Wednesday, February 8, 2012

Biar Boto Ni Jang !!

Assalamualaikum.

hai peeps.
Aii penat gler aku hari ni wey.
Dah la satu hari tak tido.Ni sume nak tengok 
Liverpool vs Tottenham punye pasal la ni.

Sanggup btul aku tak tido
pasal nak tengok bola,
kalau pasal bangun qiammulail,
mak aih, bukan main payah lagi.

~Berita Harian~

Tapi tu bukan cerita nya.
Korang ade baca Berita Harian tak?
Well, sekarang ni aku baca Berita Harian je
sebab ayah aku selalu beli surat khabar tu dengan utusan.

Aku sebenarnya lebih prefer Kosmo
sebab kecil dan tak bersepah-sepah kalau nak baca,
tapi sejak naik harga, aku dah tak beli dah.
Main sedap je naik harga, aku dah le student,
student bukan ada duit sangat,
bla..bla..bla..
(membebel sorang-sorang).

Tapi tadi yang menarik perhatian 
aku bukan sebab match Liverpool vs Tottenham tu
sebab berita tu masih tak keluar lagi.
Tapi pasal kedudukan carta liga.


~carta EPL~

Cuba korang tengok kedudukan Tottenham.
Lepas tu tengok huruf J yang bermaksud jaringan.
nampak tak jaringan Tottenham hanya 6 gol dari 23 perlawanan.
Tapi di kedudukan ke-3 liga tu beb~

Sebenarnye main bola ni tak perlu nak banyak
gol sangat la der macam team MAN CITY dan MAN U.
dan yang terbaru team ARSENAL yang menang 7-1
dengan blackburn.

Bangga sangat banyak gol pun masih kat bawah jugak.
Hahahaha.

*************************************
Ps: Pebende la surat khabar sekarang ni. berita sukan pun nak menipu.Nak menipu pun agak-agak la. Ni mesti penyokong Liverpool ni, dah seri pastu nak dengki lak..hahaha (gurau-gurau)

ADIOS!
hahaha

Monday, January 30, 2012

1st time (Tenis)

Assalamualaikum.

Hai peeps..
Korang pernah tak tengok TV straight je sampai 4-5 jam?
Aku rasa dalam seumur hidup aku la, tak pernah la kot.
Paling lama pun aku ngadap TV bila tengok bola je.
itu pun paling kurang 2 jam je.
lagi pun aku ni bukan jenis yang suka tengok Tv sangat.

Tapi hari ni aku dah buat rekod,
menghadap TV lama - lama tanpa bosan tapi TENSION.
Nape tension? sebab...


~ 5 jam 53 minit ~
(the longest FINAL)

Umangai.. tak pancit ko jang?
ni betul-betul nak bersukan ni.
selalu main futsal 3 jam pun dah macam nak mati.

Tapi serius game ni best dan sengit.
patut Djokovic dah boleh menang awal dah.
Lutut dia buat hal pulak. kesian terjenkit-jenkit time main.
Mula-mula aku ingat Nadal nak bangkit dan menang.
tengok dia main pun makin agresif.

TAPI..


~ Djokovic menang jugak ~

Tak sia-sia aku tengok sampai habis.
memang banyak kejutan betul la.
Good job Djokovic..


*******************************

Ps: Lepas ni tengok highlight je la. Tak sanggup nak ngadap TV tu lama-lama.

ADIOS!
hahaha

Saturday, January 21, 2012

Kebosanan bermula.

Arghh!!
bosan nye..
(okay..tak ada motif!)

tengah bosan-bosan macam ni,
aku memang suka melukis.
Tapi tak ade lah cantik sangat.
(tak ada bakat la katekan)
boleh la kalau setakat suka-suka je.

So, petang tadi aku selongkar almari aku.
Then aku cari komik-komik lama.
Sebab tak ada idea nak lukis karakter komik sendiri.
aku tiru je la orang punye..haha

~Haibara~

Mula-mula nak lukis conan,
tapi asyik tak jadi je.
lukis conan punye member pun boleh!

~Luffy~

ni plak watak one peice.
ni lukisan antara paling lama nak lukis.
aku lukis 3 kali kot.
yang ni baru nampak cam jadi sikit.

sebab scanner dekat utm,
aku terpaksa la tangkap gambar
pastu upload. leceh betul!
dengan wayar tak jumpe-jumpe.

