”
Dengan selambanya budak tu jawab,
.
.
.
.
.
.
.
.
.
“Nak kena jentik lagi…??”





JUST ANOTHER PLAGUERISM
ADIOS!
hahaha