Pape pun, terluang gak masa aku kat rumah ni.
harap tak bosan la sangat duduk rumah ni.
Esok nak berfutsal plak. haha!

******************************
ADIOS!
hahaha

Thursday, September 8, 2011

Sebelum masuk sem 3.

Assalamualaikum.

pejam celik pejam celik,
kejap je dah nak masuk sem 3 kat UTM.
Perghh, rasa malas giler nak balik u.

Sebelum nak kena masuk U ni,
kena la buat banyak aktiviti dengan member-member.
Lepas ni dah susah nak jumpa dah.

Hari tu dah membakar lemak selama 3 jam.
fuh! sumpit letih giler main futsal.
kalau lemak tu tak tukar jadi six pack gak, tak tau la.

Tadi sebab bosan punye pasal,
lincah la pergi jalan-jalan dekat Alamanda.
Saje je kuar lepak-lepak dengan dak-dak ni.

Mula-mula ingat nak main bowling la bagai.
Sekali dak ni ajak tengok wayang pulak.
Aku macam malas je mula-mula.
Tapi sebat je ler.

Ni citer yang kitorang tengok...


Perghh..terbaik tok
citer ni aku bagi 4 setengah la dari 5..
Kira tak rugi la aku gi tengok.

********************************
Ps: Aku dengar movie karipap-karipap cinta lagi best. Puii

ADIOS!
hahaha

Wednesday, September 7, 2011

#5 Wordless Wednesday



*****************************
Ps: Masa untuk berfutsal. Nak buang segala lemak yang ada akibat lemang dan ketupat.

ADIOS!
hahaha

Wednesday, August 31, 2011

#4 Wordless Wednesday




********************************
Ps: Kalau datang rumah aku, aku kasi duit raya RM 6 ni. heee

ADIOS!
hahaha

Tuesday, August 30, 2011

Salam Aidilfitri semua.

Assalamualaikum peeps.


Aku tak nak cerita banyak.
Juz nak ucapkan..

"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI"

Especially kepada....
PARENT aku,
ADIK aku,
RAKAN SE-FUTSAL aku,
tak lupa pada ROOMATE aku,
warga-warga KBS,
dan kepada sesiapa yang mengenali diri ni.

Maaf Zahir dan Batin
aku mohon di pagi raya ni.
Semoga kita bergembira meraikan hari kemenangan ini.

Semoga semua amalan kita
di bulan Ramadhan mendapat keredhaan Ilahi.
Dan aku berharap agar bulan Ramadhan
dapat menjadi batu loncatan untuk
kita lebih beramal di hari mendatang.

Okay, masa untuk naikkan berat badan... =P

****************************************
Ps: Jangan buat-buat lupa pulak nak dengar KHUTBAH lepas sembahyang raya nanti..heeee

ADIOS!
hahaha

Friday, August 26, 2011

Bila dah ketagih.

Assalamualaikum.

Pernah tak korang rasa ketagih dekat something?
kalau tak dapat tu macam tak best je hidup.
Mesti la ada kan. Ber-blogging misalnya.

Tapi aku tak ada la ketagih nak ber-bloging.
Tulis blog pun just nak mengarut-mengarut je.
Tapi aku suka nak baca blog orang.
Lagi-lagi blog yang banyak sense of humour.

Aku pun ada rasa ketagih jugak.
Apa lagi kalau bukan ketagih nak TIDUR.
kalau tak dapat tidur sehari tu.
Mak ai, mahu mata bengkak je.

Okay Fine, semua orang camtu kan.
Itu bukan ketagih, tapi keperluan.
Aku sekarang tengah ketagih main 
GAME FACEBOOK ler..hehe

Ni antara game yang aku main.

~the sims social~

~pool live tour~

~little ninja~

sebenarnya banyak lagi game yang aku main.
Tapi yang tiga ni la paling kerap.

***********************************
Ps: Nak sambung main game..hehe

ADIOS!
hahaha

Thursday, August 25, 2011

[Entry tak WAJIB baca] Antara kawan dan awek.

Assalamualaikum peeps.


Aku bet pada waktu sekarang ni mesti member-member aku yang dekat semenanjung tengah menikmati juadah sahur dengan mata tertutup agaknya. Tak kisah la korang makan nasi ke maggi ke asal sahur bagus la tu. Mana tau ada jugak yang tengah minum ho..ho..hotak kau Horlick sambil cecah biskut ke. Room mate aku Si Rizkik yang duduk dekat Sabah tu komfirm-komfirm la tengah sambung tidur la kan.  

Tengah best layan blues (bukan citer blue ye) kat bilik ni tetiba rase nak conteng-conteng blog pulak. Kadang-kadang aku terpikir sorang-sorang

" Aku perlu ke seorang awek untuk menjadi teman hidup aku?"

Jawapan first dalam otak aku, "Yes! i need it". (tetibe nak bercakap omputih lak). Memang la fitrah manusia dan lelaki normal macam aku mesti la nak seorang atau lebih perempuan untuk jadi teman hidup aku. Bak kata kawan aku si Uzair "Kau ingat aku tembok ke manusia". Kang kalau tak adeawek tak pasal-pasal membujang sampai tua pulak. Tapi kalau untuk waktu sekarang ni aku rasa tak perlu la kowt. Jenis orang macam aku ni bukan pandai bercinta pun. Awek pun tak pernah ada so tak ada experience nak ngurat awek-awek ni. Heee.


Tapi bila aku dah bersedia dan dah sampai waktu yang sesuai, insya Allah aku akan cari jodoh aku. Tak reti macam mana pun buat je la reti kan. Tapi buat masa sekarang ni aku lebih prefer untuk berkawan dengan sape-sape je. Tak kira la besar, tua , muda , miskin , kaya..bla..bla..bla.. aku akan berkawan. Asalkan korang korang baik dengan aku, aku akan baik dengan korang. Satu lagi sebab masa sekarang ni la aku kena habiskan banyak masa dengan kawan-kawan aku. Nanti kalau dah ada awek/bini, dah kurang nak buat aktiviti dengan kawan-kawan.

"I think I just need a friends to fill my loneliness in life. Not girlfriend"

Kadang-kadang tu bosan jugak la bila tak ada awek ni, tengok member-member asyik call dan text awek diorang macam best je. Kejap gaduh-gaduh manja la konon nye la kan.(padahal perang dunia ke-3 dah). Siapa la yang tak kan terpengaruh untuk cari awek macam diorang jugak kalau dah tengok hari-hari macam tu. Okay fine, aku sorang. Nak kata tak ada berminat dengan perempuan tu komfirm tipu la kan. Sapa la tak terpikat tengok awek comel, ayu ,baik bila lalu depan korang kan. Boleh kata semua awek type macam tu dah jadi crush aku. Rafidah Hj Ibrahim misalnya. hahaha.

"Sometimes its just an attraction not LOVE"



Kat sini aku nak terangkan secara jelas yang aku tak kondem korang dan paksa untuk tiru life macam aku. Jangan kata aku suruh korang tinggalkan boifren/girlfren korang dan hanya berkawan dengan semua orang macam yang aku rancang nak buat ni. Bagus la kalau korang dah ada boifren/girlfren. Mana tahu diorang la yang akan jadi sumber inspirasi korang untuk berjaya (yeker?). Dan pada siapa yang baru ber-in-relationship dan masuk demensi untuk ber-love eww eww ni, congrats la aku ucapkan. Contoh terdekat macam blogger UTM sorang ni la siapa lagi kalau bukan si Biha. Selamat menerima kehadiran orang baru la dalam hidup kau. hehehe

Untuk orang macam aku ni pulak, kalau tak nak hidup ni rasa lonely dan bosan je. Apa lagi, lincah la buat event main futsal ke, majlis berbuka puasa ke. Majoriti yang aku buat event futsal la kan. Sekurang-kurangnye tak ada la aku mati kebosanan dekat rumah ni. Buat masa ni aku hanya perlukan Allah, family, friends dan futsal je. Oxygen tu dah memang perlu la kan, tak kan nak mention jugak kot. Okay la, nak subuh ni. Chow!

  *************************************
Ps: Dulu ada orang cakap dekat aku kalau tak ada awek ni LOOSER. Yeah! aku looser. Ade aku kesah!

ADIOS!
hahaha

Wednesday, August 24, 2011

#3 Wordless Wednesday




*********************************
Ps: Dah boleh buat pagar utk raye ni..hahaha
ADIOS!
hahaha

Tuesday, August 23, 2011

[Giveaway] Percuma Avira Anti virus 180 hari.

Assalamualaikum.

Di bulan puasa yang mulia ni,
Tak salah kalau nak buat baik sikit kan.
Kali ni aku nak bagi pembaca blog aku hadiah sikit.
Kali ni hadiah di-sponser dari Avira Anti Virus.

"sejak bila pulak kau ada sponser ni?" -Michael Shoes Maker 

Okay, sebenarnya tak de la Avira tu
nak sponser secara rasmi, just secara general je.


Hari tu aku dapat e-mel dari Avira ni.
kat e-mel tu cakap memang dia nak bagi free.
Dah tu, tak kan nak terlopong plak kan.
Lincah je la download, dah la "halal".

Bagi sesiapa yang baru beli laptop ke,
anti virus dah luput tarikh ke
tak pun yang tak pernah guna avira saje
nak try pun okay je.

SILA TEKAN LINK DIBAWAH UNTUK DOWNLOAD
|
|
|
|
|
V

Langkah-langkah.
1.Isi semua maklumat yang diperlukan.
2.Klik request licence.
3. Cara selanjutnya akan di e-mel kan terus kepada anda.


**********************************
Ps: Walaupun aku sangat sayang dekat Bit Defender, tapi saje je nak try jugak.

ADIOS!
hahaha

Saturday, August 20, 2011

Fabregas yang kontroversi.

Assalamualaikum.

"EH! El Classico lagi? bape kali da." -Wayne Rooney-

menyampuk pulak si botak ni,
suke hati aku la, blog aku bai.haha
kalau orang dah minat bola macam aku ni.
memey la suka post-post benda macam ni.

~campeones~

Macam yang korang tau.
Match Super Cup semalam dimenangi oleh
BARCELONA FC
dengan keputusan 3-2.

Tapi match tersebut telah dicemari
oleh beberapa insiden yang kontroversi.
 kali ni aku tak nak cerita pasal hal yang macam
pergaduhan Ozil dan Villa
ataupun cubit-cubitan si Mourinho tu,

tapi pasal komen si Fabregas kat bawah ni :

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
v
~boleh klik untuk lebih jelas~

Mak uih! pedas tu Cecs.
Aku pun tak tahu bila dia cakap ni.
Ntah kenapa aku tak tahu.

Kesian la sikit kat Wenger tu Cesc.
Bukan dio tak nak trofi banyak-banyak.
Tapi belum rezeki lagi kot.

~felicitation Fabregas~

Aku dengar si Wenger tu bukan setakat
penyokong Arsenal, tapi penyokong Barca jugak.
Ntah kenapa aku tak tahu.
Kira dia tak kesah la dia tak menang kot asal
Barca bolot sume. =P

******************************
Ps: Kesian giler Fabregas kena scissor tackle dengan Marcelo. Aku pun penah kena jugak dulu..Serius sakit weh! EH! sial la marcelo..Puii! 

ADIOS!
hahaha

Thursday, August 18, 2011

Spanish Super Cup: El Clasico

Assalamualaikum peeps.


Bagi sesiapa peminat bola,
korang mesti tau yang pagi nanti ade final 2nd leg
Spanish Super Cup.
Match ni adalah antara match yang boleh dikatakan
wajib patut tonton bagi pengemar bola sepak.

Best sangat ke match ni? -Frank Lampard-

EH! mesti la best.
Sebab ni ialah match El clasico
iaitu pertembungan dua kelab gergasi sepanyol.
dan masa 1st leg keputusan ialah 2-2.
sengit beb sengit!


Dan aku berharap pada 2nd leg ni
pun game akan jadi lebih sengit.
baru la syok tengok.

Aku tak sokong mana-mana team pun.
Tapi aku akan sokong player kegemaran aku.
sape lagi kalau bukan Fabregas dan Ozil.
Dua pemain muda yang semakin meningkat naik.

~Cesc Fabregas~

~mesut ozil~

Tapi aku tak sure la si Fabregas tu main sebab 
dia baru je pindah ke barca.
tapi si ozil tu kompem-kompem la main kan.

**************************************
Ps: Harap tak ade fan Arsenal yang baca pulak. Dorang tengah menyirap dengan Fabregas lagi tu..hahaha

ADIOS!
hahaha

Salam Nuzul Al-Quran 1432 Hijrah

Assalamualaikum.


Selamat menyambut Nuzul Al-Quran ye rakan-rakan.
Semoga kita banyakkan lagi amalan di bulan Ramadhan ni.
Mana tahu ini mungkin Ramadhan terakhir kita.
Jadi sama-sama lah meraikan "pesta ibadah" di bulan yang mulia ini.

Satu lagi, tak salah kalau kita memperbanyakkan 
bacaan Al-Quran lagi-lagi pada malam ni.
Kepada yang dah baca. Tahniah!
Kepada yang belum. Bila lagi?

Tak ada Al-Quran?
Tu bukan masalah nya.
tekan

Semoga Al-Quran sentiasa diamalkan & dijadikan panduan hidup.

*********************************
Ps: Macam terlambat je.(ade dalam draft.terlupa nak post pagi tadi)

ADIOS!
hahaha

Wednesday, August 17, 2011

#2 Wordless Wednesday




**************************
Ps: tak berape nak wordless pun =P
ADIOS!
hahaha

Friday, August 12, 2011

Ramadhan yang kontroversi.

Assalamualaikum peeps.

First sekali aku nak ucapkan..
Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak.
Rasanya macam belum terlambat lagi kan?
Oke fine, dah terlambat.hehe

~Salam Ramadhan~

Kali ni aku nak cerita tentang ape yang aku 
buat time bulan puasa nih dengan member aku.
tapi kali ni aku yang buat event ni.
First time kot. mesti la tak ade sambutan sangat.
sob..sob..

Plan berbuka kitorang simple je.
Beli makanan kat bazar, berbuka tepi jalan.
Tak payah nak segan sangat la kan.
(segan sebenarnye)

~Masjid Besi Sultan Mizan~

Lepas tu kitorang terus ke masjid besi.
Fulamak masjid ni. Terbaik kot!
Kalau tak ade kubah dekat atas tu.
kompem-kompem aku kata ni shopping kompleks.

Akhirnya, dapat gak merasa nak terawih dekat masjid ni.
aku siap bawak baju melayu dengan kain pelikat.
semangat beb! tapi terawih buat lapan je.
Lagi baik buat sikit dari buat banyak tapi tak ikhlas kan.

~jalan-jalan cari pasal~

~terawih dekat sini?~

Lepas habis terawih dan moreh,
kitorang saje je jalan-jalan usha area Putrajaya tu.
pusing la sampai nak termuntah sebab tak tahu nak buat ape.
Kitorang nak main futsal sebenarnya tapi 
kitorang tempah court pukul 12 tengah malam.

Mesti korang terase nak tanya kan

"Ape yang kontroversi sangat nye nih? macam biasa je"

Oke la. kejap-kejap, nak cerita la ni.
Sebab kitorang dah tak tahu nak pergi mana dah.
member aku ajak pergi satu tempat.
kontroversi bermula di bawah ni.
|
|
|
|
v

~yang kat depan tu berlakon je, tengok yang kat belakang tu~

Ni la yang aku sibuk nak kontroversi tu.
Kalau yang tak perasan lagi.
aku bagi gambar yang dekat sikit.

~macam ala-ala tiang illumimati tu kan~

~anan yang encem~

Bila dah nak pukul 12. kitorang terus 
lincah ke tempat futsal kat bangi tu.
Punye la aku terkejut, member aku yang cancel
nak datang tetiba jadi join lak.

dah boleh bayangkan la en dari 7 orang je 
yang kompem datang. tetibe boleh jadi 25++ orang pulak.
mana aku tak terkejut time bulan puase ni.
memey meriah la tempat futsal tu.
sebab ramai sangat nak main, aku terus tempah main 3 jam
hamek kau~~

~Futsal!!~
Boleh tau la kan team sapa yang KING.
Mesti la team dari UTM. Korang memang hebat la.
Ijat, Wan, Pendi dengan Aku. hee
Lama sangat jadi king sampai semua nak cramp.

Tapi kitorang memang serasi la.
siap ade orang cakap kitorang ni memang 1 team ke.
lepas ni dah boleh buat team Pahceroh FC 2 dah ni.

Lepas habis main sampai 3 jam lebih,
kitorang pun lepak maple je la.
alang-alang tu, terus sahur je la kan.
Time tu pulak ada game Brasil vs Jerman.
Terbaik bai. Mesti la Jerman kesayangan aku menang.

Lepas ni aku nak Malaysia menang lawan Brasil lak.
Memang satu penutup event yang baik bagi aku.

****************************************
Ps: Tak sangka ramai pulak yang datang event ni. Tengkiu semua =)

ADIOS!
hahaha